FML 20

754 46 6
                                    

Terhenti perbuatan Layyin yang mengosok mata , kini matanya tepat memandang Faiq.

Berkerut kening Faiq apabila jelas melihat wajah cantik Layyin di hadapan.

" Mudahnya terpisah~ tanpa malu-malu dia berkata cinta padaku~rasa ragu-ragu ku fikirkan itu~" Layyin dan Faiq menoleh kearah suara sumbang milik Yon yang sedang feeling menyanyi lagu Ku Tak Mahu Cinta di atas motor.

Terpejam-pejam mata dia bernyanyi.

" Tidak je- Woi " Faiq melempar kayu panjang kearah Yon membuatkan nyanyian lelaki itu terhenti.

" Diam " sekali sahaja bicara Faiq , Yon terus menzip mulut lalu duduk tegak di atas motor.

Faiq kembali menghadap Layyin yang memandangnya tidak puas hati.

" Dah takdak tempat lain nak tidoq?" Layyin tidak gentar dengan bicara tegas lelaki itu.

" Suka hati I lah ! Sibuk je " dia kembali mengosok mata tidak mahu memberitahu Faiq perkara sebenar.

Ego.

" Tulah , beli reta mahai saja tapi tidoq tepi jalan. Low class " perli Faiq sambil sebelah tangan menyeluk poket. Layyin membesar mata terkilan dengan bicara Faiq.

" You cakap I low class ? How dare you ?! I lagi mampu la dari mamat- " bicara Layyin terpotong apabila Faiq menguap kuat di depan.

" Huaaa , ngantuk " sekali lagi Layyin terkedu. Faiq memang cari pasal dengannya.

Terus Layyin peluk tubuh membelakangi Faiq. Geram + merajuk.

Faiq tergelak kecil sebelum merapati belakang tubuh Layyin. Dia mengosok kecil hujung hidungnya lalu berdehem.

" Reta hang rosak kan ? " lembut suara garau Faiq bertanya disebelah telinga Layyin.

Tidak terlalu dekat tapi terasa sedikit hembusan dari sebelah telinga Layyin.

Layyin masih merajuk tidak langsung menoleh. Faiq mengaru kepala buntu dengan perangai gadis ini. Mengada.

" Lekaih la ! Cukup baik aku mai nak tolong hang , tau ? Kalau dak , aku tinggai dah hang sorang. Biaq kawan dengan beruk mat yeh . " cuak Layyin mendengar bicara Faiq itu. Lebih baik dia meminta tolong lelaki ini.

" Ish , haa kereta I rosak ." Yon sudah turun dari motor mendekati pasangan merpati entah sejoli. Dia mencekak pinggang memandang Layyin dan Faiq silih berganti.

" Ooo , your car is broken la ni. No susah hati , Faiq can turn on your car back ! " Yon menepuk kuat bahu Faiq membuatkan lelaki itu hampir terhumban ke depan.

" Aku siku satgi ! Mai kunci " tangan disua kepada Layyin meminta kunci. Kini , dua jejaka itu beralih melihat bahagian bonet depan.

Layyin menunggu sahaja sambil menampar nyamuk yang hingap di kulit. Kantuknya juga masih bersisa.

Selesai melihat apa yang patut , Faiq bergerak memberi kembali kunci kepada Layyin.

" Esok , hang try bawak pi bengkel. Spark plug dia problem rasanya. "

" Macam mana I nak bawak ? Keta I dekat sini ?" tanya Layyin kebingungan. Sudahlah dia perlu balik ke KL hari ini.

" Pandai-pandai hang la ! Dah , jom Yon " gelabah Layyin melihat langkah Faiq yang ingin pergi. Pantas Layyin menahan Faiq.

" Kejap ! Habis I ? " muka Layyin sudah ceberut menahan air mata. Takkan dia nak duduk di tepi jalan ini seorang.

Faiq dan Yon berpandangan sesama sendiri.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now