FML 30

808 51 7
                                    

Langkah kaki mereka menjejak masuk ke perkarangan hotel yang megah. Di sekelilingnya, ramai orang ternama berkumpul tidak mengira usia dan bangsa.

" Tutup mulut you ! Jangan nampak jakun sangat " mulut yang tadi ternganga terus Faiq kemam rapat. Dia kagum melihat suasana mewah itu sehingga melilau mata.

Mereka berjalan menuju ke meja putih panjang.

" Layyin, long time no see ! Muah muah" seorang wanita bangun dari duduk dan melaga pipi bersama Layyin. Faiq berdiri disebelah tidak tahu untuk memberi reaksi.

" You look stunning !" puji Layyin membuatkan wanita itu tersipu-sipu malu.

" You more lah, pretty hihi. By the way, is this your fiance?" tanya Puan Alice teruja melihat sosok lelaki bersuit biru gelap disebelah Layyin. Sangat padan melihat mereka berdua.

Sama cantik, sama segak.

Mereka berpandangan lalu Layyin menghadiahkan senyuman manis kepada Puan Alice.

" Yea, this is my fiance." Puan Alice menepuk tangan seronok dengan kata itu manakala Faiq membuat muka pelik tidak faham.

" Wow, congrats both of you ! What's your name, handsome ?" Faiq mengangkat kening dan jeling Layyin sedikit.

Layyin juga memandang dan membesarkan mata memberi isyarat kepada Faiq.
" Me?" jari ditunjuk kearah diri sendiri. Puan Alice mengangguk dengan senyuman manis.

" Faiq Muqri Lekir " sebaris namanya disebut membuatkan hadirin di meja memandang Faiq penuh kehairanan. Terkesima mereka mendengar nama itu.

Puan Alice juga terkejut kerana nama Faiq seperti asing di telinganya.

" Ada adik-beradik dengan Hang Tuah ke ? HAHAHA sorry my bad cause your name so classic " tersenyum kekok Puan Alice memandang Layyin.

" Apa kejadah beyonce tadi tu ?" dengan sebaris senyuman kekok, Faiq berbisik ke telinga Layyin.

" Fiance la, bongok. Tunang " Layyin menjegil ke arah Faiq dengan senyuman juga tidak lekang. Mereka sambung berbual sebelum anak Puan Alice mencelah.

" Mom, sorry I'm late" seorang jejaka tampan bertuxedo hitam menyapa mereka.

Layyin sudah membuat muka tidak senang.

' Playboy ni lagi ' ujar hati Layyin tidak kisah dengan pandangan mesra Rayyan.

" It's okay, Rayyan. Majlis pun tak start lagi. Ni kenalkan Layyin and her fiance, Faiq " Faiq menghulur tangan untuk berjabat dengan Rayyan namun tidak dihiraukan malah Rayyan mengambil tangan kanan Layyin.

" Hello my dear, Layyin" Rayyan mengucup tangan Layyin lembut melirik sedikit kearah Faiq. Layyin memandang ke arah lain.

Faiq menyimpan tangan yang dihulur tadi. Sedikit kurang selesa melihat adegan di depan. Seketika, Faiq dan Rayyan berpandangan sesama sendiri.

" Oh, my bad. Sorry bro, I'm Rayyan " Rayyan memberi senyuman palsu kepada Faiq dengan pandangan sinis. Dia mengelus tangan Layyin lembut tidak melepaskan.

" Come, kita duduk dulu." Miss Alice mengajak mereka untuk mengambil tempat.

Layyin menarik tangan dari pegangan Rayyan dan berlalu mengambil tempat duduk. Faiq berjalan melintasi Rayyan.

Rayyan mengigit bibir menerima reaksi dingin Layyin dan terasa tercabar dengan Faiq.

" Duduk sebelah I." arah Layyin kepada Faiq ketika lelaki itu seakan ingin mengambil tempat di hujung.

FAIQ MUQRI LEKIRWhere stories live. Discover now