FML 11

720 39 7
                                    

" Warung ?! " Tom menarik handbrake tangan dan kereta Audi R8 itu berhenti di hadapan sebuah warung. Saat dia memandang Layyin yang duduk di belakang , senyuman terukir di bibirnya.

Berbeza dengan reaksi Layyin yang terkejut memandang ke luar tingkap kereta.

" Jom , Cik Kayla ! " baru sahaja Tom ingin keluar , Layyin menahan bahu Tom.

" No ! I tak nak makan dekat sini. " rayu Layyin dan tergeleng kepala dengan muka tidak rela.

" Kita try dulu . Jom jom ! " Layyin tidak senang duduk apabila Tom sudah keluar dari kereta.

Fikiran Layyin membayangkan suasana warung yang kurang bersih dan penuh serangga merayap.

Kotor !

" Eeee dah lah ! Whatever ! " Layyin mengeluh geram menjeling figura Tom di luar tingkap yang sedang menunggunya.

Terus Layyin membuka pintu kereta dan menghempas kuat lepaskan geram. Dia memandang jelik kearah warung hadapannya.

Tom berasa bangga sedikit berjaya menghasut bosnya menjejaki warung itu.

Warung Kak Nab menjadi pilihan Tom dan pengunjung agak ramai untuk menikmati makanan petang.

Mereka memilih meja di tepi pokok. Tom hanya bersahaja duduk di kerusi plastik manakala Layyin ragu-ragu untuk mengambil tempat.

Dia menyapu permukaan atas kerusi plastik memastikan tiada habuk dan pasir.

-

" Faiq , ambik order meja belakang tu ! " ujar Kak Nab yang sedang mengikat plastik lauk di kaunter melayan pelanggan. Faiq mengangguk selepas selesai menghantar air.

Faiq yang mengenakan apron bergerak menyusur meja-meja di bahagian belakang restoran itu.

Dia menyeluk kertas pesanan dari poket apronnya dan berdiri dekat di meja yang diduduki oleh dua wanita.

Dia tidak dapat melihat wajah kedua-dua wanita itu.

" Ya , kak nak makan apa ?" sapa Faiq kepada seorang wanita bertubuh gempal yang ralit memandang ke arah bendang di tepi manakala seorang wanita yang bertubuh langsing itu membongkok ke bawah tidak henti menyapu kaki sambil mengunyah chew gum.

Faiq mengelap peluh yang menitik di wajah dengan tuala kecil di leher.

Tom memandang suara yang menyapa itu dan berkerut kening.

" Eh, macam kenal ! " Tom bersuara didepan jejaka itu. Faiq pula naik hairan.

" Kak kenai sa- ?!  "  Tak habis kata Faiq bila wanita bertubuh langsing bersuara.

" You ?! " Layyin menunding jari telunjuk mendongak kearah Faiq. Tom melihat silih berganti wajah bosnya dan jejaka itu.

Hampir tertelan chew gum dalam mulut Layyin melihat gerangan Faiq , jejaka yang cari pasal dengannya tempoh hari.

Tom merasakan ada sesuatu yang tidak kena antara mereka.

" Balik-balik muka hang , haih " keluh Faiq mengumam perlahan memalingkan muka tidak ingin melihat wajah gadis di hadapan ini.

" Hey , you kutuk I eh ? Ingat I nak sangat ke makan dekat warung kecik you ni ?! "

" Aku pon tak mintak la hang makan dekat sini. " Faiq membalas bicara Layyin membuatkan gadis itu terlopong.

' Dia ni kalau tak cari pasal memang tak sah '
geram Layyin melihat wajah selamba Faiq.

" You ni memang- " Faiq pantas memotong kata gadis itu.

FAIQ MUQRI LEKIRМесто, где живут истории. Откройте их для себя