FML 23

719 47 2
                                    

" Ini keta ah paling kurang tiga hari mau bikin" ujar Tauke pemilik bengkel kereta.

Yon mengaru kepala.

" Sehari tak boleh arr , Tauke ? " tanya Yon disebelah Faiq yang sedang memeriksa bonet hadapan kereta milik Layyin.

Untung sahaja dia ambil cuti hari ini untuk bawa kereta Layyin ke bengkel.

" Haiyaa , tiga hari okay ma. Lu tengok ini BMW , Honda semua wa tara settle lagi. You punya ka boss ini keta ? " Faiq mengeleng kepala apabila Tauke bertanya jika kereta itu kepunyaannya.

" Keta ka-" Yon sudah mencelah.

" Ini keta dia punya orang pompuan dekat rumah. Suami mithali ma " Yon menepuk berkali-kali bahu Faiq.

Faiq yang memandang hairan dengan kata Yon.

' Hanat betul '

" Ooo wife ah? Takpa takpa wa cuba bikin. " Mereka mengangguk memandang Tauke yang sudah masuk ke dalam.
Faiq memandang tajam Yon.

" Bila last makan saiz 8 ? "

" Chill la, Iq. Benda betui apa hang nanti nak nikah jugak dengan dia. " jawab Yon tidak bersalah melihat wajah datar Faiq.

" Tak pasti jangan kongsi " terkedu Yon melihat Faiq sudah berlalu pergi ke motorsikal.

" Tak pasti jangan kongsi konon. Mahu tapi malu pidah " dia berjalan kearah Faiq.

Faiq sudah selamat memakai helmet sedang menghidupkan puntung rokok.

" Kak Nab tak hingaq ka hang tak masuk reja ni? " Yon bertanya sambil memakai helmet. Faiq geleng kepala.

" Cuti " Faiq memulas kuat motorsikal lalu beredar meninggalkan Yon yang terkial-kial memakai helmet.

Brepp

" Siot tinggai aku sorang noh. Tak kenang jasa punya kawan. Punya la aku teman dia mai sini call orang angkut keta bakal bini dia. " bebel Yon seorang diri.

-

" Assalamualaikum" Puan Halimah memberi salam di hadapan rumah Puan Aisyah. Dia datang bersama anaknya Jebat menaiki motosikal.

Tiada yang menyahut membuatkan Puan Halimah menghampiri Jebat.

" Tak dak orang ka ? " Jebat mengangkat bahu.

Selang beberapa , kelibat Layyin menyapa.

" Yes ? " terkejut Puan Halimah dan Jebat melihat seorang gadis di depan pintu kayu itu.

Jebat terkejut tidak sangka gadis yang menjadi bet antara dia dan Faiq kini tinggal sebumbung dengan musuhnya.

" Ni sapa pulak ni ? " bisik Puan Halimah kepada Jebat sambil menayang senyuman kaku kepada Layyin.

Tak sempat Jebat jawab, terdengar suara Puan Aisyah dari dalam rumah.

" Sapa tu Layyin ? Eh , Mah  " Puan Aisyah turun ke tangga kayu.
Layyin hanya melihat dari tepi pintu kayu itu.

Jebat turun dari motor berdiri di sebelah ibunya. Dia sempat melirik Layyin di tepi pintu dengan senyuman.

" Ada apa ni ? " tanya Puan Aisyah bersalam dengan Puan Halimah.

" Saja mai bawak lauk sikit ni. Ada rezeki lebih kita kongsi la kan. Syah , tu sapa ? " tunjuk Puan Halimah kepada Layyin yang menyorok.

" Anak angkat aku , Layyin. Layyin mai salam cik Mah " terharu Layyin mendengar kata Puan Aisyah lalu turun bersalam dengan Puan Halimah.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now