B A B 29

395 30 0
                                    

"Kau nak aku minta budak IT carikan?"

"Boleh ke?"

Syira jungkit bahunya.

"Kau ada nama dia. Itu pun dah cukup. Rakaman CCTV kurang jelas, tapi kalau kita minta forensik runs facial recognition, mungkin membantu." Cadang Syira.

Aku terdiam sebentar, mengambil kira cadangan Syira. Memang bernas walaupun salah etika kerja. Mana boleh campur adukan hal peribadi dan hal kerja. Tapi kalau ini saja jalan yang ada untuk aku, apa lagi pilihan yang aku boleh buat?

Anas enggan menjawab soalan aku. Berdasarkan cerita Zafran semalam, nampak benar yang dia tidak tahu yang perempuan itu sudah kembali. Makin lama aku dalam tanda tanya, makin gila aku dibuatnya.

Aku tidak tahu apa punca Ellyaz Fatini ini muncul dalam hidup kami, jadi aku perlu siasat. Kalau niat dia baik, aku tak akan rasa seperti ini.

"Okay. Footage CCTV ada dalam drive ni, sekali dengan nama dia. Itu je yang aku ada."

Syira usap bahu aku perlahan. Sepanjang tiga tahun ini, dialah yang rajin mendengar masalah aku. Dari intern sampailah sekarang. Tak pernah sekali pun dia menolak bila aku minta tolong sesuatu.

"Kau jangan risaulah, Najla. Kalau niat dia memang tak baik, Allah bantu kita. In the mean time, kau cuba slow-talk dengan Anas. Tengok kalau dia boleh bagi kau apa-apa info pasal ni."

Aku tersenyum kelat sebelum menganguk setuju. Call me a liar, tapi naluri seorang isteri dan ibu ni selalunya betul.

And right now, my instinct is telling me that whoever she is, wherever she is now, she comes with troubles.

-----------

Anas tak ada di sekolah. Hampir sejam aku tunggu di pintu pagar sekolah sebelum menelefon guru kelasnya, Cikgu Suha. Katanya semua pelajar sudah pulang ke rumah. Pintu kelas pun sudah dikunci. Bererti Anas pulang dengan perempuan itu lagi. Tanpa pengetahuan aku.

Dada aku naik turun menahan amarah. Aku tak pasti kenapa aku rasa marah sangat saat ini. Emosi aku seperti terumbang-ambing.

Berani sungguh perempuan ini ambil anak aku tanpa pengetahuan aku. Dia ingat dia siapa? Biadap! Aku tak kira. By hook or by crook, aku akan bercakap dengan Zafran hari ini juga.

Nafas berat dihela perlahan. Aku cuba tenangkan diri setelah mematikan enjin kereta. Tak mahu keruhkan keadaan dengan Anas kerana dia baru saja berbaik dengan aku. Mungkin aku patut ikut nasihat Syira, cuba slow-talk dengan Anas.

Setelah beberapa minit mengawal emosi, akhirnya aku keluar dari perut kereta. Baru berapa langkah aku menapak, kedengaran suara asing sedang bergelak ketawa dengan Anas di ruang tamu.

Suara perempuan, yang pastinya bukan milik bibik. Bukan juga milik ibu mentuaku atau Yusra. Kepala aku membuat kesimpulan sendiri. Hanya satu nama saja yang muncul saat itu.

Ellyaz Fatini!

Aku bergegas membuka kasut dan menerjah masuk ke dalam rumah. Mata aku terus terhala ke ruangtamu. Sangkaan ku benar. Anas sedang elok meniarap sambil menyiapkan tugasan sekolahnya. Di sebelahnya, seorang perempuan bermain-main dengan rambutnya.

Dadaku berombak dengan amarah. Akal waras aku cuba menghalang aku daripada membuat perkara bodoh, namun emosi aku lebih dominan tika ini.

"Mommy!"

Teriak kecil itu memecah lamunan emosi aku. Anas bangkit dan terus berlari mendapatkan aku. Aku tersenyum sebelum mengusap kepalanya.

"You came home early!"

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now