FML 53

858 72 10
                                    

Hanya tinggal beberapa hari saja mereka dapat menetap di kampung. Jujur Layyin sememangnya sudah sebati dengan kehidupan disini.

Dahulu dialah yang mengeji namun sekarang dia akui keindahan dan ketenangan kampung yang sedikit sebanyak telah membuka hati Layyin.

Lepas saja solat asar, Layyin meminta diri untuk mencuci pakaian sementara Faiq mengisi masa yang ada di pondok rumah.

Kali ini Layyin guna mesin basuh jangan risau.

Setelah selesai meletakkan pakaian kotor ke dalam mesin, Layyin masuk ke ruang dapur untuk minum air. Cuaca sekarang tersangatlah panas.

So hot!

Puan Aisyah yang baru sudah menjemur kain menuju ke Layyin.

" Layyin, tolong ibu pi beli barang dapuq sat. Ajak Muqri sekali" Layyin mengangguk dan sehelai kertas yang tersenarai bahan yang hendak dibeli bertukar tangan.

Dia berjalan ke ruang tengah dengan mata melilau mencari Faiq. Barang-barang yang dipesan tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sikit.

" Mana Faiq ni?" baru dia ingin menuju ruang tamu, dia terdengar suara alunan gitar yang sungguh indah.

Layyin bergerak ke tingkap kayu dan terlihat Faiq sedang duduk memetik gitar dan bernyanyi.

Layyin tersenyum-senyum mengintai Faiq dan dia terus bergerak menuju lelaki itu di luar rumah.

Faiq bersandar di dinding kayu pondok itu dengan santai memetik gitar.

" Hanya kerna kau yang cukup indah~ untuk dimiliki dan tuk dicintai.
Ku tahu kau mahu ada hati, untuk didampingi untuk disayangi~"

Lagu Cukup Indah menjadi pilihan Faiq sambil lelaki itu terbayang akan wajah isterinya.

Alhamdulillah dia sudah sihat sepenuhnya dan tidak lagi dijaga oleh nurse Layyin. Padahal memang sudah sihat tapi mengada.

Uwerk!

Dia tidak sedar Layyin menghampiri dan tanpa salam terus menerjah duduk di sebelah Faiq.

" Sedapnya suara" puji Layyin membuatkan Faiq terhinjut bahu terkejut.

Hampir gitar itu hendak dibaling. Berani nak baling dekat bini?

Faiq memegang dada.
" Uih, terkejut aku! Len kali bagi salam dulu boleh dak?" Layyin terkekeh-kekeh ketawa melihat reaksi Faiq.

" Over je dia ni." Dia menyendeng di tepi Faiq sambil memandang sisi wajah lelaki itu.

Layyin bersyukur dikurniakan lelaki seperti Faiq. Semakin hari, semakin sayang. Harap mereka kekal sehingga hujung hayat

Dia tidak berkelip memerhati tiap sudut wajah Faiq.
Tak salah tengok laki sendiri kan? Jangan jealous.

Faiq mengerut dahi pelik dengan Layyin yang tidak lepas memandangnya.

Handsome sangat ke?

" Awat hang tenung aku macam tu?" Baru mata Layyin terkelip sedar dari renungan tidak berkelip tadi.

Layyin tersengih kambing dan melihat Faiq memetik halus tali gitar itu.

" Sambunglah nyanyi I nak dengar lagi" pinta Layyin kepada Faiq. Suka benar dengan suara lunak itu sangatlah merdu sehingga membuat Layyin terbuai.

Faiq mengerling lembut dan menurut saja permintaan isterinya. Tali gitar itu dipetik menghasilkan suatu melodi.

Sambil memetik gitar, dia merenung mata Layyin di sisi.
"Kau gadisku yang cantik, cuba lihat aku disini, disini ada aku yang cinta padamu~"

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now