FML 35

847 46 10
                                    

" Jom " Faiq membetulkan kopiah di atas kepala sekembalinya dia dari bilik air. Wajahnya menitik air wuduk bersedia solat maghrib.

Layyin berbaring di atas katil setia bermain telefon mengangkat kening. Dia melihat Faiq sedang menghamparkan dua sejadah di tepi tingkap.

" Nak pergi mana? " tanya Layyin memerhatikan Faiq yang mengelap wajah basahnya.

Soalan bijak sikit takde?

Faiq memandang malas isterinya yang sudah berselubung selimut dan hanya berbaring. Perempuan ini pekak ke tak dengar azan?

" Pi merempit ! Haish, hang nampak kan aku hampaq sejadah? Nak mayang la !" ditunjuk dua sejadah yang terhampar.
Lagi mau tanya ka.

Layyin memandang meluat.
" Solat jelah sorang. Sibuk je" dia kembali bermain telefon menghiraukan Faiq yang sudah mencekak pinggang.

Layyin belum bersedia untuk solat.

" Hang sakit eh?" soal Faiq menghampiri Layyin. Dia kini berdiri di depan kaki Layyin.

Sakit? Sakit hati adalah !

" Bila masa I sakit, hah?! You tu yang sakit tetiba je cari gaduh" Layyin sudah duduk dari baringannya mengejut.

Faiq berundur kebelakang apabila melihat Layyin memakai dress satin yang terdedah di bahagian dada.

Kepala dialihkan ke tingkap tidak memandang gadis itu. Jantung berdebar kencang.

" Sakit orang pompuan la yang mai tiap bulan tu. " Faiq berdehem perlahan. Layyin melihat Faiq atas bawah hairan.

" Mana ada ! I sihat jelah " jawapan Layyin seperti memerangkap diri sendiri.

" Ha, kalau gutu jom mayang kaih. Dah masuk waktu ni " Melihat Faiq sudah mengambil tempat di sejadah membuatkan Layyin gugup.

Faiq membetulkan kain pelikat.

" Takpa la you solat jelah. I period " perlahan suara Layyin menyorok kebenaran. Dia hanya mencari alasan sahaja.

Terus kepala Faiq teralih memandang isterinya yang mengaru kepala.

" Pulak, tadi kata tak sakit? Hang mana satu ni? Mai sini aku check " acah Faiq menggertak Layyin. Dia pantas naik ke atas katil dan cuba memegang selimut.

Kang pegang tangan mahu batal lagi air wuduknya.

Layyin membulat mata sebelum laju turun dari katil menjauhi Faiq.

" Hey ! Gatal la you ni tak payahlah ! Sibuk je nak check orang. Pergilah ! " Dia menyilang tangan ke dada takut-takut.

Serangan mengejut Faiq membuatkan dia bertindak pantas untuk lari. Faiq pula menyandarkan belakang ke kepala katil.

Sempat dia tergelak sinis dengan perangai Layyin.

" Tau pun takut. Lekaih siap, dah pukui berapa ni. Aku tunggu " arah Faiq lalu memejam mata.

Layyin seperti cacing kepanasan. Dia meramas tangan tidak berhenti sambil menjeling Faiq yang sudah bersandar memejam mata.

" Taknak...." Leret Layyin tidak mahu mengikut kata Faiq. Dia belum bersedia.

Faiq masih pejamkan mata.
" Toksah dok liat sangat nak mayang. Pi ambik wuduk. Aku kira sampai tiga " dia meletakkan tangan di atas lutut kanan.

" You....." Layyin merayu tetapi tidak dihiraukan.

" Satu "

" Eee suka paksa-paksa lah you ni. Tak nak ! " bantal dicapai sebelum dicampak ke arah Faiq.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now