B A B 5

4.1K 266 33
                                    

like an echo, in the forest ~

Kalau orang tanya aku, how's life setelah hampir seminggu pegang title isteri, jujur aku tak tahu nak kata apa.

Not bad? Kot!

Entahlah! Aku sendiri pun tak tahu nak kata macam mana. Nak kata tak okay, okay je. Nak kata okay, macam suam-suam kuku. Haa pening!

Tapi alhamdulillah, aku dan Zafran baik-baik saja. Kami masih dalam proses mengenal antara satu sama lain. Dah nama pun kahwin express. Kenal tidak, apa tidak. Jumpa pun masa hari nikah. Gila kau! Ini benda paling rare yang pernah aku buat dalam hidup aku.

Apa-apa pun, aku percaya. Jodoh yang dicari mak dan abah pasti jodoh yang baik-baik. InsyaAllah.

Dah hampir seminggu memerap di rumah emak dan abah aku, hari ini kami harus berangkat ke rumah mentuaku pula. Nak juga laki aku itu bermanja-manja dengan keluarga dia. Aku pun sudah pasti mahu berkenalan dengan lebih rapat dengan keluarga suamiku.

Nanti bolehlah aku menuntut ilmu dengan umi dia. Nak tahu menu kegemaran Zafran, apa yang dia suka dan tak suka. Semua benda aku nak tahu. Wajib kot!

Yang paling aku suka tentang Zafran? Dia tak banyak bercakap. Aku pula, walaupun mulut macam mesin drill, adakalanya aku bagi peluang untuk Zafran bersuara. Beri pendapat. Sebab tak aku mahu rasa berkuasa dalam rumah tangga kami.

Dia suami. Aku ini isteri. Tugas aku menjaga dan mengikut kehendak suami, selagi tak melanggar syarak.

Ecewah! Mentang-mentang baru lepas dengar ceramah Tanyalah Ustaz tadi. Terus rasa nak sekolahkan orang haha.

Maklah yang terjerit-jerit panggil aku apabila rancangan televisyen Tanyalah Ustaz bermain di kaca TVnya sesudah subuh tadi. Semua kerana tajuk pagi itu, Perkahwinan. Sedikit sebanyak, dapatlah aku timba ilmu tentang perkahwinan ini.

Bagus juga rancangan seperti ini ditayangkan di televisyen. Zaman sekarang, tak ramai yang berani berdepan dengan tok guru untuk menuntut ilmu.

Termasuklah yang tengah berkata-kata itu. Kahkahkah!

"Najla dah siap?" tegur incik somi dari pintu bilik.

"Dah, abang. Beg semua abang dah bawa masuk kereta ke?"

Zafran angguk. Tangannya dipanjangkan memegang tangan aku. Aku perati saja tingkah-lakunya.

"Sedih nak tinggalkan mak dan abah?" Dia menyoal. Wajahnya jelas menunjukkan rasa prihatin. Aku rasa kalau aku cakap ya, memang comfirm dia suruh aku tinggal sini terus!

Aku tayang sengih untuk menutup rasa sedih yang tiba-tiba bertandang di hati. Tadi tak rasa sedih. Lepas kena soal baru terasa sayu nak tinggalkan mak dan abah.

"Abang ni, Najla dah biasalah tinggalkan mak dengan abah setiap kali balik kampus." Aku beralasan.

"Mak kata Najla selalu menangis bila nak balik kampus."

Erk! Mata aku dah terkebil-kebil pandang Zafran. Mak pun! Kenapa pergi cerita dekat suami kita? Jatuh merudum air muka!

"M-mana ada! Mak yang selalu menangis bila Najla nak balik. Najla oka—"

Bedebush!

Kepala aku berlaga dengan dada bidang milik Zafran. Keras macam batu. Adoi, bergegar otak.

"Abang buat apa ni?" Aku menyoal, bingung. Terasa tangan besar Zafran melekat di pinggang aku.

"Warm hugs."

Terus aku ketawa. Lucu!

"Kalau macam tu, Najla kena sedih selalulah ya? Baru dapat peluk abang," kataku, mengusik.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now