B A B 3

4.5K 297 31
                                    

dont forget to vote and comment!

"Untung kau, Yah. Dapat menantu macam Si Zafran tu. Orangnya senang, ada kerjaya, segak pulak tu! Pandai anak kau pilih."

Mak senyum, mengiyakan kata-kata Ngah Pah. Seronoklah mak bila orang puji menantu dia. Sampai ke telinga mak senyum.

Yang Ngah Pah aku pun, tak menyempat nak bergosip. Pagi-pagi buta dah buka warung kopitiam dia. Kaki gosip nombor satulah katakan.

"Yelah, ngah. Najla tu kan satu-satunya anak Yah. Kalau tak pilih calon yang elok, risau juga Yah nanti," jawab mak. Jawapan yang aku kira invalid.

Kenapa invalid? Sebab, aku rasa, 'calon yang elok' itu macam tidak berapa kena dengan calon pilihan mak. Bukan tak berapa kena. Memang tak kena langsung!

"Alah, kalau Si Najla tu pandai jaga diri, buat apa nak suruh dia kahwin awal? Ini mesti ada kerja tak elok dia buat dekat luar, kan?" tuduh Mak Lang Suri.

Amboi, dahlah main menyampuk apa orang tengah menyembang. Tak pasal-pasal tuduh aku bukan-bukan. Apa kes?

"Eh, mana kamu tahu Najla tu buat benda bukan-bukan dekat luar? Kamu jangan nak buat cerita pasal anak buah aku ya, Suri." Long Jah tinggikan suara.

Long Jah ni paling jarang sekali nak menyertai pertandingan mengarang cerita yang dianjurkan oleh adik-beradik mak aku. Tapi, dia cukup pantang kalau dengar cerita bukan-bukan pasal aku. Lagi-lagi apabila cerita itu keluar daripada mulut adik iparnya, Mak Lang Suri.

Haih, perangai sejibik macam anaknya, Farhan.

"Aku tanya ajelah, long. Budak-budak sekarang mana boleh biar sangat. Nanti mulalah keluar berita tak elok."

"Yang boleh keluar berita tak elok tu bila kamu tak pandai jaga anak. Sekurang-kurangnya, anak si Yah ni dah kahwin. Kamu yakin ke anak kamu dekat Sarawak tu buat kerja senonoh?" Long Jah memulangkan paku buah keras.

Aku rasa malas hendak ke dapur. Niat asal nak ambil air. Tapi apabila telinga aku menangkap bunyi tidak sedap begini, hilang terus mood aku.

Kalau orang tanya aku, kenapa aku tak lempang saja mulut Mak Lang Suri, jawapan aku, aku masih hormat dia sebagai mak kepada sepupu rapatku, Sarah. Sarah baik dengan aku. Jadi, aku tak mahu hancurkan hubungan kami hanya disebabkan mulut maknya.

"Kenapa tak join?"

Sebaris soalan yang dilontarkan di tepi telinga aku oleh satu suara garau membuatkan aku melompat terkejut.

Terus aku pusing ke belakang. Nampak Zafran sedang mendominasi ketinggian kami.

"Abang! Abang buat apa kat sini?" Aku soal dia. Tak sedar yang suara aku sedikit meninggi. Terkejut punya pasal.

Tak pasal-pasal makcik-makcik aku pusing kepala 180 darjah memandang kami.

"Eh, pengantin baru... Buat apa turun dapur ni? Kenapa tak duduk di depan?" soal Ngah Pah. Soalan yang berbaur amaran. Sebab sehari sebelum aku kahwin, Ngah Pah lah yang orang yang beria-ia turunkan ilmu dekat aku.

Antara salah satunya, pengantin tak boleh masuk dapur. Kenapa? Aku tak tanya pula. Angguk dan hadam saja.

"Err..." Nak kelentong, tapi pandang Zafran, seolah-olah meminta izinnya untuk menipu.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now