FML 42

1K 63 26
                                    

" Awat abang salahkan Muqri? Dia tak salah bang. Jangan hukum dia macam tu. Apa dosa dia?" Tak tahan lagi di telinga Puan Aisyah apabila suaminya kerap menghina Faiq.

Encik Hamid menggeleng kepala tidak setuju. Dia sudah kecewa dengan Faiq.

" Anak tak kenang jasa macam tu memang patut aku salahkan. Abang rasa dikhianati dengan apa yang dia buat" Kopiah diletakkan di atas meja.

Ibu bapa Faiq sudah kembali menetap di kampung dan meninggalkan Faiq seorang diri di KL.

Puan Aisyah sedikit sebak mengenangkan nasib anak terunanya.

" Dia tak tau apa-apa abang. Muqri tak dak kena-mengena dalam hubungan abang dengan Zainal. Apa yang buatkan abang bermusuh teruk dengan Zainal ni?" Senyap antara mereka sebelum Encik Hamid berdiri dari duduk.

" Ikut abang" dengan langkah yang perlahan, Encik Hamid bergerak ke sebuah pintu usang di bawah tangga dapur.

Pintu itu tidak pernah diusik kerana Encik Hamid telah mengunci dan menutup luaran dengan langsir.

Pintu dikuak dan bilik kecil itu dipenuhi rak-rak kayu bersama sawang dan habuk.

Puan Aisyah juga tidak pernah menjejak kaki ke dalam bilik ini kerana kunci hanya ada pada Encik Hamid sepanjang masa.

Encik Hamid menghampiri sebuah peti besi dan sebuah fail diambil dengan penuh berhati-hati.

Fail itu sudah bertukar tangan. Puan Aisyah hairan melihat fail itu ditangannya.

" Projek AA06. Ini yang si Zainal nakkan sangat dari abang. Abang dah simpan lama benda ni. Hanya pada Aisyah abang tunjuk." Akhirnya rahsia yang disimpan bertahun dahulu telah terlerai.

" Projek apa ni ?" tanya Puan Aisyah masih belum mendapat kepastian.

" Inilah satu-satunya projek hasil kerahan peluh abang sendiri nak naikkan nama syarikat dulu. Dan pulangan hasil dari projek ni boleh mencecah berbilion ringgit." Jelas Encik Hamid mengenai projek yang paling berharga itu.

" Tapi ini kan projek lama? Awat abang masih nak simpan?" sebuah kemusykilan di minda Puan Aisyah yang tidak mengerti mengapa harus suaminya menyimpan projek yang bertahun dahulu.

" Aisyah, projek abang ini sememangnya menjadi rebutan. Bukan dari pihak Zainal sahaja tapi syarikat-syarikat lain pernah offer duit nak beli projek abang"

" Projek ni makan masa panjang sangat dan hajat abang tak kesampaian untuk laksanakan projek ini bila syarikat mula bankrup"

" Apa kena-mengena dengan Muqri? Aisyah tak paham"

" Aisyah dengaq elok-elok. Abang amanahkan projek ni dekat Aisyah dan jangan sesekali jatuh atas tangan Zainal. Muqri mungkin nakkan projek ni jugak. Aisyah saja yang abang percaya sekarang ni."

-

Mata Faiq melilau melihat sebuah rumah besar bak istana yang dihadiri ramai orang. Semestinya orang kerabat.

Faiq hanya ikut langkah Layyin yang cantik memperagakan dress hitam paras lutut bersama heels merah kesukaannya.

Sudah ditegah namun Layyin seorang yang berkepala batu tidak hiraukan Faiq.
Laju sahaja kaki gadis itu meninggalkan Faiq di belakang.

Mereka sudah memasuki ruangan luar rumah besar itu yang dihiasi  lampu-lampu seperti kelab malam dan bunyi lagu dj yang kuat.

Pantas Faiq menyaingi langkah Layyin.
" Hang nak bawak aku pi mana ni? Dengan lampu liplap bagai. Kat mana ni?" Jantung sedikit tidak tenang melihat suasana yang terlalu 'havoc' bagi Faiq.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now