FML 26

687 42 1
                                    

" Turn left " suara waze memberi arahan untuk sampai ke destinasi.
Faiq fokus mengikut waze manakala Layyin disebelah sudah terbongkang tidur.

Kereta mula menghampiri gate mewah itu.

" Betui ka rumah ni? " kemegahan rumah itu jelas walaupun di tengah kepekatan malam.

Ttang

Seketika itu, gate sudah terbuka secara automatik. Jakun Faiq memandang gate yang terbuka sendiri.

Kereta Audi R8 selamat diparking di halaman luas rumah itu. Faiq masih terkesima melihat rumah besar milik keluarga Layyin.

Dia menghentikan enjin dan menoleh ke sisi.

" Woi, mangkit ! Sampai dah." kejut Faiq. Gadis itu masih tidak memberi apa-apa reaksi.

" Bangunlah, dok buat taik mata apa lagi." sekali lagi Faiq mengejut.

" Lima minit...lima krukk" gumam Layyin sebelum kembali tidur.

" Mampuih pi kat hang ! " malas Faiq lalu terus keluar dari kereta meninggalkan Layyin. Cahaya lampu luar mula menerangi halaman luar.

Faiq teragak-agak berjalan ke pintu masuk yang masih tertutup rapat. Terasa kerdil dia seorang disitu.

Faiq memberi salam dari luar tetapi pintu tidak terbuka. Dia sudah melilau memandang sekeliling kawasan itu.

" Takdak orang ka ? Habis cam mana pagaq boleh buka niqi ? " salam kedua diberi. Dia baru ingin mengetuk kemudian pintu sudah terbuka. Faiq membalas senyum wanita separuh abad di hadapan.

" Assalammualaikum, Datin" terkejut riak wanita itu apabila Faiq membahasakan dirinya, Datin. Lambat lagi dia bergelar Datin.

" Eh, bukan ! Saya orang gaji dekat rumah ni. Panggil Kak Siti. Faiq ya?" termalu Faiq kerana salah memanggil Kak Siti, Datin. Dia mengangguk kepala mengiyakan soalan Kak Siti.

" Bukan Cik Makayla ikut?" laju Faiq menunjuk Layyin di kereta yang masih tidur berpeluk bantal kecil. Layyin masih tidak sedar dan selesa dibuai mimpi.

" Oh, takpa Kak Siti panggilkan Dato kat atas kejap. Faiq boleh bawak masuk beg dulu." sopan Faiq mengangguk sebelum Kak Siti berlalu ke tangga. Dia kembali ke kereta mewah itu.

Dia membuka pintu kereta sebelah Layyin.

" Haih, pompuan ni. Lima minit ka lima hari hang nak tidoq hah?! " Faiq menahan diri dengan memegang bahagian atas kereta sambil merenung Layyin yang masih tidur.

Terlihat Layyin mengaru pipinya dan beralih ke kiri. Sedap kau tidur kan?

" Mangkit, mangkit ! Sampai dah" kejut Faiq sedikit keras supaya Layyin bangun.

" Lima mi-"

" Banyak hang lima minit, dari tadi tak bangun ! Cepat-cepat" rasa tidurnya diganggu dengan bebelan Faiq, Layyin mencelik mata. Dia membuka dengan wajah tidak puas hati.

" Asal ? Mau fight, mai ar " terus badan Faiq ditolak Layyin ketepi. Malas melayan pengganggu tidurnya.

" Mangkit, mangkit baran. Ingat aku takdak baran ka ?! Tak tengok lagi berapa ramai makan asap ekzos aku, huh ! " bebel Faiq seorang menjeling tubuh belakang Layyin melangkah ke pintu masuk. Dia membuka bonet belakang untuk mengambil beg mereka.

Nak harapkan Layyin? Lambert lagi !

Layyin hanya pekakkan telinga tidak melayan omelan Faiq.

Dia menggosok-gosok mata membuang sisa ngantuk, baru saja dia ingin membuang kasut tiba-tiba matanya terarah ke sepasang kasut heels hitam.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now