B A B 21

1.1K 93 12
                                    

Malam itu, aku tinggal berdua dengan Anas di dalam rumah. Bibik sudah pulang ke rumahnya. Jadi, aku ada privasi dengan Anas untuk kami berbual tentang apa yang terjadi pada tengah hari tadi.

Bila aku tanya bibik, bibik kata dia tak tahu. Sedar-sedar saja Anas sudah turun makan. Dia ingat aku yang hantar Anas dan kembali ke tempat kerja seperti biasa. Selalunya memang begitu, jika Zafran juga kerja.

Bila aku tanya dia sebaik saja aku pulang dari sekolah tadi, dia langsung tak mahu jawab. Aku kira, mungkin dia tak mahu bibik tahu.

Mata aku terhala ke arah anak kecil itu. Dia seronok bermain dengan Ipadnya. Langsung tak hiraukan aku di sebelahnya.

"Anas, mommy nak tanya sikit boleh?" Aku mencuba nasib.

Anas panggung kepala daripada menatap gajet di tangannya dan memandangku sesaat dua. Kemudian, seperti tiada apa-apa yang berlaku, dia sambung main.

Spontan, wajah aku berkerut. Manners! Sepanjang aku bergelar ibu kepada anak ini, tak pernah sekali pun aku ajar dia macam ni. Aku pun tak rasa Zafran ajar anak jadi kurang ajar.

Ipad di tangannya terus aku rampas. Walaupun tindakan itu mengundang jelingan daripadanya.

"Okay, young man. You and I are going to talk either you like it or not," ucapku tegas. Aku duduk tegak, berpeluk tubuh sambil merenungnya.

"Give it back!" Anas cuba merampas Ipadnya kembali. Cepat-cepat aku sorokkan Ipad itu di belakangku.

"Nope. Until you tell me what happened at school today, I won't give it to you."

"I'm gonna tell daddy!" ugut Anas dengan muka merah menahan marah. Aku cuma senyum mengejek.

"Sure, go ahead."

Anas memandangku dengan satu pandangan marah. Memang marah sangat. Dadanya naik turun, nafasnya jadi berat. Walaupun aku cuma menayang muka selamba, tetapi aku tertanya-tanya kenapa dia bersikap sebegitu.

Kenapa dia marah sangat dengan aku? Apa yang aku dah buat?

"Anas, mommy tak marah Anas. Mommy cuma nak tahu, Anas balik dengan siapa tadi? Anas tahu tak mommy tunggu Anas lama dekat luar sekolah tapi Anas tak ada? Bila mommy masuk jumpa cikgu, cikgu kata Anas dah balik. Do you know how scared I was?" Suaraku pecah sedikit. Tanganku kembali menggigil. Memikirkan segala kemungkinan yang berlaku jika Anas tidak di bawa pulang ke rumah.

Reaksi Anas masih sama. Masih marah dengan aku. Aku mengeluh perlahan.

"So, Anas nak bagitahu mommy apa yang jadi dekat sekolah hari ni? Siapa pick up Anas dekat sekolah?"

Jujur, aku dah telefon Zafril untuk memastikan kalau dia yang ambil Anas siang tadi. Tapi, Zafril menafikannya. Dia juga cakap yang mentuaku langsung tidak keluar rumah pada hari itu. Kalau mereka ambil pun, pasti mereka akan menelefonku dahulu.

Jadi, siapa?

"Anas?"

"Why do you care?" Anas menyoal perlahan. Aku terkejut mendengarnya. Nada suara dia penuh kebencian.

"What do you mean why do I care? Anas, I'm your mother. If anything happens to you, of course I'd be so worried!" Tak percaya aku dia boleh tanya soalan begitu.

Kenapa aku kisah? Kalau nak aku listkan semua sebab-sebab, memang sampai hujung dunia tak habis.

"But you're not!"

"Ya Allah, Anas. Mommy is worried because mommy cares for you. Because mommy loves you." Air mataku hampir luruh. Tanganku terus naik untuk mencapainya, untuk memeluknya sebelum ditepis dengan kasar.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now