B A B 20

981 80 19
                                    

Double update!

Senyum aku melebar di setiap langkah perjalanan aku ke pintu lif. Setiap seorang yang melepasi kami berempat, pasti mengucapkan selamat dan tahniah atas kemenangan kami tadi.

Aku dan Syira sama-sama tersengih. Begitulah apa yang aku rasa setiap kali menang. Rasa puas hati. Berkat usaha dan bantuan kawan-kawan, Puan Miryam dan anaknya berjaya diselamatkan. Encik Azahari berjaya ditumpaskan.

"Puas hati gila bila tengok muka Si Tak Guna tu tadi. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah," komen Atiff. Dialah yang paling gembira dan terpaling emosi antara kami.

"Apa-apa pun, aku bersyukur sangat dengan kemenangan kita kali ni." Syira peluk bahu aku.

"Mahu tak bersyukur? Menang besar kot!"

Bukan setakat Encik Azahari yang dijatuhkan hukuman. Peguam dan doktor yang bersubahat dalam penciptaan dokumen palsu itu turut dikenakan hukuman.

"Jom celebrate malam ni?" cadang Jessi pula. Tak sempat nak balas, pintu lif terbuka. Kami sama-sama melangkah keluar.

"Aku..."

"Oh. My. Gucci!" teriak Jessi dengan mata membulat. Langkah kami terhenti. Semua kepala tertoleh ke arahnya. Pelik sebab dia tiba-tiba menjerit begitu.

Namun apabila melihat matanya tetap memandang ke depan, sekali lagi kami menoleh ke arah yang sama. Kali ini bukan setakat Jessi, Syira dan Atiff yang jantan itu turut berteriak sakan.

Aku? Rasa nak pengsan. Rahang hampir menyembah bumi. Sebab apa?

Sebab beberapa meter di hadapan kami, seorang lelaki kayangan, lengkap beruniform juruterbang, helok bersandar di pintu kereta bersama jambangan bunga ros merah.

Muka aku panas. Orang lalu-lalang asyik tersengih-sengih pandang aku. Tak ada siapa pun yang berkerja di bawah satu bumbung dengan aku yang tak kenal lelaki itu.

Laki aku!

"Ya Allah, sweetnyalah mamat pilot ni!" komen Syira di sebelah. Dia dan Jessi sama-sama pandang suami aku semacam. Sebab dua-dua ada di sebelah aku, terus aku hadiahkan siku.

"Hey, mata tu mata!" Aku buat gaya nak cucuk mata dia orang. Mereka tersengih.

"Eh, dia datang, dia datang!" Jessi menjerit kecil.

Zafran hayun langkah dengan kaki panjangnya ke arah kami. Setiap langkahnya penuh gaya. Bibirnya mekar dengan senyuman sehingga mempamerkan lesung pipit di pipi kirinya. Mata dia... Hanya pandang aku saja.

Tiba di hadapan aku, bau haruman maskulinnya mencucuk hidung. Kalau tak ada orang, kompom aku dah melompat, memeluknya.

"Assalamualaikum, sayang." Ucap Zafran dengan senyuman membunuh. Ada jeritan kecil yang terlepas daripada kawan sekerjaku.

"I miss you." Tak ada warning, tak ada signboard, dia terus tunduk dan cium dahi aku sekilas.

Sekali lagi, Jessi dan Syira menjerit kecil. Seronoklah dia orang, tonton drama free. Aku ni yang tak cukup oksigen, tahu?

"Untuk isteri abang." Zafran hulurkan sejambak bunga ros itu kepadaku. Tersipu-sipu aku mengambil lalu membeleknya. Cantik. Gaya kami tak lepas macam pasangan baru jatuh cinta. Padahal dah masuk tiga tahun bersama.

Ironinya, Zafran tak pernah tak buat aku rasa begini. Tak pernah buat aku rasa cukup dengan apa yang dia bagi. The more he gave, the more I crave.

"Zaf, hormatlah kami yang single ni. Ini satu jenayah, tahu tak?" usik Syira sambil menolak bahu aku dengan bahunya.

Bagaikan baru tersedar kewujudan kawan-kawan aku di sisi, Zafran ketawa dan lepaskan aku.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora