FML 57

742 65 28
                                    

Alhamdulillah, usia perkahwinan Faiq dan Layyin sudah masuk 5 bulan dan hubungan mereka semakin akrab.

Kini mereka cuba biasakan diri dengan panggilan mesra walaupun pada mulanya masing-masing masih malu-malu anji-

Maaf.
Walaupun mereka pada mulanya masih malu-malu kucing. Tidaklah 100% tetapi mereka selit-selit untuk biasakan diri dengan gelaran masing-masing.

Beberapa minggu ini juga, Layyin perasan perubahan pada dirinya lebih lagi fizikal gadis itu yang sedikit berisi. Dia juga makan lebih banyak berbanding dahulu.

Hmpp.

Hari ini dia tidak ikut Faiq bersama ke pejabat kerana dia rasa kurang sihat dan tidak bermaya. Namun ajaibnya pagi ini sudah sihat seperti tiada apa.

Faiq menyikat rambut di depan cermin solek sambil diperhati oleh Layyin yang bosan duduk di atas katil.

Boringnya!

Faiq menghalang dia untuk ke pejabat walaupun sudah berbuih mulut Layyin katakan dia sudah sihat.

Faiq seperti mencari sesuatu di atas meja dan poket seluar juga diperiksa mencari sesuatu. Dia pusing ke belakang dan nampak barang yang dia cari.

" Ayang, ambik sat benda alah kat tepi tu" ujar Faiq menyuruh Layyin sekadar tunjuk sekilas barang di meja lampu sebelah Layyin.

Dia fokus butangkan lengan baju kemejanya. Layyin menoleh tetapi tidak dapat menangkap barang apa yang Faiq tunjuk tadi.

Mana?

Kening berkerut.
" Benda alah? Benda apa?" tanya Layyin sekadar mengodek barang-barang atas meja lampu itu.

Faiq tidak berpaling wajah sebaliknya masih setia membutang lengan baju.
" Tu kat sebelah hang tu" kepala sudah digaru tidak faham maksud Faiq.

Tahulah benda tapi benda apa?

Semua barang diatas meja itu, Layyin sua kepada Faiq.
" Kalendar? Topi?" Faiq melirik sahaja barang-barang yang dipegang Layyin sebelum dia sendiri bergerak dan mengambilnya.

" Ni..." seutas jam dicapai lalu dipakai. Layyin melopong cekak pinggang apabila benda yang dimaksudkan oleh Faiq ialah jam.

Jam?!
Faiq hanya beriak biasa tidak tahu isterinya sudah naik hantu.
Dia memandang saja perilaku lelaki itu dengan pandangan geram.

" Cakaplah nak jam. Abang sebut benda alah, benda apa?! Mana I nak faham!" dia menghempas punggung kasar atas katil. Faiq terhenti perbuatannya yang sedang betulkan rambut.

Nada Layyin yang membuatnya terkaku. Macam marah sangat ni.
" Tak yah marah-marah. Rilek arr" bersahaja Faiq kata sambung membetulkan rambut.

Aset mahal bagi seorang lelaki.

Rilek?!
Lagilah Layyin melenting dengan jawapan Faiq. Kenapa dia terasa ingin marah?

" You lain kali cakaplah betul-betul nak jam. Ini tengok pun tidak, main tunjuk gitu je mana I tahu! Cakap jelah ayang pass jam ke apa?!" Layyin naik angin tidak tentu arah sambil menyilang tangan.

Soal jam boleh menjadi isu?
Faiq berhenti membetulkan rambut dan riak wajahnya sedikit takut dengan riak wajah garang Layyin. Mata gadis itu seakan menembusi dirinya.

Uish, tajam nau macam nak terkeluar biji mata tu!
Salah aku ke?

Bibir digigit lepas sesekali pusing membelakangi Layyin.
" Len macam bini aku sekarang..." ini juga antara sikap Layyin yang Faiq perasan berbeza dari awal dahulu.

Angin monsun yang tiba-tiba datang tidak menentu dan yang menjadi mangsa pastilah si Faiq.

Layyin perasan lelaki itu seakan bercakap seorang diri membelakanginya. Dia menghampiri Faiq sebelum bahu itu ditepuk.

FAIQ MUQRI LEKIRUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum