FML 31

736 48 3
                                    

Dengan perlahan, Layyin membuka mata merasa kepenatan melanda tubuhnya. Kepala terasa berat sekali. Badan juga lenguh kerana tidur yang panjang.

" Aduh, apa ni ?" dia perasan sehelai kain kering melekap di dahi. Otak ligat mencerna apa yang sudah berlaku.

Kejap-

Hujan. Basah. Tuala. Pengsan. Faiq..

Faiq ?!

" No way ! Aaaa, malunya aku ! Macam mana kau boleh pengsan depan dia, Layyin?"

" I tak nak hilang you.." memori dia merayu kepada Faiq juga terlintas membuatkan Layyin tidak senang duduk.

Mata membulat tidak percaya dia kata begitu kepada Faiq sebelum dia tidak sedarkan diri.

" Apa aku dah buat ? Mesti dia ingat aku suka dia ! Tak boleh jadi." laju dia turun dari katil membuka pintu dan mengetuk bilik Faiq disebelah.

Knock knock

Tiada balasan membuatkan Layyin mengetuk pintu itu lebih kuat.

" You ! Buka kejap. " masih tiada sebarang balasan.

" Faiq ! You tidur mati ke? Bukak la pintu ni" mula nak naik angin, Layyin melipat lengan baju tidur satin miliknya.

" You memang nak kena, kan ? Apa yang susah sangat-eh " tombol pintu Layyin pulas kuat dan terkaku dia melihat bilik itu kemas tersusun.

Dia melihat di sekitar bilik arwah abangnya mencari Faiq namun tiada.

Layyin memeriksa bilik air dan kosong tanpa bayangan Faiq. Dimana lelaki itu?

" Beg pun tak de? Dia pergi mana?" bisik Layyin seorang diri mengaru kepala. Kak Siti yang ingin menjenguk bilik Layyin pelik melihat pintu disebelah terbuka.

Dia melihat Layyin yang masih berbaju tidur membelek langsir. Terus Kak Siti menyapa.

" Cik Makayla dah bangun? Kenapa duduk sini ?" Layyin pusing memandang Kak Siti.

" Mana Faiq, Kak Siti ?" Tanya Layyin sedikit menyenget kepala.

" Faiq balik kampung katanya. Mungkin esok atau lusa baru dia balik sini. Ha, dia kirim salam dekat Cik Makayla " Layyin menjawab salam di dalam hati.

" Dia balik naik apa ?" Kak Siti sedikit pelik dengan soalan Layyin yang ingin tahu.

Ada apa-apa ke ni ?

" Dato pinjamkan kereta dekat Faiq sebab kesian pula kalau naik bas. Lama tu " Layyin diam sejenak.

Entah kenapa dia merasa bosan dan sendu bila Faiq tiada.

" Cik Makayla nak makan dulu ke ? Kak Siti ada siapkan makanan tengahari " masih dengan baju tidur, Layyin bergerak ke tangga.

Perutnya tiba-tiba lapar.

Layyin menuruni tangga lalu terserempak dengan Dato Zainal yang kebetulan ingin naik ke atas.

Tidak langsung Layyin menyapa Dato Zainal. Sudah masuk beberapa hari mereka tidak bercakap selepas kejadian hari itu.

" Kayla, papa nak cakap sikit " Layyin melintasi Dato Zainal lalu terhenti langkah namun tubuh masih membelakangi Dato Zainal.

" Bukan semalam Kayla pergi dengan Faiq ke? Kenapa tak balik sekali ?" kecut Layyin tidak menyangka itu soalan dari Dato Zainal.

Dia masih tidak memandang wajah Dato Zainal.

" Kayla ada hal " dia menyembunyikan perkara sebenar di antara mereka. Dato menarik dan menghembus nafas kuat.

FAIQ MUQRI LEKIRKde žijí příběhy. Začni objevovat