FML 40

1K 54 22
                                    

Hampir sebulan usia perkahwinan Layyin dan Faiq. Kini Faiq sudah bersedia untuk menerima tawaran kerja dari Dato Zainal.

Sudah tamat masa yang diberi untuk berfikir. Faiq yang segak dengan suit biru gelap berdiri di sebelah Dato Zainal di luar bilik mesyuarat.

Dada berasa berdebar begitu kencang sekali.
" Faiq, dah ready? " tanya Dato Zainal sesekali mengusap bahu menantunya itu.

Air liur ditelan bersama wajah cuak.
" Takut sikit papa sebab tak pernah" Dato memberi senyuman cuba meredakan sedikit debaran Faiq.

" Lama-lama Faiq akan biasa juga. Dah jom " mereka masuk ke ruangan bilik mesyuarat. Semua staf duduk tegak melihat Dato mengambil tempat duduk.

Faiq menyatukan tangan ke bawah dan berdiri di belakang Dato. Layyin yang bermain telefon tidak hiraukan situasi sekarang.

Dia tidak perasan kehadiran Faiq dalam bilik mesyuarat itu. Faiq menjeling sekilas kearah Layyin.

" Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Saya tak plan nak cakap banyak cuma saya nak kenalkan ini bakal Chief Operating Officer kita, Faiq Muqri Lekir. Minta beri kerjasama kepada Faiq. Semua boleh bersurai. Before that, Kayla i want you to stay for a while " baru kepala diangkat mendengar namanya dipetik.

Terkejut beruk Layyin melihat Faiq di belakang Dato Zainal. Semua staf sudah beransur keluar dan meninggalkan Faiq, Layyin dan Dato Zainal sahaja.

" Kayla, papa nak you ajar Faiq pasal skop kerja dia dekat sini." berita itu menyentak Layyin kerana dia tidak tahu perihal ini.

" Kejap, he is our new COO? How about me? " jari ditunding kearah Faiq dan diri sendiri. Rasa tercabar apabila jawatannya bakal diambil oleh suami sendiri.

Faiq berdehem perlahan cuba memandang bawah tidak melihat kearah Layyin yang seksi berkemeja putih dan skirt hitam ketat paras lutut.

Walaupun dia suami tetap juga dia cuba kawal nafsu.

" Kayla kan tengah pegang COO sekarang, but now I want you to teach Faiq to be next COO okay? So, Faiq apa-apa minta tolong Kayla. Papa mintak diri dulu" Dato tidak menjawab persoalan kedua Layyin lalu beredar.

Sempat bahu Faiq ditepuk dan lelaki itu menghantar pemergian Dato sehingga luar bilik mesyuarat.
Sesaat itu bahunya ditolak.

" Aduh ! Gentle arr main tolak-tolak pulak." bahu kiri diusap.

" Hey, asal tak bagitahu I yang you bakal kerja dekat sini?" suara dikawal agar tidak terlalu kuat. Seram pula melihat wajah singa isterinya itu.

" Entah " bahu diangkat dengan wajah biasa. Faiq menarik kerusi yang diduduki Dato tadi sambil mata melihat Layyin yang tidak senang duduk.

Kejap kiri, kejap kanan.

Rambut yang diraut kasar dengan sebelah tangan di pinggang.

" Paling I tak faham kenapa my position pulak?! You jadi jelah staf or kerani bawahan dulu. Papa ni satu lah ! " geram pula Layyin seakan merendah dirinya.

Faiq mengigit bibir.
" Ingat aku hadap sangat COO ni ! Baik aku reja balik warung Kak Nab lagi baguih " Faiq pusingkan kerusi menghadap view bangunan sebelah.

Layyin menghampiri sengaja menunjuk wajah gembira. Dia memprovok Faiq.
" Haah, betul-betul ! Baru sesuai dengan you. Orang kampung, kerja pun kampung. Dahlah, cepat ikut I."

Faiq mengguling mata lalu ikut langkah isteri ke sebuah bilik. Ada mata-mata yang galak memandang Faiq.

Kebanyakannya wanita dan turut juga lelaki tergugat melihat Faiq dan Layyin. Tidak ramai yang tahu mereka sudah berkahwin.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now