B A B 33

495 47 10
                                    

Happy reading! ^^

----------

Jam menunjukkan tepat pukul 1 pagi. Entah buat kali ke berapa aku menguap kerana mengantuk dan letih teramat. Namun tetap gagahkan juga diri untuk berjaga.

Mata memandang jam di dinding dan telefon pintarku bergilir-gilir. Kaki aku bergetar dengan sendiri, menunggu balasan daripada Zafran.

24 panggilan dan 53 mesej WhatsApp aku tinggalkan untuk dia sejak petang tadi. Kesemuanya tiada balasan. Semuanya satu tick. Semuanya voicemail. Mesej terakhir aku adalah pada pukul 12:50 pagi tadi. 10 minit sebelum pukul 1 pagi.

12:49AM |To: Captain Suami ♥️
Abang, baliklah. I'm getting anxious. Please, come back home to me.

12:50AM |To: Captain Suami ❤️
Come home and we will talk. Please...

Juga tiada balasan. Mata aku terpejam memikirkan dia. Hati aku mula resah. Harapan aku mengecil. Kesabaran aku menipis. Semoga tak ada apa-apa yang berlaku pada suami aku, ya Allah. Lindungilah dia.

Aku mohon...

Dalam aku cuba menenangkan diri, telinga terdengar bunyi pintu terbuka. Mata aku kembali terbuka. Aku dengar bunyi tapak kaki kecil mendekati aku di ruangtamu sebelum ada satu figura kecil melabuhkan punggung di sebelahku.

Anas. Dia masih belum tidur rupanya.

Tadi, sesuai makan malam, dia terus membawa diri ke dalam biliknya. Masa makan pun kami tidak berbual apa. Masing-masing tak tahu apa yang hendak dibualkan.

"Anas buat apa tak tidur lagi ni? Hm? Tak mengantuk?" Tangan aku naik mengusap rambutnya lembut.

Anas tidak segera menjawab. Dia terus meletakkan kepalanya ke ribaku seraya melunjurkan kaki di atas sofa. Matanya dipejam bagai ingin tidur.

"Why aren't you, mommy?"

"Mommy tunggu daddy. Daddy pergi melawat kawan dia sakit. Sebab tu daddy tak balik lagi." kataku sambil sambung mengusap kepalanya.

"Don't lie to me," gumam Anas perlahan, "Anas dengar mommy dengan daddy petang tadi."

Usapan aku di kepalanya terhenti. Anas mencelikkan matanya semua.

"I guess I really am a bastard. Akil and Danish said so."

"Anas! Don't say that. Anas lupa ke mommy kata apa? Don't listen to them." Keras nada suaraku. Tak suka apabila dia kata begitu. Sungguh pun Anas hasil daripada luar nikah, namun dia dijaga dengan penuh kasih sayang oleh aku dan Zafran.

Tak lupa juga keluarga Zafran dan keluarga aku yang tidak pernah menyisihkan dia.

"Mommy tak suka Anas cakap macam tu."

"Nobody likes it, mommy. Not even me. But it doesn't change anything. It's the truth that daddy had kept from me."

Anas mengumam lagi. Sayu saja nada suaranya. Seolah-olah tidak boleh terima yang Zafran sorokkan perkara penting itu daripada pengetahuannya. Sedangkan dia dan Elly rapat bagaikan ibu dan anak.

"Does she knows?"

Tak perlu aku tanya siapa yang dimaksudkan Anas. Terang lagi bersuluh, dia tidak bercakap soal aku. Mahu tak mahu, aku terpaksa mengaku.

"She knows."

Anas, aku lihat cuba menahan air matanya. Halkum kecilnya bergerak, menelan air liur. Bibirnya mencebik.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now