B A B 15

3.2K 249 18
                                    

bc i really need a warm fine hug right now.

Tak pernah sekali pun terlintas dalam hati aku untuk tinggalkan sesiapa. Jujur, tak pernah. Kalau aku pergi, aku tetap akan kembali.

Sama seperti aku sambung belajar di KL dan terpaksa tinggalkan mak dan abah di Kedah buat sementara waktu. Aku tetap balik ke kampung bila ada kelapangan.

Macam mana aku hendak bagitahu Zafran yang aku tak akan tinggalkan dia walaupun aku terpaksa pergi jauh?

"Anak kenapa tak makan? Tidak sedapkah bibik masak?"

Bibik yang baru lepas hidang makanan menegur aku. Pasti terasa hati apabila aku tak makan. Aku pun tak perasan yang aku tengah kuis-kuis nasi goreng dalam pinggan aku. Kusyuk sangat berfikir.

Anas tengah pandang aku dengan mata bulatnya. Zafran pula langsung tidak menghiraukan sekelilingnya. Masih macam semalam. Aku pandang bibik dan senyum segaris. Tak mahu dia terasa hati.

"Najla kenyanglah, bik. Minum air banyak sangat kot." Aku cuba beralasan.

"Tak boleh begitu. Anak makanlah sikit, masuk dek angin perut tu nanti, siapa susah?"

"Anaslah susah! Anas kena pray banyak-banyak supaya mommy cepat sihat!" sampuk Si Cilik itu. Nasib baik comel.

Aku mengeluh perlahan. Sesudu nasi aku sumbat masuk dalam mulut. Kemudian aku angkat kepala pandang bibik. Dia masih tayang muka tidak puas hati.

Sesudu lagi, pandang muka dia. Masih tak puas hati.

"Bibik..." rengekku seraya buat muka kesian. Aku memang tak rasa lapar pun. Kenyang pun tidak. Aku cuma tak ada selera nak makan sekarang ni.

"Sudahlah, bik. Dia nak makan nanti pandailah dia cari." Suara garau mahal milik Zafran kedengaran. Penuh dengan kedinginan.

Dia masih bertegang urat dengan aku kerana semalam. Masih tak mahu mendengar penjelasanku. Aku tak tahulah sampai bila dia nak macam ni.

Aku suka selesaikan masalah dengan perbincangan. Tetapi Zafran, dia lebih suka mengelak. Macam mana masalah nak selesai kalau asyik mengelak?

"Haah, bik. Nanti Najla lapar, Najla makan." Aku tayang gigi putih aku.

Bibik pun macam malas nak layan aku dan menghilangkan diri. Aku pun hilang selera hendak berlama-lama di meja makan itu. Aku angkat pinggan-pinggan kotor ke singki dapur untuk dibasuh.

Sambil membasuh, sambil merenung masa depan. Entah ada masa depan entah tidak aku ni. Nak harapkan persetujuan daripada Zafran, memang lambatlah. Bercakap dengan aku pun dia tak mahu, inikan pula nak ajak berbincang.

Tapi, aku tak boleh diamkan saja. Ini soal kerjaya aku. Walaupun aku tahu, Zafran boleh tanggung aku sampai tua, tapi aku pun nak merasa pengalaman bekerja juga.

Sia-sialah aku luangkan masa tiga tahun ini belajar, kerah otak, kalau akhirnya aku sekadar jadi suri rumah.

Don't get me wrong. Suri rumah memang satu kerjaya yang paling mulia. But, let's be frank. Aku perempuan. Tak bekerjaya. Kalau satu hari nanti, ditakdirkan aku dengan Zafran berpisah, aku macam mana?

Zaman sekarang, perempuan kena jadi bijak. Sejauh mana pun kepercayaan kau terhadap suami, kau tetap kena bersiap sedia.

Because who can tell the future?

------------------

Disebabkan kita tak dapat meramal masa depanlah aku terpacak depan pintu bilik tidur kami, aku dan Zafran, macam orang tak betul. Berkira-kira sama ada aku patut mengajak dia berbincang atau tidak.

Macam mana kalau dia berkeras tak bagi aku pergi? Macam mana kalau dia suruh aku duduk rumah, jadi suri rumah sepenuh masa?

Oh, tidak. Aku tak dapat bayangkan semua itu.

Tapi, tak salah kalau aku cuba nasib kan? Berapa possibility untuk dia benarkan aku bekerja? Aku tak tahu. Kalau dia tak bagi juga, tak ada jalan lain. Aku terpaksa libatkan keluarga besar kami.

Nafas aku tarik dalam-dalam. Tangan memegang tombol pintu bilik. Dengan lafaz bismillah lima, aku pulas tombol pintu bilik.

Tak semena-mena, pintu bilik itu ditarik dari dalam, mendorong aku kedepan. Aku terus melepaskan tombol pintu. Kemudian, elastic collision.

Muka comel aku cun tersembam ke dada maskulin, seksi dan keras milik Zafran. Betul-betul pure dada, kerana dia hanya bertuala putih paras pinggang.

Dah tersembam, kepala aku melantun ke belakang pula. Dengan kelajuan skala siput ba alif ba ya yang sedang mengesot sanbil memikirkan jenis kebinatangannya yang sebenar, aku hampir jatuh terduduk.

Namun, tangan Zafran sempat memaut pinggangku. Aku ditarik merapat, membuatkan muka aku sekali lagi tersembam ke dadanya.

Sumpahan apakah ini? Kenapalah mak cari lelaki yang sado-mado untuk aku? Mana aku nak cari pakar bedah plastik malam-malam buta ni?

"Sayang! Are you okay?" Suara yang aku rindui. Walaupun tak sampai sehari, aku rindu suara dia.

Habis ditiliknya muka aku, badan aku, kaki aku semua. Aku tak menjawab. Hanya sekadar merenung wajah kacaknya yang penuh dengan kerisauan itu. Bibirnya terkumat-kamit membebel.

"Najla buat apa depan pintu ni? Nasib baik abang sempat sambut. Kalau jatuh tersembam tadi macam mana? You-"

Aku melompat memeluknya, menghentikan bicaranya di situ. Tubuhnya spontan mengeras. Lagi aku eratkan pelukan itu.

"W-what are you doing?" Zafran menyoal, pelik. Namun dia tidak merungkai tanganku daripada memeluknya.

Aku senyum.

"Warm hugs."

Dan tubuh Zafran relaks dalam pelukanku. Aku masih tidak mahu melepaskan dia. Bau wangian mandiannya mencucuk hidung lembut. Aku suka bau dia. Bau maskulin.

Tiba-tiba, aku rasa tangan besar Zafran melingkar di sekeliling pinggangku. Merangkul aku dengan lebih dekat. Lebih rapat. Wajahnya disembamkan di sebalik batang leherku.

Dia mengeluh lembut.

"Warm hugs..."

it's quite short. but i have classes tomorrow.

dont forget to vote, comment and follow me for next update! <3

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now