B A B 43

832 55 6
                                    

i changed this chapter to chapter 43.

happy reading ^^

------------

Dulang yang berisi makanan itu aku angkat dan bawa ke meja makan. Meriah suasana rumah aku dan Zafran hari ini. Memandangkan kes Zafran sudah selesai semalam, aku saja jemput ahli keluarga yang lain dan rakan-rakan sekerja aku ke rumah. Buat majlis makan-makan kecil dan juga doa selamat.

Tambah pula mak dan abah hendak pulang semula ke kampung. Katanya dah lama sangat mereka di rumah aku. Kena balik kampung untuk tengok rumah mereka di sana. Biasalah, mak dengan abah ni. Aku pujuk macam mana pun, kalau mereka kata A, A lah yang mereka pilih.

Tak ada kompromi.

Kini rumah aku dipenuhi orang. Ada juga aku panggil jiran-jiran tetangga yang dekat. Cikgu-cikgu Anas pun aku jemput melalui Anas.

Bercakap tentang Anas, dari jauh aku lihat Anas berlari-lari anak ke arahku. Dia memeluk kakiku sebaik saja dia berhenti.

"Mommy! Uncle Paan dengan Auntie Husna dah sampai!"

Aku tersenyum mendengarnya. Farhan dan isterinya dah sampai. Dia ada menelefon aku tadi. Katanya mereka pergi melawat Zafran di hospital dulu sebelum ke sini.

"Anas pergi jemput uncle dengan auntie masuk ya?" Aku gosok kepala Anas. Tak tunggu lama, Anas berlari untuk menyambut kedatangan mereka.

"Najla, kuah untuk mee kari ni dah nak habis. Orang makin ramai. Aku pergi tambah eh?" soal Syira yang tiba-tiba muncul.

Memang dia dan Jess tidur di rumah aku semalam. Semata-mata untuk menolong aku, Sarah, mak dan umi siapkan makanan pagi ini. Mujurlah rumah Zafran ini banyak bilik tetamu.

"Boleh juga. Thank you, Syira. Kesian kau dengan Jess. Tak pasal-pasal kena jadi buruh paksa aku hari ni."

Syira menjuling matanya ke atas. Senduk kuah dalam genggamannya dihala ke muka aku.

"Kau cakap lagi sekali macam tu, aku mogok taknak balik rumah! Kau hadaplah muka ni sampai kau bersalin."

Aku ketawa lepas mendengarnya. Kelakar. Ada pula mogok tak mahu balik rumah sendiri. Tak permah dibuat orang.

"Yalah. Terima kasih."

"Hm. Kau tu jangan duk angkat benda-benda berat sangat. Pergi duduk depan, sembang dengan tetamu kau. Hal-hal dapur biarlah kami yang handle."

Kami yang dimaksud Syira itu sudah tentu dia, Jess dan Sarah. Walaupun baru berjumpa semalam, mereka nampak akrab macam dah berkawan lama.

"Baik, bos!"

Aku dihalau pula ke ruangtamu. Tapi kaki ni rasa nak melangkah lagi. Jadi aku berjalan hingga ke laman rumah. Untung aku ada abi dan abah yang tak berkira untuk tolong pasangkan khemah.

Dah macam kenduri pun ada.

"Puan Najla!" Aku dengar sebelum berpaling ke arah suara itu. Cikgu Suha tersenyum-senyum mendekatiku. Dia nampak cantik berbaju kurung hitam. Rambutnya dibiarkan lepas ke paras pinggang.

Di sebelahnya ada seorang lelaki.

Cikgu Anas juga? Atau suami dia?

Mereka nampak sepadan. Sama-sama tinggi. Sama-sama cantik dan kacak. Melihat mereka datang berpakaian serba hitam pun dah nampak sepadan.

"Cikgu Suha. Terima kasih ya sudi datang." Kami bersalaman. Kawan lelaki Cikgu Suha hanya memandang aku dengan senyuman tipis dan mengangguk kepalanya, menegur.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now