B A B 37

582 57 3
                                    

"Eh, kau nak buat apa dengan fail-fail tu? Letak balik!" arah Syira dengan tegas. Tak sempat aku membantah, tangan panjangnya laju merampas fail-fail itu dari tangan aku lalu diletakkan semula di atas meja.

"Kau ni, tak padan dengan perut macam gitu, nak angkat fail berat-berat. Kalau jadi apa-apa macam mana?" Dia bebelkan aku pulak.

Aku tunduk memandang perut aku. Tak adalah menonjol sangat. Standardlah, baru tiga bulan.

"Syira, aku ni pregnant je tau. Bukannya patah tangan. Tak pernah lagi aku dengar orang mengandung tiga bulan, terberanak dalam office gara-gara angkat benda berat."

Satu dengusan kasar keluar dari mulut Syira. Dia memeluk tubuh.

"Malang tak berbau, Najla. Aku dah banyak baca kisah-kisah macam ni dalam facebook page KRT." Dia segera mencapai telefonnya dan membuka laman muka buku Kisah Rumah Tangga.

Entah sejak bila dia follow page ini, aku pun tak tahu. Setahu aku, Syira paling tak suka gosip dan drama. Terutama sekali, drama rumah tangga. Memang satu kepelikan ya bila dia follow page begini.

"Hah! Jumpa pun!" Dia suakan telefonnya ke muka aku, dekat. Kalau boleh, nak aku masuk dalam skrin telefon itu sekali.

"Kau baca, kau baca. Kakak ni cerita dia terberanak dalam rumah sebab angkat tong gas."

Tangan aku naik menampar dahi sendiri. Kot ya pun nak jadikan contoh, jauh beza sangat berat fail-fail klien itu dengan berat tong gas.

Sudahnya aku iyakan saja. Mengalah sajalah pilihan yang aku ada. Memang sejak semua team aku tahu yang aku mengandung, aku dilayan seperti tuan puteri. Sampaikan terkena paper cut pun aku dibebelkan sejam.

Ini baru Syira. Belum masuk Jess dengan Atiff. Chief pun kerap juga lalu depan bilik kami sekarang. Memang semua orang risau aku terberanak dalam office ke?

Haih.

"Atiff dengan Jess mana? Tak balik dari lunch lagi?"

Kepala aku tercari-cari dua susuk tubuh itu. Tadi kami empat orang keluar makan bersama. Tapi elok saja aku dan Syira naik ke office, lagi dua orang itu hilang tanpa khabar berita.

Tak ada pulak memo yang menyatakan kami kena jumpa klien di luar.

"Dia orang pergi beli pisang goreng cheese."

"Waktu kerja?" Aku menyoal pelik.

"Yalah. Kau juga yang post dekat status WhatsApp semalam kan? Video Tiktok viral pasal pisang goreng cheese dekat Wangsa Maju." Syira menjawab selamba sambil membelek-belek fail kliennya.

Aku rasa hendak menangis. Rasa nak hantuk kepala sendiri dekat meja pun ada. Semalam, pukul 1 pagi, memang aku terjaga kerana lapar. Bukan lapar yang biasa-biasa. Lapar nak makan pisang goreng cheese secara tiba-tiba.

Rasa lapar itu mengingatkan aku pada video Tiktok pisang goreng cheese yang viral tempoh hari. Terus aku cari semula video itu. Memang nampak mengiurkan sangat, sampai aku tak sedar aku kongsi video itu dekat status WhatsApp.

Masalahnya, aku kongsi pun tak sampai seminit sebelum aku delete balik. Sempat ya budak berdua itu tengok.

"Dah-dah, jangan buat muka sedih. Aku taknak anak buah aku nanti lahir-lahir air liur mengalir macam Niagara Falls sebab mak dia tak dapat makan semasa mengidam."

Terus aku tersengih mendengar kata-kata Syira. Tak ubah seperti apa yang Zafril cakap tempoh hari, gara-gara aku mengidam keropok lekor dari Terengganu. Sanggup dia telefon kawan dia di sana, minta belikan dan pos ke rumah aku.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora