FML 15

674 40 2
                                    

" Hadiah misteri ? " ternaik kening Layyin apabila disoal mengenai hadiah misteri oleh ketua petugas untuk pertandingan akhir Motocross Drag Speed Race itu.

"Haah , ni dia Cik Makayla." Sekeping kertas disua kepada Layyin yang mengandungi maklumat hadiah kepada pemenang.

Sagu hati – RM500 x 9 peserta

Tempat ketiga – RM1 500

Tempat kedua – RM 2 500

Tempat pertama – RM 5 000 dan hadiah misteri

( hadiah misteri akan diumumkan oleh main organizer di peringkat akhir )

Layyin juga buntu kerana dia sebenarnya tidak tahu mengenai hadiah misteri itu. Hanya papa sahaja yang mengetahui mengenai perihal ini.

"Errr.." terkulat-kulat Layyin cuba mencari idea menjawab soalan lelaki itu.

"Mengenai hadiah itu saya akan umum kemudian " terdengar suara Dato Zainal memecah ruangan khemah itu.

Layyin menoleh ke belakang dan terlihat Dato Zainal sudah tiba bersama seorang pembantu wanita disebelah.

" Papa ! " pantas Layyin berjalan menuju Dato Zainal dan menyalam. Dato Zainal mengusap bahu Layyin yang menunduk itu.

Dato Zainal tersenyum memandang semua mata yang tertuju kearahnya.

" Ingat papa lambat lagi sampai "

" Papa rindu dekat anak dara papa sorang ni " Layyin hanya senyum segaris kerana dia sendiri berasa kekok dengan situasi sekarang.

" Ermm by the way , apa hadiah misteri tu ? Kayla tak tahu pon "

" Biarlah rahsia haha "

Layyin dapat merasa sesuatu yang tidak enak tapi dia hanya terus mendengar briefing yang disampaikan oleh seorang petugas wanita kepadanya dan Dato Zainal.

-

" Para peserta yang sudah lengkap memakai jumpsuit dan mengambil kelengkapan boleh bergerak ke khemah utama kerana sesi perasmian akan berlangsung sebentar lagi. Sila percepatkan pergerakan anda. Terima kasih"

" Aku pi dulu eh ? Aku cop tempat hang " Hisham menepuk bahu Faiq yang menunduk membetulkan kasut.

Faiq memandang atas dan mengangguk sebelum kelibat Hisham berlalu pergi ke khemah.

Suasana litar itu sudah dibanjiri dengan orang-orang kampung yang datang untuk memberi sokongan.

Para gadis kampung juga tidak terkecuali untuk hadir menyaksikan jejaka kampung idaman mereka bertanding.

Siapa lagi kalau bukan Jebat dan Faiq.

Sudah siap membetulkan kasut , Faiq mengambil helmet disebelah dan mula melangkah ke khemah utama.

Tiba-tiba langkahnya mula perlahan apabila Jebat menyapa.

" Apa habaq rakan seperjuangan ku ! " Faiq disapa dengan kehadiran Jebat yang sudah lengkap memakai jumpsuit.

" Hang nak apa lagi ?" Faiq malas melayan Jebat yang tidak habis ingin menjatuhkannya.

Jebat menayang senyuman manis.

" Tengok tu ! " bibir Jebat menjuih ke belakang Faiq menyuruhnya memandang kearah itu.
Faiq perlahan memusingkan badan melihat kearah yang ditunjuk Jebat.

Terpaku seketika Faiq melihat sosok tubuh Layyin yang sedang bercakap dengan seorang lelaki mungkin berusia 60-an.

Layyin yang perasan ada mata yang memandang menoleh kearah Faiq dan Jebat.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now