FML 46

1.4K 93 19
                                    

Pagi-pagi lagi Layyin sudah ikut Faiq ke pantai. Banyak kali ditegah tetapi Layyin seorang yang berkepala batu.

Laju Faiq berjalan di hadapan meninggalkan Layyin yang terkedek-kedek dengan dress panjang bersama topi pantai besar.

Sejak tadi Layyin meminta maaf kepada Faiq perihal semalam tetapi lelaki itu laju bergerak terlebih dahulu.

Layyin mengejar Faiq dari belakang dan berjalan disebelah dengan tangan kiri memegang erat topi di atas kepala.

" You sorrylah pasal semalam tu? Takkan sebab tu je you nak merajuk taknak cakap dengan I?! " cebik Layyin seraya merangkul lengan Faiq.

Faiq menjeling Layyin dan langkah mula perlahan dan mereka berjalan beriringan.

" Hang buang tebiat apa mai tidoq sebelah aku semalam? Hang ada buat bukan-bukan ka dekat aku?" soal Faiq membuat wajah curiga. Layyin melopong terkejut menghadap Faiq.

Jari ditunding kearah wajah Faiq.
" Hey, mulut jangan biadab okay. Ingat I perempuan macam tu ke?! " rangkulan lengan itu masih belum dia lepaskan.

Entah mengapa mood Layyin tiba-tiba ingin bermanja dengan Faiq. Bukan dia sahaja hairan tapi Faiq juga naik pelik melihat perubahan Layyin.

Malas dia ingin bergaduh. Kang ditarik makin erat pula rangkulan gadis ini.

Mereka berjalan beriringan di tepi pantai. Angin pantai meniup lembut rambut mereka.

" Time aku tak sedaq la macam-macam hang boleh buat " geram Layyin mendengar tuduhan Faiq. Dia tidak tahu sama ada lelaki itu bergurau atau serius.

Dari rangkulan, Layyin lepaskan dan memegang kedua-dua belah tangan Faiq. Langkah mereka terhenti dan saling bertatapan.

" Boleh tak jangan nak buruk sangka sangat? I tak sedar macam mana boleh tidur sebelah you. Sorry okay?" Layyin membuat mimik muka comel merayu maaf dari Faiq.

Faiq memandang saja mata gadis itu yang tidak berhenti kelip mata.

Tipu jika naluri lelakinya tidak terjentik melihat kelakuan Layyin. Perubahan Layyin yang mula ingin mendekati dan berubah manja sesekali membuatkan benteng ego Faiq mula goyah.

Tersedar kerana terleka dengan tatapan Layyin, Faiq menangkan egonya kembali.
" Kalau dah miang tu mengaku jelah" terus perut Faiq dicubit oleh Layyin.

" Mamat ni ergh!" Tiba-tiba telefon Faiq berdering dan terus dijawab. Layyin menjeling sedikit melihat siapa yang call itu.

" Assalamualaikum abang Muqri, abang dekat mana?" suara Piah bertanya kepada Faiq.

" Waalaikumussalam ya Piah. Abang kat pantai belakang hotel ni haa. Awat?" Layyin bertanya siapa kepada Faiq dalam diam. Tetapi lelaki itu memberi jelingan tajam.

Layyin menjelir lidah kepada Faiq setelah dijeling.

" Piah nak join boleh? Tu abang dengan Kak Layyin ka" Faiq rasa serba salah dan dia tidak mahu Piah ikut bersama.

" Nak join? Errr" kepala digaru cuba mencari jawapan agar Piah tidak menyertai mereka.

Layyin dapat mengagak seperti Piah ingin datang.

" Piah nak datang ke? Ajaklah dia!" ujar Layyin ceria berkata kepada Faiq. Lelaki itu meletakkan jari di bibir tanda menyuruh Layyin senyap.

Shush!

Layyin menghentak kaki tidak puas hati.

" Takyah la susah-susah nak mai. Kami nak balik dah pon" tak tunggu lama, terus Layyin merampas telefon Faiq dan bercakap dengan Piah.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now