FML 56

774 74 5
                                    

Layyin turun tangga segak berpakaian formal untuk ke pejabat. Sedang dia menuruni tangga, dia terserempak dengan Melissa yang juga ingin naik.

Perempuan ni lagi.

Layyin memperdulikan ibu tirinya dan teruskan langkah. Dia berselisih lalu lengan Layyin ditahan oleh Melissa.

Apa masalah?

Wajah wanita muda itu langsung tidak Layyin toleh malah dia sekadar menjeling dinding tangga.

Rupa dinding rumah lagi lawa dari muka tembok mak tiri ini.

" Seronok eh pergi honeymoon? Dah lupa rumah dekat sini?" sinis Melissa sambil menyilang tangan tidak puas hati.
Dia baru ingin gembira dapat berjumpa Faiq namun harapannya punah selepas perkhabaran berita mereka sambung bercuti di kampung lelaki itu.

Layyin sekadar menayang wajah bosan seraya mengeluh.
" Back off, semak jelah you dekat sini! You waste my time!" baru dia ingin beredar sekali lagi tangan itu ditahan.

" Kayla, i'm not done with you!" berdesing telinga Layyin dengar nama panggilan yang meniti bibir wanita yang paling dia benci.

Dengan rasa marah, dia menunding jari kearah wajah Melissa.
" Don't call me by that name! You orang luar tak layak nak panggil I macam tu. Sedar diri sikit!" terlopong mulut Melissa dengan tindakan biadab Layyin.

Dia tidak gentar dengan amaran Layyin malah jarak antara mereka dia rapatkan.
Tegang.

Dadanya berombak turun dan naik menahan amarah. Sikap kurang ajar Layyin sememang membuatnya mendidih.

" Kau jangan biadab sangat eh. Aku dah jadi mak tiri kau so you have to respect me! Kau nak terima nasib macam dulu ke?!" ugut Melissa memberi amaran namun tidak sikit Layyin berundur.

Wow, dia main ugut pulak!

Gadis itu senyum senget.
" Try it. The old me is gone and kalau you rasa you boleh jatuhkan I macam dulu, you silap besar. Menumpang rumah orang buat cara menumpang and sedar sikit suami you kutip as sugarbaby. You're not someone special to me..." kenyataan itu menyentak hati Melissa.

Terbuntang mata wanita muda itu apabila hubungan rahsia antara dia dan Dato Zainal terbongkar. Layyin sedar perubahan wajah Melissa, dia tersenyum sinis.

Tepat serta benar fakta yang dilempar itu dimana hubungan dia dan Dato Zainal bermula sebagai sugarbaby dan sugardaddy sehinggalah Dato Zainal mengambil keputusan untuk berkahwin.

Gotcha!

Melissa tidak percaya bagaimana Layyin boleh tahu hal ini.
" Ma-macam mana kau tahu? No, this is not right! Apa lagi tentang aku yang kau tahu hah?!" Tergagap-gagap Melissa takut apa lagi yang bakal menantinya.

Seronok melihat wajah ketakutan itu, Layyin galak merenung tajam.
" Jaga husbaby kau baik-baik..." bisik Layyin mengejek dan mereka beradu mata lama.

Jika dahulu, pasti Layyin sentiasa kalah dan tidak mampu lawan. Tetapi kini tidak akan sesekali dia tunduk kepada wanita itu. Tubuh Melissa dipandang atas bawah dengan rasa jijik.

Loser!

Faiq menuruni tangga dan langkah mula perlahan melihat mereka yang sedang beradu mata.
" Ada apa ni?" terus mereka toleh kebelakang dengar suara garau itu menyapa.

Melissa mengawal kembali riak muka dan menyelit rambut hitam kebelakang telinga melihat kelibat Faiq. Haruslah nampak cantik di depan menantu kesayangan.
Layyin menjeling meluat sahaja perilaku Melissa yang berubah sopan.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now