FML 47

1K 108 16
                                    


Pintu bilik dihempas kuat oleh Faiq. Lengan Layyin dilepas kasar.

Wajah Faiq usah dibicarakan, merah padam wajah lelaki itu tidak memandang Layyin yang terkulat-kulat.

Lengan Faiq cuba diraih.

" You, please dengar dulu I nak cakap. Sumpah I memang tak nak beli tapi Piah cakap you okay je . You memang suka kacang. I ikut cakap Pi-"
belum habis Layyin habiskan penjelasan, lengan Faiq ditarik kuat membuatkan Layyin terdorong ke bucu meja.

Layyin memegang lembut belakang tubuh yang terkena bucu meja solek itu. Sakit yang menusuk namun dia lebih seram dengan perwatakan Faiq ketika ini.

" Cukup!" jerit Faiq tidak hiraukan wajah berkerut Layyin yang menahan sakit. Amarah menguasai diri.

Langkah mendekati Layyin dengan perlahan.
" Hang nak bunuh aku?" terbuntang mata Layyin mendengar kata itu. Tersentak jiwa Layyin mendengar kata itu.

Mana mungkin dia mahu membunuh Faiq? Tidak pernah terfikir malah jauh terniat.

" Ya Allah, Faiq! Tak pernah terlintas I nak buat macam tu. You're my husband why I nak buat macam tu? Tolong percaya I" dengan tangan masih memegang tubuh belakang, Layyin mara kedepan namun Faiq menjauhi.

Lelaki itu menggeleng kepala tidak percaya. Dia berjalan ke arah tingkap balkoni membelakangi Layyin.

Terkilan rasa dihati apabila isteri sendiri punya niat ingin membunuhnya. Suatu momen pahit Faiq ungkapkan membuat Layyin terkedu.

Nafas ditarik perlahan.
" Aku pernah masuk ICU sebab alah dengan kacang. Sebab kacang jugak, aku hampir maut tak boleh bernafas. Masa tu aku hanya mampu pikir mati. Aku trauma sebabkan benda tu. Dan hari ni hang nak ulang benda yang sama?"

Ttak

Tak terkata bibir Layyin mendengar kisah silam Faiq. Seteruk inikah dia tidak mengambil berat tentang suaminya sendiri?

Ya tuhan ! Jika dia tahu kisah Faiq itu, terlebih dahulu dia berhati-hati.

Tergeleng-geleng kepala Layyin menidakkan sangkaan Faiq.
" Faiq, I never know that-" dia terkial-kial ingin memegang tubuh belakang itu.

Faiq memejam mata sebelum berpusing menghadap Layyin kembali.

" Diam, pompuan! Dengaq sini. Kalau hang ada niat nak bunuh aku, jangan harap aku biaq hang." Jerkah Faiq sedikit menolak Layyin ke dinding sedikit kasar.

Layyin hilang keseimbangan dan tubuh belakang yang masih sakit kian bertambah sakit akibat terhentak. Berkerut lemah Layyin memegang belakang.

Tajam pandangan lelaki itu tidak endahkan kesakitan Layyin. Kenapa Faiq berubah secepat ini?

Bergenang air mata Layyin melihat perubahan Faiq sambil bersandar lemah di dinding.

" Sakit Faiq. Tolong percaya cakap I, please! I tak tau, sumpah. Piah yang ambil jugak" Masih lagi dia cuba jelaskan perkara sebenar.

Faiq menunding jari di depan wajah Layyin yang jelas menahan sakit.
" Jangan salahkan orang lain demi nak tutup salah sendiri. Aku tak percaya hang" sungguh hati Layyin begitu terluka .

Faiq menyalahkan dirinya tanpa usul periksa?

" I trusted you! I percayakan you sepenuh hati sebab I tahu you macam mana. But, kenapa you tak boleh percaya I? I kena fitnah! " sebak nada Layyin kerana Faiq tidak langsung memberi peluang untuk percaya.

Malah dituduh dia yang cuba salahkan Piah.

Tatapan mereka tidak terputus.
" Perlu ka aku percaya pompuan macam hang? Kalau dari awai lagi hang menyesai kawen dengan aku, tak mustahil hang ada niat nak bunuh aku." kata Faiq membuatkan lidah Layyin langsung terkelu

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now