FML 8

760 39 1
                                    

" Semekum ~ ooo semekum " Luq tergeleng lalu gulingkan mata melihat Yon yang memberi salam di hadapan rumah kayu Faiq.

" Duk semekum semekum ! Bagi la salam elok sikit " tegur Hisham yang turun dari motorsikal berlalu ke sebelah Yon.

Yon menoleh kearah Hisham yang menegurnya itu dengan mata hampir kuyu menahan terik matahari.

" Awat ? Aku bagi salam pon salah ka? " masih tak sedar diri budak Yonny Boh ini. Hisham kini berdiri disebelahnya.

Malas hendak melayan karenah Yon , Hisham memberi salam sekali lagi di depan rumah kayu Faiq.

Hisham meletakkan sebelah kaki di atas tangga menunggu Faiq untuk turun.

" Waalaikummussalam. La , tunggu Muqri ka hampa ni ?" pantas mereka berdiri sopan apabila suara Puan Aisyah menyapa.

" Haah makcik , Faiq ada ?" mampuslah kalau waktu begini Faiq masih belum bangun kerana mereka ada perlumbaan penting sebentar nanti.

" Ada. Tengah duk bersiap kot . Mai la naik dulu panaih ni duk luaq ! " ajakan Puan Aisyah ditolak lembut oleh mereka.

Luq yang masih berada di atas motor hanya menayang senyum kecil kepada Puan Aisyah.

" Takpa aih makcik ! Kami ada lumba mo-umphh " Hisham menekup mulut Yon yang hampir membocor rahsia.

Yon terbeliak mata memandang Hisham yang suka-suki menyandarkan kepalanya ke bahu lelaki itu.

"Ada nak pi ronda-ronda pekan sat ." senyum kekok Hisham tayangkan menutup kebenaran.

Puan Aisyah memandang mereka hairan dan hanya mengangguk mendengar kata Hisham.

Kelihatan Faiq turun dari tangga kayu sedikit tergesa-gesa membawa helmet biru hitam.

" Abang keluaq sat nah , ibu ! " Faiq menyalam ibunya ketika sudah turun di hadapan Hisham dan Yon.

" Haa , bawa moto elok-elok ! " Puan Aisyah menepuk bahu Faiq ketika bersalam tadi.

Seusai mereka memberi salam , hilang kelibat motorsikal mereka dari halaman rumah kayu itu.

Rahsia masih menjadi rahsia.

-

Kelihatan kereta audi R8 silver itu membelah jalan kampung yang agak sesak pada suasana petang.

Tugas Tom hari ini ialah menjadi driver kepada bosnya yang perlu hadir ke sesi saringan motocross yang bakal berlangsung lagi 30 minit.

Dalam kereta, Tom sesekali melirik ke cermin belakang melihat bosnya yang termenung.

Layyin yang duduk di tempat penumpang belakang itu tampak merenung keluar tingkap dengan fikiran jauh melayang.

Tom merasa ragu untuk mengganggu bosnya tapi dia cuba memulakan bicara.

" Ehem , Cik Kayla okay ?" Layyin bagai tersentak dari lamunan memandang Tom sekilas melalui cermin belakang.

" Hmm " datar sahaja balasan Layyin lalu kembali membuang pandangan ke luar tingkap. Tom menelan air liur perit dengan reaksi dingin Layyin.

Sudah biasa.

" Cik Kayla tak apa ke stay sini sorang-sorang nanti ? " Kejap-kejap Tom memandang Layyin untuk melihat reaksi gadis itu.

" You balik jelah, Tom. I boleh survive " bukan apa Tom takut bosnya tidak biasa bersendirian di kawasan asing.

Ini semua arahan Layyin sendiri yang menyuruh Tom balik bersama Dato Zainal selepas pertandingan akhir Motocross itu.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now