FML 25

724 45 3
                                    

" Ibu ayah, abang pi dulu" Faiq menyalam kedua-dua ibu bapanya sebelum berangkat ke KL.

" Reja elok-elok " Faiq senyum kelat mendengar nasihat ayahnya.

Dia mengambil dua buah bagasi ke kereta.

Faiq tidak memberitahu perkara sebenar bahawa nanti dia bakal pulang ke kampung dengan status sebagai suami orang.

Faiq hanya memberitahu dia akan bekerja di bawah ayah Layyin di KL.

Faiq mengeluh sedikit sambil mengangkat bagasi ke dalam bonet belakang kereta Layyin sementara gadis itu sedang bersalaman dengan ibunya.

' Sampai bila aku nak sorok? ' sayu tatapan dia memandang ibu bapanya ketika itu.

" Ibu , uncle thank you sangat-sangat sebab sudi tumpangkan I dekat sini." Layyin mengengam tangan Puan Aisyah.

Encik Hamid senyum nipis. "Macam anak kami dah. Panggil ja ibu , ayah. Nanti bila-bila singgah lagi " ujar Encik Hamid menghadirkan rasa terharu.

Sebak Puan Aisyah menatap Layyin yang siap ingin pulang.

" Layyin, sungguh ka nak balik ni ? Tak mau duduk sehari lagi ka " Puan Aisyah berat hati ingin melepas Layyin pergi. Gadis itu pantas memeluk Puan Aisyah erat.

" I janji, I akan datang sini balik jumpa ibu, okay ? Sayang ibu " dia berbisik sambil erat pelukan mereka tidak lepas.

Puan Aisyah mengelap sedikit air mata menghantar Layyin dan Faiq ke kereta.

" Assalamualaikum " Faiq mengangkat tangan mengucap salam sebelum masuk ke seat penumpang di hadapan.

Kereta milik Layyin sudah keluar dari perkarangan rumah.

Suasana dalam kereta sedikit kekok bagi Faiq manakala Layyin hanya fokus di jalan.

Sekali-sekala Faiq menoleh memandang Layyin dan berdehem.

" Aku tengok hang rapat semacam dengan ibu." Faiq cuba memecah kesunyian antara mereka berdua. Layyin menoleh sekilas dengan bicara Faiq itu.

" Biarlah. I dah jadi official anak angkat ibu, okay ?" kerek sahaja Layyin menjawab. Faiq sudah mencebik meluat.

" Setakat anak angkat takleh lawan anak kandung la " saja Faiq mencari pasal. Terus suasana kembali bisu.

Mereka sudah keluar dari bandar utama. Masih jauh perjalanan mereka.

" You dah fikir pasal kita?" soal Layyin mengenai perkahwinan mereka nanti.

" Takdan nak pikiaq " selamba saja Faiq berkata tidak sempat memikirkan pasal mereka.

" Elok-eloklah. I tinggal you tepi jalan kang ! " naik angin mendengar jawapan lelaki itu.

" Haih, hang nak suh aku pikiaq apa? Nikah jelah. Settle " jawapan Faiq tidak menenangkan Layyin sama sekali. Dia menjeling tajam lelaki di sebelah ini.

" Cakap dengan lelaki ni susah la ! Cuba you faham situasi kita sekarang. You tak kenal I and I pon tak kenal you tapi kita kena kahwin. Can you imagine?!" Faiq mengaru tengkuk sedikit dengan Layyin yang sudah beremosi.

Risau juga kalau kereta terhumban dengan emosi Layyin begini.

" Alah, rilek ar. Drama kui 7 berlambak macam kita."

" It's not funny " Faiq menelan air liur apabila Layyin memberi pandangan membunuh.

" Tapi, takkan hang tak bantah bila Dato umum haritu? Mesti hang dah tau dulu pasai ni sebelum final kan? " bukankah gadis ini juga bersetuju.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now