FML 32

718 46 8
                                    

" Abang, awat ni ? Dari tadi senyap ja Aisyah tengok." hairan melihat suaminya yang diam sahaja sepanjang hari.

Rumah Dato hari ini sibuk dengan beberapa pekerja yang hadir memasang pelamin dan turut juga Puan Aisyah membantu geng wanita memotong bahan untuk masakan esok hari.

Setelah beberapa hari mereka menetap di rumah Dato akhirnya tibalah hari yang dinanti.

Hari pernikahan Faiq dan Layyin yang akan berlangsung esok hari. Sebagai ibu, dia sangat gembira menanti hari esok namun sebaliknya pula pada Encik Hamid.

Encik Hamid hanya terperap di bilik dan hanya sesekali menjenguk ke luar. Dia memandang isterinya yang sudah melabuh punggung di sebelah katil.

" Abang rasa nak balik rumah kita. Abang tak mau duduk sini " sayu nada Encik Hamid berkata sambil meletakkan tangan di tongkat.

" La, awat pulak? Esok kan hari nikah Muqri tak kan kita nak balik dah, bang. Lagipun, Dato elok bagi kita duduk bilik besaq kat bawah ni. Senang abang nak jalan pi sana sini."

" Zain Holding " sebaris kata itu cukup menyentak Puan Aisyah.

" Maksud abang ? Syah ta-tak paham. Jangan kata yang-" Puan Aisyah memegang dada tidak percaya.

" Ya, Dato Zainal Abidin Bin Hassan. Business partner abang 20 tahun dulu dan bekas sahabat lama abang. Aisyah ingat ? " kenyataan itu menyentak Puan Aisyah. Dia juga melihat susah senang suaminya dahulu.

" Allahuakbar ! Aisyah, tak perasan langsung bang tu Zainal kawan lama abang. Patutlah abang diam ja dari tadi. Dia ada kata apa-apa ka kat abang? "

" Takdan nak sembang apa cuma abang rasa hairan. Macam mana Faiq boleh kenai Zainal ?"

" Kebetulan kot bang. Tapi, kecik noh dunia rasanya lama sangat tak jumpak Zainal. Tu pun kita jumpak waktu arwah Kaklong sekolah menengah lagi. "

" Mana boleh lupa sahabat yang abang anggap satu-satunya penguat untuk abang bukak syarikat dulu ni. Masih terkilan dalam hati sebab sahabat sendiri sanggup tikam abang dari belakang " terimbas kembali memori dahulu.

Flashback

" Syarikat kau ni pun baru mula merangkak jadi apa kata aku offer something?" hati lelaki itu berasa kurang selesa kerana cara Dato Zainal seakan merendahkan potensi syarikatnya yang mula berkembang.

"Apa dia?" tanya lelaki berusia berkaca mata yang mengundang sengihan sinis dari Dato Zainal.

" Kau serahkan projek itu pada aku dan aku janji akan bagi 40% pada kau , deal ?"  mata Dato Dato Zainal bersinar-sinar mengharapkan projek itu berada di tangannya.

Sungguh dia terkejut dan terfikir bagaimana syarikat sekecil ini mampu mendapat projek berbillion juta ringgit.

Lelaki berkaca mata itu memandang tajam kearah Dato Zainal yang masih menanti jawapan.

" Aku- "

Encik Hamid berdiri dari duduknya.

" Aku terpaksa tolak tawaran hang, Nal. Maaf tapi dengan projek ni ja boleh kembangkan syarikat aku yang sedia kecik." Dato Zainal mengepal tangan tidak puas hati. Dia cuba menutup rasa itu dengan ketawa kecil.

" Aku nak tolong kau. Mampu ke syarikat kecil nak handle projek besar macam tu, Hamid ? Tak ! Baik kau serahkan je dekat syarikat yang lagi besar dan lagi mampu macam syarikat aku, Zain Holding. Kau jangan lupa siapa yang tolong kau dari awal syarikat ni bukak? "
Dato Zainal mengungkit kembali jasanya kepada Encik Hamid.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now