B A B 41

473 36 0
                                    

Aku merenung ke luar jendela. Cuba membuang fikiran sambil melihat suasana di luar hospital itu. Kebetulan, bilik aku betul-betul menghadap taman permainan kanak-kanak. Dapatlah aku tengok betapa cerianya wajah kanak-kanak di situ.

Oh, to be young and free, and away from all adult problems.

Tapi siapa aku hendak menyalahkan takdir? Setiap manusia ada waktu-waktunya tersendiri. Waktu dia bergembira. Waktu dia bersedih. Waktu dia dihurung amarah. Waktu dia tenang.

Yang aku pasti, setiap manusia akan melalui ujian-ujian yang telah ditetapkan untuk menjadi yang lebih baik. Allah uji kerana kita kuat, kan?

Cuma kadang-kadang aku rasa, I'm not his strongest soldier. Aku hanyalah manusia biasa yang akan selalu jatuh tersungkur apabila ditimpa musibah.

Masih adakah peluang untuk aku rasa gembira seperti kanak-kanak itu?

Bahu aku tepuk dari belakang, lantas mematikan lamunan aku tadi.

"Najla?"

Aku menoleh memandang Syira. Dia tersenyum cantik.

"Semua dah sampai tu. Jomlah kita," ajak Syira seraya menghulurkan tangannya. Aku mengangguk dan membiarkan dia menolak kerusi roda aku ke bilik Zafran, di mana semua ahli keluarga aku sedang menanti.

Bilik suite Zafran dipecahkan kepada dua. Bilik di mana dia tidur, dan bilik menunggu untuk ahli keluarga. Masuk saja ke dalam, semua mata terus tertumpu ke arah aku. Di ruang menunggu itu ada keluarga aku, keluarga Zafran, Anas dan juga dua orang rakan sekerjaku, Jess dan Atiff.

Syira menolak kerusi roda aku sehingga aku duduk berhadapan dengan mereka. Aku pandang Jess, kemudian aku hala pandangan ke arah Anas. Jess yang faham maksud mata aku terus bangun.

"Anas, jom ikut auntie. Kita pergi makan aiskrim!" Jess mempelawa. Anas nampak seperti berat hari, namun apabila dia pandang aku, dia segera bersetuju.

Anak aku ni cerdik pandai. Tahulah dia yang ada hal yang perlu kami bicarakan, yang tak patut didengar oleh budak seperti dia. Mereka keluar dari bilik itu.

Kini tinggal kami yang dewasa sahaja di dalam bilik itu.

"Hal Zafran apa yang kamu nak bagitahu kami, Najla?" Abi dulu-dulu menyoal. Semua mata tertumpu ke arah aku tika itu.

Aku menghela nafas berat. Dalam hati meminta agar mereka menerima berita ini dengan hati terbuka.

"Sebenarnya abi, kemalangan Zafran bukan kemalangan yang biasa."

"Maksud kamu?"

"Zafran dilanggar dengan sengaja. Kemalangan itu telah dirancang."

Sebaik saja ayat itu keluar dari mulut aku, mereka terus terbungkam. Bagaikan tidak percaya akan kenyataan itu.

"Dirancang oleh siapa? Siapa uang bermusuh dengan anak umi?" Suara umi menyoal lirih.

"Kami jumpa bukti yang menunjukkan Zafran dilanggar dengan sengaja. Masa Najla diserang dua hari lepas, dia sempat rakam pengakuan daripada dalang kemalangan ni," jawab Atiff, lantas menerangkan apa yang berlaku.

Zafril memandang aku dengan penuh tanda tanya. "Dua hari lepas? Elly? Dia yang rancang kemalangan ni?"

Aku mengangguk.

"Sebelum dia serang akak, dia sempat mengaku secara tak langsung yang dia rancang semua ni. Based on bukti yang kami ada pun jelas menunjukkan yang Ismail dan Elly rancang semua ni." Aku menunduk memandang lantai.

"Cuma target sebenar mereka bukan Zaf, tapi Najla. Sebab kereta yang Zaf guna masa hari kejadian, kereta Najla."

Rasa bersalah menghurung hatiku. Andai kata aku yang hantar Anas pada hari itu, atau Zafran tidak memandu kereta aku, tentu semua ni takkan berlaku.

"Jadi cerita Ismail haritu, tipu belaka?" soal abi pula.

Sekali lagi aku mengangguk.

"Ismail adalah nama Islam dia. Jose Luis, itu nama sebenar dia. Dia dan Elly yang rancang untuk langgar Najla."

"Tapi kenapa? Apa kaitan mereka dengan Najla?"

"Elly adalah ibu kandung Anas, umi."

Dan segenap ruang itu menjadi sunyi sepi. Umi, aku dengar beristighfar panjang. Mak dan Abah turut terdiam mendengarnya. Pasti tidak menyangka akan kenyataan itu.

"Elly anggap berkahwin dengan Zaf, Najla dah rampas Anas daripada dia. Selama ni dia selalu jumpa Anas senyap-senyap tanpa pengetahuan Najla dan Zaf, cuma Najla tak tahu until recently. Mungkin sebab terlalu cemburu, dia pilih cuba untuk cederakan Najla."

"Cuma kebetulan hari tu, Zaf yang pakai kereta Najla untuk hantar Anas pergi sekolah," terangku tanpa memandang mereka.

Aku rasa malu. Malu kerana disebabkan aku, nyawa orang lain terancam. Lebih teruk lagi, nyawa suami aku yang sedang terbaring selang sepintu dari kami tika itu.

Sudah sebulan dia dalam keadaan begitu. Bagaimana kalau aku yang dilanggar tempoh hari? Pasti aku yang terbaring lesu dan Zafran masih sihat.

"Jadi, sekarang macam mana? Apa jadi dekat Elly dan Ismail tu? Takkan polis biarkan?" Giliran Abah pula yang bertanya. Apabila hal ini melibatkan menantu kesayangan dan anak tunggalnya, abah pasti mahukan keadilan.

"Kami dah serahkan bahan bukti pada pihak polis, pakcik. Pihak polis akan keluarkan waran tangkap untuk mereka esok. Kes Sivil Zafran dan Ismail pun dah tukar kepada Kes Jenayah di Mahkamah Tinggi. Sekiranya mereka berdua dibuktikan bersalah, mahkamah akan ambil tindakan. Apa-apa pun, kita kena tunggu tarikh perbicaraan mahkamah," ujar Syira sambil memandang ahli keluarga aku.

"Boleh kami tahu, berapa lama masa yang mahkamah akan ambil untuk tetapkan tarikh perbicaraan?"

Syira tersenyum kelat.

"Itu kami tak pasti, pakcik. Sebab keputusan mahkamah memang sulit."

Abi mengangguk faham. Daripada air mukanya, aku tahu dia nampak redha dengan ketentuan Tuhan. Masing-masing hanya mampu menerima khabar itu.

Meskipun pahit, namun harus ditelan juga.

----------

short and late entry!

but it's still Sunday haha. hence why it's a double update!

scroll along now. thanks for reading :)

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now