B A B 22

976 88 5
                                    

do you believe in marriage? I don't.

"Sayang balik sorang boleh? Abang letihlah." Zafran yang elok terbaring di atas sofa ruangtamu berkata tanpa memandangku. Dia menukar siaran televisyen mengikut cita rasanya.

Zafran baru mendarat malam semalam. Melihat wajahnya yang penuh keletihan itu, terbit rasa kasihan dalam hati aku. Tapi, aku nak dia ikut aku balik kampung memandangkan kami sama-sama cuti seminggu. Zafran pun dah janji nak balik.

Farhan nak kahwin esok. Memang tak sahlah kalau aku tak ada dekat majlis dia. Sudahlah kami jarang berjumpa selepas aku kahwin. Jumpa bila ada majlis dekat kampung je.

"Apa abang ni? Kan kita dah plan nak balik kampung untuk majlis Paan?" Aku menyoal tidak puas hati. Tak suka betul aku kalau plan bagai nak rak, lepas tu cancel.

Zafran mengeluh kecil.

"Abang ada janji dengan Anas, nak bawa dia berkuda esok," kata Zafran.

"Kenapa mesti esok? Najla dah bagitahu kan esok majlis Paan?" soalku tidak puas hati.

"Abang dah lama tak keluar berdua dengan Anas, Najla. Abang nak juga luangkan masa dengan anak abang."

"Anak kita," Tekanku, keras. "Abang cuti seminggu kan? Pilihlah hari lain untuk keluar berdua."

Sekali lagi Zafran mengeluh. Tetapi matanya tetap menatap televisyen. Aku ketap bibir sebelum merampas remote control dari tangannya dan menutup televisyen.

"I'm talking to you, abang." Tajam aku pandang Zafran.

"Iye, Najla. Abang pun tengah bercakap dengan Najla, kan?"

"Cakap dengan Najla apa kalau fokus abang dekat TV?"

"That's because you're talking when I'm trying to watch TV. Abang nak bawa Anas esok, end of discussion." Zafran memberi kata-kata muktamad.

Aku sudah rasa seperti hendak menangis. Apa kata mak dengan abah nanti kalau aku balik sorang?

"Jomlah balik sekali, bang. Abang rehat je nanti, biar Najla bawa kereta. Lagipun bukan selalu Najla dapat cuti macam ni. Bolehlah..." pujukku sambil memicit bahunya. Nak bodek kena pandai.

Zafran mengeluh berat. Macam dah faham benar dengan taktik isteri dia ni.

"Itulah, abang dah kata tak payah kerja, Najla nak juga kerja. Sekarang nak balik kampung pun kena tengok cuti."

Kata-kata itu membuatkan aku tersentap. Bukan baru kali ini dia ungkit soal kerja. Sudah banyak kali. Setiap kali aku ajak keluar ke mana mana bila dapat cuti, dia perli aku. Tapi aku diamkan saja. Entah kenapa hari ini emosi aku lain macam.

Aku rasa... Marah!

"Ugh!" Bahunya terus aku tolak menjauh. Hampir terbalik juga laki aku. Tapi sikit pun aku tak rasa kesian. Emosi aku lebih menguasai diri.

Zafran nampak terkejut dengan sikap aku yang tiba-tiba agresif.

"Fine! Abang pergilah spend masa dengan anak abang tu. Najla balik kampung sendiri malam ni." Aku jeling dia sebelum bangun dan terus masuk dalam bilik.

Pintu bilik memang wajib tutup kuat-kuat. Baru dia tahu aku tengah sentap dengan dia.

Beg pakaian sebesar alam di dalam closet itu aku ambil. Walaupun majlis sehari saja, aku pelan nak duduk seminggu sampai habis cuti.

Jadi, aku ambil beberapa helai pakaian santai buat melepak di kampung nanti. Aku bawa juga sehelai dua baju jalan-jalan. Mana tahu mak atau abah nak pergi berjalan rumah sedara mara?

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now