FML 5

825 67 2
                                    

Hari ini merupakan hari pendaftaran pertama bagi peserta ' Perlumbaan Motocross Drag Speed Race ' yang berlangsung di Kampung Naga.

Pertandingan sebenar akan berlangsung dalam dua hari lagi. Ramai anak muda kampung yang sedang beratur mengambil tempat.

Cuaca panas di negeri utara itu tidak mematahkan semangat mereka yang masih beratur.

" Panaslah ergh " Layyin mengipas wajahnya dengan kertas yang dilipat menjadi dua.

Hari ini dia perlu turun padang melihat kawasan litar atas arahan Dato Zainal. Jadi , dia perlu menetap di kampung itu sehingga habis acara.

" Eh , cik Makayla kejap ! " Tom a.k.a pembantu peribadi Layyin pantas mengejar langkah bosnya.

Layyin sudah berhenti di hadapan pintu masuk litar itu. Wajahnya yang putih sedikir bertukar kemerahan kerana panahan cahaya terik.

Dia masih mengipas wajahnya laju dan spek mata dipakai.

Tom mengalami kesukaran untuk mengejar bosnya dek jalan yang berlecak dan lumpur.

Terjengket - jengket dia berjalan kerana geli dengan suasana kampung ini.

Layyin menyilang tangan menunggu ketibaan PA nya itu. Sempat dia merengus kecil.

" Payung " cepat-cepat payung dibuka atas arahan tegas dari Layyin. Kini kertas lipatan itu bertukar tangan , Tom mula mengipas wajah bosnya.

Layyin hanya memandang sekeliling kawasan dan teragak-agak ingin masuk.

Dia berasa kurang senang kerana litar itu penuh lumpur dan lecak. Dia sedang mengatur rancangan.

Tom melihat sisi wajah Layyin yang duduk statik dari tadi.

" Cik Makayla taknak masuk ke ? " terus dengusan kuat terhasil dari Layyin.

' Masak aku ! ' takut Tom melihat Layyin yang masih di tempat yang sama.

" Macam mana I nak masuk dah kalau tempat ni penuh dengan lumpur ?! Eww ! " Layyin memandang tepat kearah Tom disebelah dan menghembur marah.
Dia membuang spek mata hitam itu dan diserahkan pada Tom.

Tom tersentak lalu mengukir senyum kekok. Dia mengaru rambut perangnya.

Seketika mereka berdiri disitu tiba-tiba Layyin disapa oleh suara garau.

" Tumpang tanya , kaunter nak daftar kat mana ? " Layyin berpusing kebelakang mencari suara garau itu.

Hati Layyin berdebar seketika lalu terpaku saat mata mereka bertemu.

Matanya disapa memandang seorang jejaka berambut 'fringe' dipadankan jaket hitam adidas dan sebuah beg silang di dada.

Tup

Pandangan mereka bertaut dan terhenti di udara seolah-olah waktu berhenti.

Faiq juga terpaku memandang gadis anggun di hadapannya ini.
Dia mengamati kecantikan gadis itu yang persis bidadari.

Mereka terperangkap dalam tatapan yang mendalam, seakan-akan takdir telah mempertemukan dua jiwa.

Detik-detik itu mengalir seperti irama yang sempurna.

Tom yang berada di tengah memandang silih berganti antara bosnya dan jejaka itu.

Dia mengarukan kepalanya tidak faham dengan situasi dua manusia yang masih bertatapan.

Hidung Tom terasa gatal dan tanpa menunggu dia terbersin serentak menghentikan momen indah tersebut.

" Hachum ! "

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now