FML 33

724 48 7
                                    

" Hamid, jom masuk dalam. Kejap lagi tok kadi datang " tegur Dato Zainal melihat Encik Hamid yang hanya berada di luar.

Tetamu sudah berpusu-pusu masuk ke dalam rumah mewah itu untuk menyaksikan pernikahan anak usahawan terkenal, Dato Zainal.

Majlis Akad Nikah Faiq Muqri Lekir & Layyin Makayla Fleur

| FML ♡ LMF |

Encik Hamid menghiraukan Dato Zainal dan berlalu masuk ke dalam rumah.
" Hamid..." perlahan Encik Hamid yang bertongkat pusing menghadap Dato Zainal. Wajah datar ditayangkan.

" Apa lagi, Zainal ? Sekarang hang nak apa lagi ?! Tak cukup kisah lama hang dah ambik dari aku !" turun naik dada Encik Hamid meluah kemarahan. Mereka berada di kawasan kolam renang disamping tetamu tidak henti masuk ke dalam rumah.

" Nampaknya, kau masih berdendam dengan aku Hamid " tergelak sinis Dato Zainal. Sesekali dia mengangkat tangan menyapa para tetamu yang hadir. Wajah mesra ditunjukkan.

Senyuman manis tadi bertukar sinis apabila memandang Encik Hamid yang berusaha berjalan mendekatinya.

" Hang jangan biadab ! Aku takkan pernah lupa apa yang hang buat dekat aku, Nal." merah padam wajah Encik Hamid menghambur marah di hadapan sahabat lamanya. Tidak puas hati kerana dituduh dia masih berdendam.

Siapa makan siapa?

" Kecil kan dunia ni? Aku fikir aku takkan jumpa kau dah. Yelah, entah dah mampus ke apa kan, lama tak dengar khabar lepas syarikat kau bankrupt bertahun dulu. Last-last anak kita nak kahwin dah, tak gitu Hamid? " Encik Hamid seakan dapat menghidu niat buruk Dato Zainal.

Dia sudah menganggak perkahwinan ini atas sebab sesuatu. Yang lebih kearah...

Dendam.

" Jangan libatkan Faiq dan Layyin dalam niat dendam hang. Aku tau hang ada muslihat disebalik semua ni. Aku takkan biaqkan hang jatuhkan aku kali kedua, Nal." mereka beradu mata setelah lama tidak bersua.

-

" Faiq Muqri Lekir Bin Abdul Hamid, betul? " ujar Tok kadi membetulkan kacamata lalu memandang Faiq.

" Ya, tok " balas Faiq setia mengenggam tangan Tok kadi bersedia untuk melafaz akad.

" Baik, jangan nervous ye. Lafaz kena bagi jelas dan lancar. Confident kena penting sebab nak jadi suami ni. Tadi, soalan-soalan semua lulus so kita boleh start " air liur ditelan perit. Wajah Layyin di atas pelamin tidak langsung Faiq toleh. Risau fokusnya terganggu.

Cantik ya amat.

" Bismillahirrahmanirrahim, Faiq Muqri Lekir Bin Abdul Hamid."

" Saya " nafas ditarik seketika lalu mata memandang tepat kearah Tok Kadi.

" Aku nikahkan dikau dengan Layyin Makayla Fleur Binti Zainal Abidin dengan berwakil walinya kepadaku dengan mas kahwin sebanyak RM 12,500 tunai "

Nafas ditarik....

Flashback

" Hang sebut pelan-pelan. Jangan gejoloh sangat Lekir " Yon sudah pasrah dengan Faiq yang tidak berhenti tersalah dalam cubaan melafaz akad nikah.

Mereka bervideo call melalui WhatsApp sahaja. Sham dan Mirul juga menemani Faiq yang mengulangi lafaz yang sama dengan kesalahan yang berbeza.

Faiq sudah mundar-mandir di hadapan katil memegang telefon di tangan. Tidak tenang hidup.

Sekejap lagi dia perlu turun menunggu Tok Kadi tetapi dia terlalu gugup sehingga tidak dapat fokus.

" Lidah aku tiba-tiba berbelit nak sebut nama Layyin. Hampa kena tolong aku." wajah didekat pada telefon merayu. Buntu tidak tahu cara apa lagi harus dia lakukan.

" Hang nak aku tukaq tempat dengan hang? Boleh ! Satgi aku sampai KL boleh kawen free " seloroh Sham cuba mengusik Faiq yang seperti cacing kepanasan. Jarang mereka melihat sisi Faiq yang begini.

" Elok-eloklah Sham ! Aku ketaq tak biaq ni " tangan kiri sudah berpeluh digengam erat cuba mengurang debaran. Memang tidak dia nak bagi Sham gantikan tempatnya. Mana boleh !

" Cuba try test. Aku nak tengok kelancaran hang ! " Mirul dengan muka serius menyuruh Faiq cuba lafaz sekali lagi. Sham disebelah memandang pelik.

" Cuba ka try? Tukang nasihat pon tak betui " riak wajah Mirul membuatkan Faiq tergelak dan lebih tenang berbanding tadi. Baiklah, dia cuba.

" Aku try. Huh - fuh Aku terima nikahnya Zainal Abidin Binti Layyin-" terbuntang biji mata mereka mendengar sekali lafaz tidak berhenti dari Faiq. Lancar dah betul tapi isinya menimbul fitnah.

Lain macam punya nervous Faiq ni !

" Woi, setan ! "

" Hanat, hang nak kawen dengan pak dia ka babi ?! Buat rilek dah la " Sham menepuk dahi. Apalah nak jadi dengan sahabatnya seorang ini. Nak kahwin pun buat perangai tak menentu last minit.

Ini kalau depan mata sudah disepak terajang Faiq oleh Sham.

" Aku-aku.... Aku tak bolehlah ! " dia menghenyak punggung di birai katil kuat dengan wajah tidak puas hati. Rasa nak putus asa !

Kesian pula mereka melihat keadaan Faiq. Lalu, timbul idea bernas dari Yon.

" Aku cabaq hang, kalau hang tergagap macam ni makna kata hang takdak tel*q. Ada bran? " Sham disebelah sudah terburai ketawa tidak berhenti. Mirul hanya mengeleng kepala.

" Bodolah Yon ! Tengok la macam mana satgi. Ni hampa jadi dak mai lusa? Majlis sanding aku tu"

" Kami convoy tapi tak duk lama la kot. Lepas majlis hang kitaorang blah." Yon mengangguk mengiyakan kata Sham. Mereka juga ingin melihat sahabat baik mereka berkahwin namun tidak mampu duduk lama.

Duit terbang

" La, duk la semalam dua dulu. Takpa, nanti aku topup la duit minyak hotel " sedang mereka berborak, seorang lelaki masuk ke dalam bilik.

" Faiq, tok kadi dah nak sampai. Jom "

Endflashback

" Aku terima nikahnya Layyin Makayla Fleur Binti Zainal Abidin dengan mas kahwinnya RM 12,500 tunai." sekali lafaz dan itu pertama kalinya Faiq Berjaya melafaz akad dengan sempurna.

Sah !

" Alhamdulillah " mereka membaca doa. Hadir sebuah rasa sayu dalam hati Faiq ketika ini. Dia sudah bergelar suami kepada Layyin. Hadiah utama saat pertandingan dahulu.

Layyin milik Faiq.

" Tahniah anak ibu ! " tubuh Layyin dipeluk erat oleh Puan Aisyah yang menitiskan air mata. Tidak sangka, impiannya ingin bermenantukan Layyin menjadi kenyataan. Sebak didada dengan suasana begini.

" Ibu, jangan nangis. Nanti, Layyin ikut nangis" air mata itu Layyin usap lembut membalas pelukan ibu. Layyin juga merasa suatu perasaan asing apabila Faiq selesai melafaz akad.

Terjentik rasa terharu dan lega. Entah kenapa dia berasa begitu.

Sedang doa dibaca, mata mereka bertembung. Masing-masing bagaikan dalam dunia sendiri.

' Layyin, isteri aku ? '

' Officially my husband, Faiq? '







" Khilafku yang sudah melampau mencintai makhlukMu"









⭐⭐⭐

HAI GUYS ! LAMA TAK UPDATE WINDU HUHU

After this, saya tak janji bila waktu saya mampu update hmm

Keep supporting FML supaya saya semangat nak tulis utk korang ehek

Enjoy !

Vote comment and follow me muah !

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now