FML 29

696 42 6
                                    

" Hai, buat apa dekat sini?" tegur Melissa menghampiri Layyin yang berdiri di depan kolam renang.

Tidak jadi Layyin ingin tenangkan fikiran apabila bayangan wanita itu datang menyapa.

" None of your business " keras sahaja bicara Layyin tidak menoleh. Melissa membuat muka terkejut dan tertawa kecil.

" Wow, attitude. It's okay darling, call me Mommy okay ? " Layyin memeluk tubuh memandang jijik Melissa disebelah.
Dilirik atas bawah isteri baru papanya.

" I don't need a b*tch like you " dia jalan melepasi Melissa sebelum lengannya di tarik.

Kasar Layyin menarik kembali dan memandang tajam Melissa.

" Hey, dah lama aku perhati kau. Kau memang biadab, kan ?! Hormat sikit aku isteri papa kau ! " marah Melissa tidak tahan dengan sikap Layyin.

Sudah banyak kali dia memberi muka tetapi makin lama makin biadab.

" Sorry, why should I hormat orang asing yang tiba-tiba datang dalam hidup I ? "

Melissa mendekatkan diri menunding jari ke wajah Layyin.

" Dengar sini, aku dah jadi ma'am dalam rumah ni. Nak tak nak kau kena hormat aku jugak ! And aku lagi tua dari kau. Faham?! "

Layyin tiba-tiba ketawa kecil mengejek.

" Melissa Haura, you tak perlu susah-susah nak ingatkan I cause I know you really well, kak Lisa aka kakak senior" terkaku Melissa tidak percaya Layyin mengetahui namanya.

Kak Lisa?! Hanya seorang saja yang pernah memanggilnya begitu.

" Wha-what ?! Kau budak yan-"

" Yes, it's me ! Happy to see me now ? Takkan you lupa muka budak yang dulu kena pijak , kena buli and you jugak nyaris buat I mati. Ingat?" Tergeleng Melissa cuba menafi bayangannya.

" No ! No, tak mungkin. Budak tu dah matilah kena langgar lori ! Kau jangan nak reka cerita "

Layyin membuka simpulan rambut lalu dia menyelak helaian rambut sehingga ke kulit kepala. Satu parut panjang yang masih tidak pudar.

" Ini baru sikit. You tak tengok betapa sengsaranya BUDAK tu survive sorang diri without anyone. Tapi, betul jugak cakap you sepatutnya I dah mati. Mungkin kalau I tak ada, mesti you lagi rasa tak tenang, kan ? Ada sebab I masih hidup, maybe..." Layyin bermain tarik tali cuba menggugat Melissa dengan fakta.

Melissa pucat.

" Aku tak percaya ! Semua ni tak betul. Aku tak pernah kenal kau sepanjang hidup akulah !"

" Biar I recall moment kita dulu bagi you ingat "

" Anak yatim~ sian kau hilang mak dengan abang, kan? Tapi, ayah kau orang kaya hmm sokay nanti dah habis sekolah biar aku jadi mak tiri kau pulak ." Layyin mengajuk kembali dialog yang pernah Melissa lontarkan kepadanya.

Melissa terkedu dan berjalan mengundur ke belakang. Baru kini memorinya kembali.

Dia pernah membuli teruk gadis di hadapannya ini sewaktu mereka di sekolah menengah. Dia juga penyebab Layyin pernah dilanggar lori ketika dia habis SPM.

Dia dihurungi rasa takut dan menganggap Layyin sudah mati.

" Kau ? Ka-kau hidup?!" tidak sedar sikit lagi dia bakal terjatuh ke dalam kolam di belakang.

" You better watch out sebelum aku bongkarkan semua, mommy.." leret kata Layyin sebelum Melissa tidak dapat seimbangkan diri terjatuh.

BUSH

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now