FML 18

687 42 8
                                    

" Cewah , juara datang ! " sakat Hisham melihat bayangan Faiq yang mula mendekati.

Tetapi yang pelik , kenapa raut wajah lelaki itu seperti sedang marah.

" Len macam ja muka. Takkan tak happy bro dapat 5k plus kahwin dengan anak dato lagi. Wuish " Yon merangkul bahu Faiq disebelahnya.

Zapp

Faiq menjeling tajam membuatkan senyuman Yon mula pudar.

Lain maciam.

Mereka yang lain juga hairan dengan perubahan Faiq.

" Awat ngan hang ni ? " tanya Luq.

" Tah , aku tak tau nak rasa happy ka apa. Aku duk pikiaq cam mana nak habaq kat mak pak aku ni. Serabut pala ! " Faiq mengosok kasar rambut depannya yang sudah tidak kemas.

Mirul menghulur air mineral kepada Faiq. Dia menyambut lalu meneguk laju air itu

" La , apa masalah habaq jelah hang menang race dapat lima ribu. Senang " Hisham menepuk kepala Yon.

" Woi bingai , hang nak dia kantoi dengan mak pak dia ?! Mampuih ! "

" Haah la , aku lupa " tersenyum kambing Yon sambil menggaru kepala.

Faiq sudah selamat duduk atas motor menghiraukan perbualan Hisham dan Yon.

Dia sekarang dalam mood tidak baik.

" Aku chow dulu " bergegas Faiq menyarung helmet dan meninggalkan mereka.

Brepp Brepp

Laju sekali Faiq membelah jalan menghasilkan derapan asap motor.

Mereka hanya melihat pemergian Faiq. Terus mata semua tertumpu kearah Yon.

Grrrr

" Hehehe aku try bagi solusi " Yon sedikit gementar melihat pandangan membunuh rakan-rakannya.

" Pala hotak hang " ujar Mirul membaling sarung tangan.

-

" Assalamualaikum " Faiq melangkah masuk ke dalam rumah lalu mengendap sedikit ruang depan.

Pusing kiri. Kosong

Pusing kanan. Kosong

Cun !

" Line clear " dia terus turun mengambil mock cheque dan helmet di raga motor. Faiq mempercepatkan pergerakan kerana takut kantoi dengan ibu atau ayahnya.

Sesampai di muka depan pintu , terhidang wajah datar ibu Faiq , Puan Aisyah.

Mampuih ! Mati hang Faiq !

Tertelan air liur Faiq.

" Waalaikumussalam , pi mana awai subuh tadi ? " serius saja wajah Puan Aisyah menanya soalan.

Faiq sedaya upaya terbalikkan mock cheque itu dan disorok di belakang.

" Aba-abang pi ni apa dia emm apa dia tah " Faiq sudah memetik jari cuba mencari idea untuk tipu sunat kepada ibunya.

Tergagap-gagap Faiq mencari ayat.

" Pi ermm ha pi umah Jebat tadi ! Saja duk lepak sana " kekok senyuman Faiq cuba memberitahu kepalsuan.

Entah macam mana nama Jebat terpetik !

Puan Aisyah memandang atas bawah sebelum masuk kembali ke dalam rumah.

FAIQ MUQRI LEKIRHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin