B A B 10

4.3K 293 29
                                    

SURPRISEEEE! >< hope this could help you endure your monday blues. got class to attend this morning, malas, but that's my responsibility.

so, happy reading!

Aku tersenyum melihat interaksi comel antara bapa dan anak itu. Melihat betapa akrabnya mereka, aku pula yang terasa sedih apabila mereka bakal berpisah.

Zafran perlu memulakan kerjanya esok. Hari ini dia akan berangkat ke Kuala Lumpur, ke rumah nombor duanya. Senang dia hendak bergerak ke KLIA.

Satu keluhan terlepas dari bibirku. Teringat pula akan perbualan aku dengan Zafran selepas Subuh tadi.

Aku tenung Zafran yang hanya mendiamkan diri setelah hampir 10 minit. Masih menanti bicaranya. Namun, tiada tanda-tanda yang dia bakal membuka cerita, menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.

Soalan aku cuma satu saja.

"Kenapa Najla?"

Zafran menarik nafas sebelum menoleh memandangku. Sukar untuk aku baca air mukanya tika itu. Dia seolah-olah expressionless.

"Kenapa abang pilih Najla, out of all people?" Aku ulang soalanku dengan lebih jelas.

Lama dia diam. Hanya merenung aku tanpa kata. Naik hairan aku dengan mamat ni. Tadi kata nak explain. Bila orang dah bagi peluang untuk explain, dia diam pula.

Apa yang dia nak sebenarnya?

"Abang—"

"Anas anak kandung abang..." Potong Zafran.

Aku gigit bibir. Aku dah lama tahu, Anas memang anak Zafran. Dari hari pertama aku lihat mereka, aku sudah tahu yang mereka mempunyai hubungan rapat. Tapi apabila kenyataan itu keluar dari mulutnya sendiri, entah kenapa hati aku rasa seperti dibelah dua.

Suami aku sudah mempunyai anak. Dan anak itu bukan anak aku. Hati aku terasa sakit dengan kenyataan itu.

"I know." Aku angguk perlahan. Cuba mengawal riak muka agar tidak terlalu jelas kekecewaanku.

"Jadi, Najla isteri kedua abang? Is that why you don't want to touch me? Sebab abang dah beristeri?" Otak aku kosong. Aku hamburkan saja soalan-soalan yang terlintas.

Berkerut dahi Zafran apabila mendengar soalan-soalan aku. Jelas kebingungan.

"Apa maksud Najla abang taknak sentuh Najla? I am touching you, right now." Dia menggengam kedua-dua belah tanganku. Siap dibawa ke bibir merahnya, mengucup lembut.

Aku pejam mata sambil menarik nafas untuk bertenang. Dia memang tak faham atau dia saja-saja buat tak faham?

"You know what I mean, abang." Aku rentap tanganku semula.

"Where were you on our first night?"

And there's the reaction that I wanted. Cukup melihat reaksinya, aku tahu apa yang berlaku. Aku mula membuat spekulasi mengenai malam itu.

Malam di mana kami sepatutnya meraikan malam perkahwinan kami. Malam di mana dia hilang secara tiba-tiba. Malam di mana aku tidur dengan perasaan hampa.

Plus, dia tidak menafikan yang aku isteri keduanya.

"You don't want me," ujarku, perlahan. Spontan aku tunduk, memandang lantai. Cuba menahan air mataku daripada gugur.

Tiba-tiba daguku ditolak ke atas. Terkejut aku apabila sepasang mata coklat gelap sedia menanti. Namun, tajamnya mata itu buatkan aku rasa takut.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now