B A B 7

3.6K 276 35
                                    

where's my angels?

Dua hari duduk sebumbung dengan keluarga suamiku, banyak benda juga yang aku belajar. Seronok duduk sini. Mereka betul-betul buat aku seperti keluarga.

Aku bukan apa, dah biasa sangat dengar kisah menantu kena seksa dengan mentua di halaman Facebook Kisah Rumah Tangga. Macam-macam kisah orang kongsi di page itu. Memang khas untuk orang yang sudah berkahwin.

Tapi aku ikut halaman tu sejak aku belum SPM lagi. Nampak sangat gatal nak kahwin haha.

Dalam masa yang sama, aku bersyukur sangat-sangat. Mentua aku baik-baik belaka. Mereka terima seadanya aku.

Aku sangat beruntung, kan?

"Ya, I'll be back tomorrow." Suara Zafran. Dia sedang bercakap dalam telefon. Kusyuk sangat. Langsung tidak perasan aku yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik.

"I promise..."

Huh, siap berjanji-janji bagai ni. Dia bercakap dengan siapa?

"Anas be a good boy. Good boy will get present."

"Me too. Take care."

Dia meletakkan telefon di atas meja sebelum mengeluh perlahan. Aku tak tahu apa yang dia keluhkan. Tapi aku tahu, ni pasti ada kena mengena dengan budak Anas itu.

Ini kali kedua aku dengar Zafran menyebut namanya. Kali pertama semasa sebelum majlis nikah kami. Dan ini kali kedua.

Kenapa aku rasa Zafran dan Anas mempunyai hubungan yang akrab?

Tiba-tiba dia menoleh. Spontan, kami sama-sama terkejut walaupun aku dah lama tahu dia ada di situ. Terkejut sebab tengok dia terkejut kot.

"Najla buat apa kat situ?"

Aku sengih lalu duduk di hujung katil di sebelahnya.

"Skodeng abanglah, buat apa lagi! Abang bercakap dengan siapa tadi? Macam suara budak aje bunyinya. Taknak kenalkan dekat Najla ke?"

Aku cuba mengorek rahsia. Cuma melihat ekspresi yang terbias di wajah Zafran. Namun, dia cuma tenang. Setenang-tenang air di lautan.

"Najla nak kenal ke?" Dia menyoal semula. Aku pun apa lagi, angguk kepala laju laju.

Zafran senyum saja. Kepala aku diusap lembut.

"Pergi ambil wudhuk. Dah nak masuk waktu maghrib ni. Nak jemaah sama-sama?" Bab tukar topik memanglah salah satu kepakaran seorang Kapten Taufiq Zafran.

Malas nak panjangkan hal itu, aku angguk saja dan berlalu ke bilik air. Usai itu, aku sarung telekung dan menunggu dia berwudhuk pula.

Kami berjemaah berdua saja. Abi dan umi ajar mengaji di masjid, terletak selang beberapa buah rumah dari rumah ini. Zafril pula, lepas makan tengahari tadi terus ghaib.

Dah selamat sampai ke alam ayah pin kot. Kotlah.

Maka tinggallah aku dengan Zafran. Habis baca doa selepas solat, aku terus capai telefon pintar di atas katil. Macam biasa, lepas solat Maghrib aku akan tunggu sampai waktu Isyak. Sementara menunggu tu, rajinlah pula tangan ni nak buka Youtube, mendengar ceramah agama.

Dia punya vibe dengar ceramah atas sejadah ni lain macam tau. Lagipun, zaman sekarang, mudah je. Semuanya di hujung jari. Ketuk ketak hentak keyboard, terus dapat.

"Sayang, taknak salam abang?" Incik suami menegur. Aku geleng kepala.

"No, nanti batal wudhuk. Lepas Isyak karang salam." Sambung dengar ceramah UAI. Penceramah favorite aku. Suka dengar dia sampaikan dakwah dalam slanga dia walaupun cheq oqang Kedah.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now