FML 10

788 44 4
                                    

Nama-nama telah selesai dipanggil dan nampaknya hanya Faiq dan Luq yang berada dalam kumpulan pusingan 2 bersama wakil dari geng Jebat, Khai.

Manakala Yon , Hisham dan Mirul berada dalam kumpulan pusingan 1 bersama Jebat dan Ben.

" Peserta pusingan pertama boleh bersedia ! " jerit seorang lelaki memakai topi membawa bendera putih.

"Goodluck bro ! " ujar Luq dan Faiq kepada rakan mereka yang sudah bergerak mengambil tempat masing-masing.

Mereka hanya duduk di tepi litar sahaja menyaksikan perlumbaan pertama.

Kepulan asap terhasil dari pulasan moto masing-masing.

"Ke garisan , sedia " makin kuat bunyi enjin mula kedengaran.

"Mula ! "

Brraaappp

Setelah signal bendera dilepaskan, barisan 12 peserta memulakan pecutan mereka dengan penuh semangat.

Mereka memacu motocross masing-masing, berusaha keras untuk mendapatkan kedudukan pertama.

Bunyi sorakan daripada peserta-peserta kumpulan lain menggema di sekitar litar. Suasana menjadi semakin panas dengan derapan asap yang mengaburi pandangan mereka akibat geseran tanah yang kuat.

Di kedudukan hadapan, kelihatan Jebat yang mendahului perlumbaan. Di sampingnya, seorang pelumba gigih cuba menyaingi Jebat.

Terdapat persaingan yang sengit antara mereka berdua.

Jebat dengan licik mengambil keputusan untuk mengalihkan motornya ke kiri, dan dengan satu tendangan tajam, dia berhasil menendang peserta yang cuba menyainginya.

Bukk

Peserta tersebut hilang keseimbangan dan jatuh terhentak ke pokok yang berhampiran.

Situasi itu sudah menyukarkan beberapa peserta lain.

Akhirnya, selepas beberapa pusingan dramatik, 6 peserta berjaya mendapat tempat untuk meneruskan perlumbaan.

Jebat mendominasi carta kedudukan dan membuka helmetnya dengan penuh keyakinan.

Hisham yang berada di belakang Jebat, membuka helmetnya dengan pandangan penuh ketidakpuasan, jelas kesal dengan perbuatan Jebat terhadap peserta yang jatuh tadi.

Namun, Jebat tidak menghiraukan pandangan tersebut dan bergerak ke tempat lain, menunjukkan bahawa dia tidak terganggu dengan reaksi itu.

" Mantap Jebat ! " Khai menyambut Jebat yang sudah berjalan ke tepi litar.

Jebat hanya tersenyum berlagak mengangkat bahu. Seketika kemudian, Ben datang mengelap peluh dengan wajah hampa.

Dia hanya mendapat tempat ke 7 sikit lagi ingin berjaya memasuki final.

-

Faiq baru sahaja ingin menyapa Hisham dan Mirul yang berjaya mendapat tempat tetapi pelik melihat mereka yang mempamerkan wajah tidak puas hati.

" Sial ! " carut Hisham setelah duduk di sebelah Yon di tepi pokok. Faiq pelik dengan Hisham dan Mirul yang dingin.

" Aik ?! Masuk final pon marah ka ? " tanya Yon melihat Hisham kusut. Dia memandang Hisham dan Mirul silih berganti.

Faiq berdiri di hadapan Yon menunggu maklum balas mereka.

" Si Jebat tu main kasaq tadi. Dia boleh pi tendang budak tu sampai terhumban dekat pokok ! " terang Mirul kegeraman mengenang perbuatan Jebat tadi.

"Uish , bongok gila perangai setan tu ! Tak boleh jadi ni kena ajaq budak Jebat tu ! " ujar Yon yang melilau mata mencari kelibat Jebat.

Faiq hanya diamkan diri.

Tak sangka Jebat sanggup bermain kotor sehingga begini.

-

Kini kumpulan pusingan kedua pula mengambil giliran.

Dengan penuh debaran Faiq melangkah.

Baru saja Faiq ingin bergerak untuk mengambil tempatnya di litar perlumbaan, langkahnya terhenti ketika kelibat Layyin berhenti menyapa di hadapannya.

Layyin memandang Faiq dari atas hingga ke bawah dengan pandangan sinis.

" Goodluck , loser ! " kata Layyin penuh yakin bahawa Faiq akan kalah lalu terus melangkah pergi.

Faiq hanya memandang kosong mengikut langkah Layyin pergi. Tidak mengambil peduli dengan kata-kata gadis itu.

Faiq segera mengambil tempatnya di atas motocross itu sambil menyarung helmet.

Dia sempat menumbuk tangan kecil dengan Luq sebagai tanda sokongan.

Kepulan asap dari enjin-enjin moto telah terhasil di sekitar mereka.

Brraaappp brraappp

Dia memulas enjin motornya dengan kuat, menghasilkan bunyi derapan yang menggema di litar perlumbaan.

Signal bendera putih dilepaskan sekali lagi, menandakan permulaan perlumbaan kedua.

"Sedia, mula !"

Para pelumba melepaskan pecutan mereka dan membelah jalan dengan penuh semangat.

Faiq yang berada di barisan belakang, tetap tenang dan fokus dalam perlumbaan ini. Walaupun masih awal, dia tahu bahawa setiap saat adalah penting.

Beberapa pelumba lain mengalami kesukaran ketika hendak mengambil selekoh yang tajam.

Di kesempatan itu, Faiq dengan bijak menyelit dan memintas laluan para pesaingnya.
Kedudukan Faiq segera melonjak ke kedua di hadapan para peserta lainnya.

Dengan penuh keberanian, dia mengawal pecutan motornya.

Dia memotong masuk ke dalam selekoh dengan penuh keyakinan, dan melepaskan motornya dengan kuasa setelah melaluinya.

Brrraaapp Brrraaap

Garisan penamat sudah mula kelihatan di hadapan, dan Faiq memulas enjin motornya dengan penuh tekad untuk mendahului kedudukan.

Suasana semakin tegang di dalam perlumbaan ini, dan semua mata tertumpu kepada peserta yang berusaha keras untuk menguasai litar ini.

Faiq tahu bahawa dia perlu memberikan yang terbaik untuk mencapai kemenangan.

Dengan pecutan terakhir , Faiq berjaya mendapat tempat pertama sekaligus menempah nama ke peringkat final.

Tempat kedua berjaya diduduki oleh Luq tetapi Yon masih belum kelihatan.

Faiq bertepuk tangan dengan Luq dan berasa bersyukur kerana berjaya mara ke final.

" Faiq masih berbisa " puji Luq setelah membuang helmetnya.

Faiq tersenyum menampar bahu Luq disebelah.

Selang beberapa minit , baru kelibat Yon menghampiri di bahagian belakang. Mereka semua terus bergerak meraikan bersama Hisham dan Mirul di tepi.

Kelihatan Luq memujuk Yon yang sedang merajuk.

Dari kejauhan, terlihat sepasang mata tajam milik Jebat sedang merenung Faiq yang meraikan kejayaan itu.

Tepat pandangannya kearah Faiq.

" Hang tunggu , Faiq " penuh dendam Jebat memandang Faiq.






















" Khilafku yang sudah melampau mencintai makhlukMu "

















⭐⭐⭐

Triple update for today yeheee
Sorry guys sebab menunggu so yaaaa kita bakal saksikan Faiq berentap ke final guys

Enjoy !

Vote , comment and follow me muah!

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now