FML 13

691 41 0
                                    

" Itu saja dari saya, Cik Makayla. Jadi, untuk esok jangan risau team saya akan brief balik dekat cik." ujar ketua petugas melalui telefon kepada Layyin.

" Okay " tamat begitu sahaja urusan mengenai pertandingan akhir motocross untuk esok hari.

Layyin meletakkan telefon di meja kaca dan keluar ke balkoni memandang pemandangan langit senja di luar hotel.

Layyin menikmati langit biru yang indah, jingga senja yang perlahan meluncur menjadi malam.
Ia ditemani oleh bunyi-bunyi alam yang menenangkan.

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, mengalun rambut merah panjang Layyin seperti tarian lembut di angkasa. Suasana itu memikat, menghadirkan kedamaian dan keindahan alam yang tak terhingga.

Layyin menutup mata menikmati udara segar senja itu.

Inilah damai yang dia cari.

Tenang

Tapi -

" Mengarutlah" baru tersedar dia memuji keindahan langit kawasan kampung ini. Dia mengambil tempat duduk di kerusi lalu kembali membuang pemandangan ke langit.

Layyin sedar sejak beberapa hari ini dia kerap termenung dan mengelamun jauh. Semua kenangan bagai berlegar di fikiran.

Kenangan dan memori bersama arwah mama dan abangnya.

Flashback

" Cubalah senyum sikit. Masam ja muka dari tadi abang tengok." Lutfi duduk di birai katil milik adiknya yang merajuk di atas katil. Layyin menunduk mencebik apabila sedar abangnya datang.

Lutfi melepaskan keluhan dan otaknya ligat mencari punca adiknya merajuk.

" Ni mesti kes mama tak bagi Fleur ikut abang dengan mama pergi Pahang, kan?" tembak Lutfi meneka reaksi adiknya. Dia cuba merapatkan diri dengan adiknya.

Layyin tidak menjawab malah dia memalingkan tubuh teresak-esak. Layyin hampa kerana dia tidak dapat ikut mama dan abangnya pergi ke Pahang.

"Hisk hisk " tersedu-sedu dia menangis. Layyin sememangnya manja lagipun jarak umurnya dan Lutfi juga jauh.

" Abang tanya ni " soalan Lutfi malah dijawab dengan esakan gadis berusia 13 tahun itu.

Tidak mahu adiknya bersedih Lutfi cuba berjenaka.

" Ooo tak nak jawab eh ? Haa ambik ni " pantas Lutfi mengeletek pinggang adiknya.

" Eh-HAHAHA abang ! Geli la eh HAHAHA ! Stop ! " bagai terlupa rajukan tadi Layyin geli menahan usikan abangnya.

" Ha ambik ni HAHAHA " Lutfi masih belum melepaskan adiknya. Ketawa mereka memenuhi ruangan bilik Layyin.

Kesian melihat adiknya yang sudah letih diusik , Lutfi menghentikan tindakannya. Layyin mengambil nafas lalu memukul lembut bahu abangnya.

"Abang ni jahatla ! Kan adik tengah merajuk " Lutfi melepaskan tawa dan mengosok kepala adiknya.

" Sebab merajuklah abang nak ceriakan Fleur. Bagitahu abang kenapa terus naik bilik buat muka monyok ni?"

Layyin berubah sedikit riak wajah.

" Adik nak ikut abang Lutfi dengan mama. Kenapa tak boleh ikut?" sudah diagak ini yang menyebabkan adiknya diam sejak makan tengahri tadi.

Lutfi cuba menyusun kata.

" Fluer kan sekolah mana boleh ikut abang dengan mama . Fluer duduk dengan papa okay?" Layyin menarik muka sedikit memberontak.

" Tak nak duduk dengan Papa ! Tak nak ! Jangan tinggal adik ! Tak suka !" Lutfi risau melihat adiknya yang kembali menangis. Pantas dia memeluk adiknya erat.

" Okay okay , tak tinggal Fluer okay? Shuu" pujuk lembut Lutfi dapat dirasakan genggaman erat dari Layyin.

Layyin teresak menangis di dada Lutfi.

Layyin berasa sedih untuk tinggal berjauhan dengan mama dan abangnya. Mungkin dari kecil lagi dia kerap bersama dengan abang dan mama berbanding papanya , Dato Zainal.

Papanya sering sibuk dan jarang sekali ada masa untuk keluarga. Kerana itu Layyin kadang-kadang berasa kekok bersama papanya.

" Abang dengan mama janganlah tinggal adik. Adik sedih kalau mama dengan abang tak ada " teresak Layyin merayu tidak ditinggalkan.

Lutfi tersentak mendengar luahan adiknya.

Lutfi juga berasa berat hati untuk meninggalkan adik kesayangannya namun apa daya urusan bisnes bersama mamanya perlu diutamakan.

Lutfi dan mamanya bekerja keras untuk menubuhkan bisnes bersama tanpa bantuan Dato Zainal.

Ada sebuah rahsia besar yang disimpan antara mereka bertiga.

Masih belum berhenti tangisan Layyin. Sedikit sebanyak meluluhkan hati Lutfi.

" Tengok abang " Layyin memandang keatas dengan sedu-seduan mendengar arahan abangnya.

Lutfi menghadiahkan sebuah senyuman kepada adiknya. Dia memandang Layyin dengan penuh syahdu.

" Abang dengan mama tak pernah tinggal Fluer. Abang janji lepas urusan kat Pahang tu , abang dengan mama balik jumpa Fluer . Nanti , kita jalan-jalan nak ?" Layyin mengangguk.

Lutfi menyelak lembut rambut Layyin ke belakang.

" Betul eh abang dengan mama balik lepas dah habis ? Janji ?" Layyin menghulurkan jari kelingking kepada Lutfi.

" Janji " Lutfi menyambut huluran jari Layyin menyatukan janji mereka.
Tanpa sedar itulah moment terakhir Layyin dapat merasa pelukan dari abangnya.

" Susah senang sama-sama " itu kata terakhir dari abangnya sebelum Layyin mengetahui abang dan mamanya telah meninggal dunia di tempat kejadian kemalangan pulang dari Pahang.

End Flashback

Mengalir air mata Layyin, meratapi memori perbualan terakhirnya bersama abangnya, Lutfi sebelum abang dan mamanya pergi meninggalkan dia seorang diri selamanya.

Tipu !

" Abang tipu hisk - abang dengan mama tak balik jumpa adik ! " berat rasa hati Layyin untuk menerima ujian yang menimpa dirinya sepuluh tahun lepas. Laju air mata Layyin mengalir membasahi pipi.

Tiba-tiba, perasaan kehilangan yang mendalam menyusup dalam dirinya, dan dia merasa emosinya begitu berat sehingga dia tidak mampu menahan tangisannya dengan kuat.

Rindu

Layyin sangat merindukan abang dan mamanya, dan dia masih merasa rindu kepada mereka.

Kini, dia terpaksa melalui hidup tanpa kehadiran penguat jiwa di sisin, dan teriakan kesedihannya terus mengalir seperti sungai yang deras.

Hanya meratap rindu pada yang tiada disisi.

Kini tinggal memori yang menari di sini.


























" Khilafku yang sudah melampau mencintai makhlukMu"

































⭐⭐⭐

Kesian dekat Layyin ni hmm

Enjoy !

Vote comment and follow me muah !


FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now