FML 41

943 55 17
                                    

Masam saja wajah Layyin menyapa pintu bilik dengan menghentak kaki terus pintu dikunci. Faiq sedang berbaring fokus dengan game.

Pada siang hari sememangnya bilik Layyin menjadi bilik untuk solat, ambil baju dan lepak. Namun malam hari, mereka akan tidur berasingan.

" You, turun. Papa ajak makan sekali" Faiq mengangguk lalu telefon diletakkan di atas meja. Tempat Faiq diambil oleh Layyin.

Faiq menoleh melihat isterinya yang terbongkang di atas katil memejam mata.

" Aik, hang?"

" Apa? Jangan kacaulah" Layyin tetap memejam menghiraukan pandangan Faiq. Dia malas menghadap Melissa dibawah juga Dato Zainal.

" Kata papa ajak makan sekali. Dah, kalau hang terbongkang kat situ baik kata papa ajak aku sorang ja." balas Faiq masih di tepi pintu. Digaru kepala tidak faham dengan Layyin.

Gadis itu membuka mata dan mendengus kuat.
" You pergi jelah. I malas nak hadap perempuan gila tu" dengar sahaja bicara itu terus Faiq menghampiri Layyin terkejut.

" Wei, perempuan tu ada kat bawah ka?" Seperti menyorok dari dikejar sesuatu. Dia duduk di tepi katil.

" Yelah. Sebabtu I malas nak turun sekali. Buat sakit hati je " Faiq turut rasa tidak senang.
Bukan Layyin saja malas, dia juga malas.

Melissa itu berbisa suka membelit-belit. Terus Faiq rasa seram sejuk.

" Wuish, kalau camtu aku pon takmau turunlah. Aku duk sini dengan hang, okay?" Selimut Layyin ditarik dan diselimutkan diri.

Terkejut Layyin dengan tindakan Faiq terus dia duduk dari baringan.

" Tak payah mengada. Pergi jelah ish tepi. Tepilah Faiq ! Ni tempat I. Apa yang you gedik sangat ni?! " Ditolak tubuh Faiq ketepi tidak membenarkan lelaki itu sekatil dengannya.

Faiq berdegil tetap keraskan badan walaupun bertubi-tubi ditampar. Tak kisah asalkan tidak jumpa ibu mertua gila itu.

" Syeram"

" Shush tepi-tepi."

" Ala, daripada jumpa dia baik aku duk sini dengan hang. Lagi selamat" Faiq kenyit mata sebelum selimut ditarik sehingga atas kepala.

Layyin masih berusaha merampas selimut dan menghalau Faiq.

Sedang mereka bergelut, ketukan pintu kedengaran.
" Cik Makayla, Faiq jom turun makan tengahari. Dato suruh Kak Siti panggil korang. " ajak Kak Siti dari luar bilik.

Terus Faiq duduk dari baringan di sebelah Layyin. Gadis itu menampar kuat bahu Faiq.
" You lah ni I suruh turun taknak turun !" Bisik Layyin kepada Faiq dengan rasa tidak puas hati. Kalau Faiq turun tadi semuanya sudah settle.

Tetapi lelaki itu berdegil.

" Apa aku pulak? Dah papa suh turun sekali, so hang dengan akulah turun" bidas Faiq turut berbisik tidak mahu Kak Siti mendengar perbualan mereka.

Kak Siti hairan apabila sahutan masih belum berjawab. Dia mendekatkan telinga ke pintu.

Mereka berbalah dalam nada bisik.

" Cepatlah turun ! "

" Hang turun, aku turun"

Sayup-sayup suara pasangan suami isteri itu bergaduh. Kak Siti tersenyum lalu bersahaja membuat ayat sedih.

" Penat je Kak Siti masak. Nak sejuk dah lauk tu" Rasa bersalah dalam diri Layyin sebelum tangan ditarik oleh Faiq.

" Ha, jom !"

FAIQ MUQRI LEKIRDonde viven las historias. Descúbrelo ahora