B A B 12

3.5K 242 36
                                    

I just wanna be happier~

"Betul Anas nak tidur sorang? Tak mahu tidur dengan mommy?" Aku menyoal Anas yang terkial-kial memanjat katilnya.

"Yes, mommy. Mommy married daddy, not Anas. No sleep together." Dia membalas selamba. Haih, anak bijak ini!

"Okay, then. Do you want mommy to read you a book?" Sambil usap kepalanya, aku menyoal.

Aku dapat rasakan, Anas minat membaca. Ada almari buku IKEA di dalam biliknya yang penuh dengan buku cerita dan figura animasi comel.

"Yes, please!" Dia sengih lebar. Teruja sangat!

Aku senyum lalu melabuhkan punggung di atas katil sebelahnya. Itu pun dia tegah juga, katanya nak tidur dengan dia kena kahwin dulu.

Banyak pe'el sungguh anak bijak ini!

Tak sampai pertengahan cerita, bunyi dengkuran halus mengetuk gegendang telinga. Anas dah tidur. Melihat wajah comelnya, terubat rindu aku pada Zafran.

Kepalanya aku usap penuh kasih. Meskipun Anas bukan anak kandung aku, aku sudah jatuh sayang kepadanya. Aku suka dia memanggil aku dengan gelaran itu. Aku rasa dekat dengannya.

Siapa sangka, anak tunggal sepertiku juga ada sifat keibuan?

Satu kucupan hangat aku hadiahkan ke dahinya. Perlahan-lahan aku turun dari katil dan keluar dari bilik tidur Anas. Kemudian aku masuk ke bilik tidurku pula.

Beginilah rutin malamku selama Zafran kerja. Usai makan malam, aku akan ajak Anas menonton televisyen sama-sama atau mengajar dia bertutur dalam Bahasa Melayu.

Sebab aku perasan, dia jarang bertutur dalam Bahasa Melayu. Dah macam anak mat saleh aku tengok. Padahal bapanya orang Melayu juga.

Mengajar anak bertutur dalam bahasa asing boleh. Tapi janganlah sampai anak lupa Bahasa Kebangsaan sendiri. Dan Anas seorang anak yang bijak. Apa yang aku ajar, dia mudah faham.

Bukankah pelajaran yang utama asalnya dari rumah?

------------

Dalam keadaan masih mamai, katil yang aku tidur terasa berat. Ini tak lain tak bukan, pasti Anas. Orang ajar tidur sekali tadi, tak mahu. Katanya kena kahwin dulu.

"Anas, baby... Kenapa tak tidur dalam bilik Anas?" Aku menyoal perlahan.

Terasa deruan nafas dekat dengan telingaku. Kemudian tubuhku terasa dipeluk dari belakang. Lain macam besar tangan Anas kali ini.

Tak pasal-pasal, bahuku yang terdedah terasa disentuh dengan sesuatu yang lembut dan lembab. Bukan sekali, tapi dua!

"I shouldn't left you with Anas. Now, you love him more than me." Suara garau membisik, diiringi dengan tawa kecil.

Mata aku terus tercelik luas. Pantas aku pusing badan ke belakang. Dalam samar-samar cahaya, aku nampak wajahnya. Sedang tersenyum.

"Assalamualaikum, wife," ucapnya seraya mengucup sekilas bibirku. Aku masih terkejut.

"A-abang..."

Entah kenapa terasa sayu menyayat hati. Rindu punya pasallah ni! Sampai salam pun terlupa jawab. Tubuhnya yang masih tersarung uniform putih itu aku dakap erat. Macam peluk teddy bear. Bezanya teddy bear ini lagi besar dari tuannya.

Nampak sangat dia terus memandu ke sini selepas mendarat. Baju masam! Tapi, masam-masam pun wangi juga haha.

"Miss me?" Zafran ketawa sambil usap kepalaku. Aku angguk tanpa suara. Masih tak mahu lepaskan tubuhnya.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now