B A B 31

456 39 4
                                    

Happy reading!

-----------

Buat ke berapa kalinya, aku melepaskan keluhan berat. Sudah masuk seminggu Anas tidak mahu bercakap dengan aku. Walaupun aku cuba memujuk, dia tetap berkeras hati, tak mahu tamatkan perang dinginnya.

Aku buntu. Percaya sungguh dia kepada Elly. Tapi apa aku boleh buat? Elly itu ibu kandungnya. Aku cuma menumpang kasih Anas sebagai ibu tiri.

Zafran has been a very understanding husband. Dia pun ada menasihatkan Anas, namun ibarat mencurah air ke daun keladi, Anas tetap begitu. Akhirnya Zafran memujukku untuk memberikan Anas masa. Mungkin ini fasa dia sebagai kanak-kanak remaja. Fasa memberontak.

Tapi sampai bila aku harus bertahan?

"Jauh termenung?"

Aku tersedar apabila sepasang tangan sasa melingkar ke pinggangku. Zafran melabuhkan dagunya ke bahuku. Laki aku ni, dah bertahun kahwin pun tetap manja macam ini.

"Abang tak mandi ke?"

"Eh? Kan kita mandi sama-sama pagi tadi? Sayang lupa ke? Termenungkan apa sampai lupa ni?"

Hm, betul juga. Tapi kenapa tengik semacam bau suami aku hari ini? Dia tukar minyak wangi ke? Bau badan dah sama naik dengan bau ikan. Eloklah tu, bela ikan lagi.

"Mana ada termenung. Najla tengah berfikir." Aku membela diri. Tangan kembali sibuk membasuh pinggan di dalam singki.

Memandangkan hari ini Zafran yang masak, aku terus menawarkan diri untuk basuh pinggan mangkuk. Itu pun setelah berebut dengan dia. Zafran ni, selain memasak, dia mana bagi aku buat kerja rumah. Kalau bukan dia yang buat sendiri, bibik yang akan buat. Mungkin dia faham yang isterinya kerja 8 to 5, lima hari seminggu.

"Yalah. Najla fikirkan apa sampai pinggan mangkuk tu mandi sendiri?"

Ini dia saja perli aku. Jauj mengelamun sampaikan paip air pun tidak tutup.

"Najla fikirkan kita."

"Kita?"

"Ya, kita. Najla, abang, Anas. And most recently, Elly."

Nama yang terakhir itu bagaikan racun, dia terus meleraikan pelukannya. Paip air dia tutup, lalu tubuh aku dipusingkan menghadapnya.

"Najla hormat keputusan abang bila abang tak mahu bawa kes tu ke mahkamah. Tapi Najla tak faham abang. You've been wronged by her, and yet you let her come near Anas, near us like it's nothing."

Aku suarakan juga apa yang terbuku di hati selama seminggu ini. Betul, aku tak faham kenapa Zafran menegah aku daripada membuka kesnya di mahkamah.

"Najla, abang dah cakap yang abang tak selesa kan? To be loud and open about being sexual assaulted, specially by woman, is not something to be proud of." Dia tunduk memandang lantai. Jelas kelihatan dia malu untuk bercakap soal itu.

Tangan aku naik memegang pipinya, mengelus lembut.

"This isn't about being proud, abang. This has nothing to do with being proud. Najla dah banyak kali handle kes sexual assult, even those who have been assaulted by women. Team Najla berjaya tuntut keadilan untuk semua mangsa."

Aku tolak dagunya ke atas supaya aku dapat melihat matanya.

"And I would love to do the same for you."

"Abang tahu, sayang." Tangan besarnya mendarat ke atas tanganku di pipinya.

"Tapi abang tak boleh. I just, can't. Please don't force me."

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora