FML 27

676 42 6
                                    

" Macam mana nak pulaih ni? " sudah lima kali Faiq cuba memulas tombol shower namun tiada air yang keluar.

Sudahlah hari ini, dia dan Layyin perlu ke kursus kahwin dan mencari barangan nikah.

Faiq yang hanya berkain pelikat tanpa baju mengaru kepala. Mesti Layyin sudah menunggu di bawah.

" Takkan nak mintak tolong dia ? Cam mana eh?" kini dia sudah keluar dari bilik air itu menuju ke pintu depan.

Pintu dibuka dan hanya kepala menjenguk ke luar.

Kiri

Kana- kalut Faiq membetulkan kain pelikat naik ke dada melihat Kak Siti menghampiri.

" Kenapa, Faiq? Ada apa-apa nak Kak Siti tolong ke ? " Faiq mengeleng kepala segan. Dia segan pula ingin meminta tolong Kak Siti yang dia tidak kenal.

" Erm, Kak Siti panggil Layyin sat, boleh ?" merah wajahnya ketika ini.

Kak Siti hairan melihat kelaku Faiq yang terjegul kepala.

" Cik Makayla ada dekat bawah. Kejap Kak Siti panggilkan " Faiq mengangguk laju. Dia masuk kembali ke bilik air dan cuba memulas tombol shower untuk sekian kali.

Kak Siti mendekati Layyin di atas sofa yang sudah lengkap memakai dress hijau gelap bawah lutut itu.

" Cik Makayla, Faiq panggil cik kejap dekat atas " ternaik kening Layyin.

" Kenapa panggil I pulak ? "

" Tak tahu pulak Kak Siti " Layyin sudah mengguling mata ke atas. Hampir 30 minit dia tunggu Faiq tapi lelaki itu masih tidak turun.

Dia naik ke atas menghampiri bilik Faiq yang bersebelahan biliknya.

Knock knock

" Sat ! " sayup-sayup suara Faiq menjerit dari dalam bilik. Layyin bosan menunggu di luar.

Sekali lagi, muncul kepala Faiq menjegul dari tepi pintu.

" Wei, tolong aku sat " pinta Faiq separuh segan, separuh terpaksa.

" Tolong apa ni ? You dah buat I tunggu dekat bawah and now you tak siap lagi ! Sekarang apa masalah you ?! " Sebelah telinga Faiq korek bernanah mendengar amarah Layyin.

Terkial-kial Faiq cuba menjelaskan kepada Layyin yang membulat mata geram kerananya.

" Dak, ak-aku tak boleh mandi " perlahan Faiq berkata dengan sebaris gigi ditayang.

" So ? Nak I mandi kan pulak ? Lintah kampung macam you gatal jugak eh ! Ingat alim sangat last-last laki semua sama "
Faiq yang tadi menjengul kepala kini membuka pintu sepenuhnya. Sempat dia kemaskan kain pelikat naik ke atas dada.

Serupa orang berkemban dah Faiq oi !

" Ni dah lebih ! Cik kak oi , aku nak mintak tolong hang bukak ayaq mandi tu ! Duk hukum orang melulu ja, awat hang ingat betina bandaq cam hang elok sangat ka ?! " terlopong Layyin mendengar kata itu. Dia juga terkejut dengan penampilan Faiq ini.

" Betina ?! Hey , you tu-"

" Dah, dah ! Lagi cepat YOU tolong I , lagi cepat I mandi " perli Faiq menekankan kata sambil menunding jari.

Terbeliak mata Layyin kerana Faiq seakan menganjingnya.
Turun naik turun naik dada Layyin.

" Ergh, tepi ! " badan Faiq dirempuh memasuki bilik lelaki itu. Faiq mengaduh memegang bahu yang dirempuh.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now