B A B 1

4.8K 294 43
                                    

Aci tak kalau aku kata aku rasa seperti dikhianati oleh keluarga sendiri? Masih sempat atau tidak untuk aku tarik diri sekarang? Tinggal lagi sejam saja untuk aku menikmati zaman bujangku, sebelum aku bergelar isteri kepada tunang expressku.

Kenapa tunang ekpres? Sebab kami bertunang tidak sampai sebulan. Hari ini terus kahwin. Lebih teruk lagi, aku langsung tidak kenal siapa dia.

Jangan buat-buat pelik. Kalau dah namanya Taufiq Zafran, memang tidak hairanlah kalau dia tiba-tiba lesap sebelum akad nikah. Dia ini, raja segala pencipta alasan.

Nak ajak fitting baju kahwin pun rasa macam ajak perdana menteri keluar minum kopi. Susah yakmat!

Skrip-skrip alasan dia semuanya sepesen aje. Kalau tak sibuk, ada kerja. Kalau tak kerja, sibuk. Buat aku rasa konfius. Aku ni nak kahwin dengan pilot ke dengan menteri besar? Lain macam dia punya sibuk tu.

Secara konklusinya, aku memang tak tahu apa-apa pasal dia langsung selain dari nama, pekerjaan dan juga umurnya. Wajahnya? Ada la aku belek sekali dua gambar berukuran passport yang bakal mak mentua aku bagi tempoh hari. Itu pun entah tahun bila gambar itu diambil.

Itu yang buat aku rasa gemuruh jiwa, semangat membara sekarang ini. Macam mana kalau dia jongang? Hello, things could happend, you know? Aku perlu fikir segala kemungkinan yang boleh berlaku. Macam mana aku nak bagi dia morning kiss kalau dia jongang?

Silap haribulan, bukan bibir dia yang aku cium. Sebaliknya, gigi dia! Yuck!

Telefon di dalam genggaman aku tenung tidak mahu lepas. Patutkah aku telefon dia, minta dia bagi alasan dekat mak dan abah aku, supaya kami tak jadi kahwin? Dia kan genius dalam bab-bab memberi alasan ni.

Siapa tahu, berkat usahanya dan sokongan moral aku, kami tak perlu kahwin dan ini semua tak perlu berlaku?

Tidak menunggu lama, aku terus mendail nombor telefonnya. Kalau mesej, seminggu kemudian baru dia balas.

Tut tut... Aku dah rasa gemuruh semacam ni.

Tut tut... Tangan juga berpeluh-peluh.

Tut...

"This is the voicemail for the number zero, one, eight..."

Dengar suara operator itu, aku terus matikan panggilan. Aduh, tak angkat pulak mamat ni! Sia-sia je aku nervous. Masa orang tengah terdesak macam inilah dia nak buat hal!

Tak apa, Najla. Cuba lagi. Cuba sampai dapat.

Aku menelefonnya buat kali kedua. Dengan harapan, kali ini dia angkat.

Tut tut... Satu.

Tut tut... Dua.

Tut tut...

"Hello?"

Aku menghembus nafas lega apabila panggilan disambungkan. Namun agak pelik apabila yang menjawabnya adalah budak kecil.

Takkan awal-awal dah kena sumpah dengan uminya kot? Aku tak cakap apa-apa lagi.

"Halo? Who is dish?" Suara kecil itu memanggil lagi. Agak terhibur dengan kepelatannya, namun aku cepat-cepat ingat semula tujuan asalku.

"Hello, can I speak to Taufiq Zafran, please?" Dengan penuh sopan aku menyoal. Tetapi, lain pula balasan yang aku dapat.

"No! He's busy!"

Amboi, budak kecil ini. Alasan sibuk juga yang dia bagi aku? Memang sepesen!

Tiba-tiba dengar suara kecil itu menjerit terkejut.

"What did I told you about my phone?" Suara garau yang ku kenali mengetuk gegendang telinga.

"Do not touch it, unless you ask me to," jawab suara kecil tadi dengan perlahan. Jelas kedengaran suaranya bergetar. Takut barangkali. Suara garau Zafran boleh tahan menyeramkan.

"Anas is sorry. Anas promise tak buat lagi," sambungnya lagi. Alahai, comel lah pula bila dengar.

"Nevermind. Pergi turun makan dengan bibik. I'll be there in a minute."

"Okay." Kemudian aku dengar bunyi tapak kaki yang semakin lama semakin menjauh. Mungkin Anas sudah buat seperti yang diarahkan oleh Zafran.

Maka tinggallah aku berdua dengan Zafran dalam talian itu. Aku tunggu dia untuk menyapaku dulu, supaya aku boleh tanya dia tentang Anas. Namun, sapaannya bukan seperti yang ku sangkakan.

"See you in an hour, sayang."

Erk! Jantung aku mula berdegup laju sebaik saja suara garaunya mengetuk gegendang telinga. Setelah itu, dia terus mematikan panggilan. Langsung tidak memberiku peluang untuk menyatakan hasratku.

Sayang? Dia panggil aku sayang?

Mamat ini baru lepas mimpi jumpa malaikat maut ke apa? Tak pasal-pasal jantung aku buat hal, nak terkeluar daripada tempat asalnya. Hancur pelan asalku hendak membatalkan segalanya.

--------------

Pintu bilikku yang diketuk kuat bagai nak roboh membuatkan aku berpaling. Jurusolek yang sedang menconteng wajahku spontan mendesis, geram. Mahu tak geram? Masuk ini, sudah sepuluh kali orang keluar masuk bilik aku. Dan sepuluh kali jugalah aku mengalih wajahku daripadanya.

Sesumpah manalah yang cari pasal dengan aku di hari yang tak berapa nak bahagia ini. Cari pasal betullah!

"Najla!" teriak satu suara nyaring sebaik saja pintu bilikku dibuka dari luar.

Mataku spontan membulat apabila melihat seorang perempuan yang amatku kenali melangkah masuk. Terus aku melompat memeluknya.

"Sarah!" Kami sama-sama menjerit keriangan seolah-olah seperti setahun tidak jumpa. Padahal tiga tahun!

Selain Farhan, Sarah juga merupakan sepupu rapatku. Kami terpaksa berpisah kerana Sarah mendapat tawaran belajar di Sarawak. Tahun ini tahun terakhirnya. Tapi, aku tak sangka aku akan jumpa dia hari ini memandangkan tahun akhir memang padat dengan jadual belajar.

"Hey, bingitlah! Asal jumpa kena jerit ke?" marah Farhan di muka pintu seraya menggosok telinganya. Dia ini paling pantang melihat kami seronok berdua tanpa mengajak dia.

"Eh, jealous letuww!"

"Kau bila sampai, Sarah? Tak bagitahu pun nak balik!" Aku tarik muncung.

Sarah sengih tidak bersalah.

"Surprise, bish!"

"Kau patut berterima kasih dekat aku, Najla. Aku yang paksa dia balik. Aku perlukan pujian," kata Farhan pula, siap berpeluk tubuh. Tergelak aku mendengarnya.

"Yalah, good job, Paan. Kaulah sepupu baik aku dunia akhirat."

"I know!" Farhan tersenyum bangga. Pantang kena puji!

Sarah menilik aku dari atas ke bawah. Bibirnya lebar dengan senyuman.

"Wow, Najla. Selama aku jadi sepupu kau, ini kali pertama aku tengok kau dan aku terpegun. Cantik gila!"

"Najla ni memang lawa sejak kecil," sampuk mak di muka pintu bilik. Mendengar pujian mak, aku terus tersengih-sengih macam kerang busuk. Jarang mak nak puji aku gais.

"Tapi perangai aje macam orang terencat akal. Sebab itu tak ada yang berkenan. Ini pun nasib cu yang carikan. Kalau tidak, andartulah dia!" sambung mak, mengundang tawa kuat daripada Farhan dan juga Sarah. Pak Andam yang sedari hanya mendengar perbualan kami sejak tadi turut ketawa kecil.

Dari tersengih, bibirku terus mengendur. Sampai hati mak cakap kita macam tu!

"Betul tu, cu. Nasib baik Cu Yah carikan. Kami dah tak payah susah-susah jadi agen cari jodoh Najla dah," sakat Farhan pula dan dipersetujui oleh Sarah yang mengangguk-angguk macam burung belatuk.

Aku jeling mereka tajam. Kemudian pandang mak.

"Mak ni! Kita lari rumah karang, jangan menyesal..." Aku mengugut.

"Eh, kau jangan nak mengada-ngada! Lagi setengah jam nak akad nikah. Kau buat perangai, tahulah apa aku nak buat nanti." Mak tersenyum jahat.

Haih, mak ku, Syurga ku.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now