B A B 42

439 50 3
                                    

saya tukar the previous bab 42 to bab 43, sebab rasa macam tak tally. juga sebarang kesalahan dalam bab kali ni harap dimaafkan.

happy reading and have a great sunday!

----------

Tangan aku terasa digenggam. Lambat-lambat aku menoleh ke sisi. Umi menyambut pandangan aku dengan senyuman. Tangannya menepuk tangan aku beberapa kali, seolah-olah sedang menyalurkan kekuatan. Di sebelah Umi ada abi dan Zafril yang turut hadir pada hari itu. Di sebelah kananku pula ada mak dan abah. Aku membalas senyuman umi sebelum kembali memandang ke hadapan.

Suasana di dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada hari itu lebih santai jika hendak dibandingkan pada hari-hari sebelumnya. Mungkin kerana hari itu adalah hari terakhir perbicaraan kes kemalangan Zafran.

Aku lihat di meja barisan kanan, Atiff, Syira dan Chief Azman sedang menyusun dokumen di atas meja sambil berbicara antara mereka. Mereka bertindak selaku pihak pendakwa. Di sebelah kiri pula, peguambela sedang bercakap antara mereka.

Tidak lama kemudian, hakim masuk ke dalam dewan mahkamah. Suara pegawai mahkamah bergema di dalam segenap dewan itu, memberi arahan agar semua berdiri tanda hormat kepada hakim.

"Assalamualaikum." Salam diberikan oleh hakim. Aku menyahut salam itu perlahan. Setelah semua duduk, aku lihat Syira bangun untuk memperkenalkan diri dan membaca wakalah.

"Ya Arif, izinkan saya membaca wakalah ini. Saya, Syarifah Nur Syahirah, yang bertindak bagi pihak pendakwa dalam kes ini. Saya diberi kuasa oleh pihak kerajaan untuk bertindak dalam kes ini yang melibatkan Muhammad Ismail Izzani bin Abdullah, yang telah didakwa atas tuduhan merempuh kereta dengan sengaja dan berniat untuk membunuh, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan 574. Oleh itu, saya memohon agar mahkamah mengesahkan surat kuasa ini sebagai dokumen yang sah dan mengiktiraf saya sebagai pendakwa bagi kerajaan dalam kes ini. Itulah pembacaan wakalah saya."

Hakim mengangguk. Kemudian penguambela Ismail bangun untuk membacakan wakalahnya pula seperti prosedur mahkamah.

Setelah itu, hakim mengarahkan agar perbicaraan itu dimulakan. Pegawai mahkamah berdiri untuk memanggil Ismail sebagai Orang Kena Tuduh untuk mengambil tempatnya. Aku memandang lelaki berbaju oren itu dengan pandangan penuh kesumat.

Teringat aku akan janji rakan-rakan sekerja aku dan juga Chief Azman.

"Kami akan tuntut keadilan untuk Zaf. Kau jangan risau."

Dan aku pegang dan percaya dengan kata-kata mereka.

"Ya Arif, kami ingin memulakan kes pendakwaan ini. Tertuduh yang bernama Encik Muhammd Ismail Izzani telah didakwa atas tuduhan merempuh kereta dengan sengaja dan berniat untuk membunuh, mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan 574."

"Terima kasih, peguam pendakwa. Tuduhan yang dibacakan adalah jelas. Encik Ismail, anda telah dikenakan kesalahan di bawah undang-undang yang berkaitan. Adakah kamu mengaku kesalahan ini atau tidak?"

Semua mata memandang ke arah lelaki berbaju oren itu. Ismail memandang peguamnya dan walaupun cuma sesaat, aku dapat melihat peguamnya menggeleng kepala.

Lantas Ismail menggeleng kepalanya.

"Saya mengaku tidak bersalah."

"Baik, jika kamu tidak mengaku kesalahan, proses perbicaraan akan diteruskan. Pihak pendakwa memiliki peluang untuk membuktikan kesalahan kamu. Sila berikan kerjasama sepenuhnya dalam proses perbicaraan ini."

Proses perbicaraan diteruskan dengan Syira menyoal Ismail beberapa soalan berkaitan dengan hari kejadian. Semua soalan itu dijawab tenang oleh Ismail. Tenang sangat, sehingga aku rasa jijik apabila memikirkan yang aku hanpir memaafkan dia.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now