B A B 18

2.6K 185 33
                                    

selamat hari raya, semua!

"Abang betul nak hantar Najla dengan Anas hari ni?" Aku menyoal suamiku yang elok terlentang atas katil sambil main telefon. Sesekali dia pacak telefon dia dan ambil gambar aku yang tengah bersiap depan cermin.

Bosanlah tu!

Hari ini Zafran tak kerja. Selalunya, selepas seminggu penerbangan, dia akan cuti untuk beberapa hari. Itu yang dia tawar diri nak hantar aku dengan Anas, sebab dia tak ada apa nak buat.

Bila dia kerja, aku yang akan memandu Anas ke sekolah sebelum berangkat ke tempat kerja aku pula. Begitulah kami setelah aku tamat praktikal dan bekerja sebagai peguam.

Sedar tak sedar, sudah tiga tahun usia perkahwinan kami. Banyak liku-liku yang kami hadapi dalam tempoh tiga tahu ini.

"Yalah, abang taknak bazirkan masa yang ada. Sekejap lagi Anas sekolah, Najla pula kerja. Tinggal abang sorang-sorang dalam rumah ni. Abang lonely, tahu?" Zafran mencebik bibir.

"Banyaklah abang punya lonely! Bibik kan ada? Abang datinglah dengan bibik."

"Najla tak jealous ke kalau abang date berdua dengan bibik?" Dia angkat-angkat kening dia sambil senyum mengusik. Aku ketawa.

"Buat apa nak jealous. Abang bukan taste bibik pun. Bibik suka lelaki macam Hrithik Roshan je," ujarku pula apabila teringatkan bibik yang gemar tengok filem Hindustan.

Pantang ada waktu, memang dia akan maraton filem Hindustan. Pernah sekali aku cuba hasut dia tengok drama Korea, dia tolak buta-buta aje. Kononnya lelaki Korea nampak jambu. Lelaki Hindustan nampak maskulin.

Adoi, bibik. Filem Hindustan tu habis masa dekat slow motion je banyak.

"Najla macam mana?" Zafran menyoal tiba-tiba. Dia bangun dan duduk di hujung katil.

"Macam mana, apa?" Aku pandang dia bingung.

"Taste Najla macam mana? Macam abang tak?" soal Zafran sambil jongket-jongket keningnya. Sekali lagi aku ketawa. Kelakar bila buat macam tu.

"Taste Najla mestilah macam suami Najla. Handsome, hunky, baik hati, ada lesung pipit, tinggi macam hantu galah!" Aku sengih. Zafran senyum senang hati. Suka kena puji.

Makin dilayan dia ni makin mengada jadinya. Manja kali dia. Aku teruskan kerja aku, pin tudung dan kemaskan kedudukan tudung.

Dah siap, kami sama-sama turun ke bawah untuk sarapan. Usai sarapan, Zafran hantar Anas ke sekolahnya. Mula awal, Zafran bertegas nak Anas belajar di rumah. Tapi selepas aku kuliahkan dia, akhirnya dia mengalah dan setuju untuk hantar Anas ke sekolah.

Itu pun sekolah private. Dia masih paranoid walaupun usia Anas kini sudah mencecah 8 tahun.

"I'm taking you out for lunch, okay?" kata Zafran sebaik saja kami sampai ke tempat kerja aku.

"Okay, abang. Najla tunggu dekat tempat biasa."

Aku tunduk untuk salam tangannya. Kemudian, tadah dahi untuk dikucup Zafran. Dah jadi rutin setiap kali dia hantar aku. Tapi hari ini, Encik Zafran kita terlebih over ya dia punya mengada tu. Sampaikan dia tarik aku ke dalam pelukan hangatnya.

"I'm gonna miss you..." ucap Zafran sambil mengusap tanganku. Aku juling mata seraya berdecit.

"Too bad, I'm too busy to miss you, abang. Now, if you excuse me, I need to go to work before anyone notices about our PDA." Aku rungkaikan pelukan itu dan hadiahkan satu ciuman di pipinya.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora