B A B 45

454 50 11
                                    

been a while, isn't it?

--------

Pen di tangan tidak lepas mencatat segala isi penting yang dibentangkan oleh Syira untuk kes terbaru kami. Tahun ini kami banyak ambil kes keganasan rumah tangga. Jadi, untuk menggalakkan para isteri dan suami yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga, kami dicadangkan untuk membuat kempen kesedaran.

Sejak kempen tersebut, ramai yang berani tampil untuk membuat laporan. Maka makin bertambahlah kerja kami untuk mendakwa penjenayah.

Walaupun penat, tapi aku bersyukur. Masyarakat kita sudah mula celik tentang isu ini dan tidak lagi berdiam diri.

"Najla, kali ni kau handle paperwork je ya."

Mendengar ayat itu, aku terus menarik muka.

"Ala, ini dah kali ketiga kau tak bagi aku masuk court. Bosanlah asyik buat paperwork je," aduku tidak berpuas hati.

"Dan kau tahu sebab apa kan?" Atiff menyoal seraya menjongket keningnya sebelah.

"Tapi tu sekali je. One time mistake." Aku cuba membela diri.

Syira dan Atiff sama-sama menggeleng kepala. Aku pandang Jess untuk meminta simpati. Selalunya, Jess akan berpihak pada aku. Tapi kali ini dia turut menggeleng kepalanya.

Bahuku segera jatuh. Aku cebik bibir. Air mata mula bermain di tubir mata.

"Oh, come on! Inilah sebabnya aku tak bagi kau masuk court."

Ya, sebab kali terakhir aku masuk, aku menangis di hadapan Tuan Hakim dan orang ramai yang berada di dalam mahkamah itu.

Semua gara-gara aku sedang mengandung dan tidak mampu mengawal emosiku apabila Hakim putuskan OKT itu tidak bersalah. Aku rasa sedih dan sakit hati kerana aku yakin dia bersalah.

"Najla... Janganlah nangis. Once you popped that baby out of your tummy, you can get back to court, okay?" Jess cuba memujuk sambil mengusap bahuku.

"Kau ingat anak dia belon ke nak pop pop?"

"Shush! Kalau dia menangis, kau nak pujuk dia ke?" Jess menjeling Atiff yang tersengih.

Aku menarik nafas dan cuba menenangkan diri. Ada betulnya cakap Jess. Lagi beberapa bulan, aku dah boleh kembali beraksi di dalam mahkamah. Jadi, aku cuma perlu bertahan buat masa sekarang.

Tangan aku mengusap perutku yang semakin hari, semakin membesar.

"Okay, fine. Aku buat paperwork. Tapi lepas aku bersalin, aku nak masuk court."

Syira menggeleng kepalanya.

"Nope! Lepas kau habis pantang. Kau ingat chief nak bagi kau masuk kerja lepas bersalin?"

Aku menarik muncung, tapi tetap mengiyakan. Betul juga. Kalau bukan chief, ingat mak dengan umi mertua aku nak bagi aku pergi kerja sebelum habis pantang? Lambat lagi!

Dalam aku sibuk memikirkan hal itu, telefon aku berbunyi. Senyuman di bibirku segera terukir. Panggilan telefon daripada Doktor Sarah, doktor yang merawat Zafran. Selalunya, sama ada Doktor Sarah atau Doktor Ikwan akan menelefonku untuk updste tentang keadaan Zafran.

Tanpa berfikir banyak, aku segera menjawab panggilan telefon itu.

"Puan Najla?"

"Ya, doktor? Suami saya okay?"

"Encik Zafran dah sedarkan diri."

Pen yang aku genggam tadi terlepas dari tanganku. Tanpa aku sedar, aku sudah bingkas bangun dan berlari keluar daripada bilik mensyuarat itu.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now