B A B 16

3K 232 24
                                    

if you're not ready for a dramatic arguement, don't get married.

easy ~

Kami duduk bertentangan di meja makan. Aku pandang dia, dia pandang aku. Tiada apa-apa yang keluar daripada mulut kami. Sekadar merenung tanpa bicara.

Sunyi.

Setelah memastikan Anas sudah tidur dengan nyenyak, aku ajak Zafran berbual di meja makan. Nak berbincanglah kononnya. Tapi, tak semudah itu. Aku tak tahu nak mula dari mana. Dia juga langsung tak bersuara.

Aku mengeluh buat kesekiankalinya. Buntu dengan pilihan aku kali ini. Yang mana satu keutamaan aku? Zafran atau kerjaya aku?

"Do you want me to quit?" Aku menyoal perlahan. Aku tunduk memandang jariku yang bermain-main dengan sudu di dalam cawan nescafe aku.

"Is that what you want?" Dia tanya aku balik.

"If you're in my shoes, would you quit?" tanyaku walaupun aku sudah dapat mengagak jawapannya.

"Abang suami dan seorang ayah, Najla. Abang memang bertanggungjawab untuk beri nafkah, not just for you, but also for Anas and my parents too. It is my responsibility to give the best for my family," jawab Zafran, tegas. Memang tak ada kompromi langsung.

Kan aku dah kata.

"Just because I don't have any big responsibility like yours, doesn't mean I'm not qualified enough to actually have a job, abang. I also want the best for myself."

"You do have big responsibility. Take care of me and Anas for good."

Dan aku pandang dia dengan riak tidak percaya. Seriuslah? Dia ingat aku ni apa?

"Are you kidding me?"

"No. That is, by far, your biggest responsibility." Zafran menjawab selamba.

"Habis tu, abang nak kurung Najla dalam rumah ni juga? Macam Anas?"

"If I have to, I would. Dan menurut perintah suami adalah tugas isteri, Najla." Zafran guna kuasa veto. Kepalanya diangkat, angkuh. Menunjukkan kuasanya sebagai suami. Egonya sebagai suami.

"Najla ada mak abah, abang! Najla anak tunggal. Mak dan abah tak ada sesiapa melainkan Najla. Siapa lagi yang nak tanggung mereka kalau bukan Najla?" Aku mula berang.

Zafran yang melihat aku marah turut sama berang. Dia pandang aku tajam. Kalau sebelum ni, memang aku takut dengan renungannya. Tapi apabila teringatkan mak abah yang tak ada siapa-siapa, hilang rasa takut aku.

Kalau bukan aku yang tolong mereka, siapa lagi?

"Habis abang ni apa? Tunggul? Abang satu-satunya menantu dia orang, mestilah abang yang kena tanggung semua tu." Zafran menjawab mudah.

"But I don't want you to!"

"Why?!"

Zafran menjerkah aku seraya menghentak tangannya ke meja makan. Terhinjut bahu aku apabila disergah begitu. Buat pertama kalinya, Zafran tinggikan suaranya. Aku terus tunduk kepala.

Entah kenapa hati aku rasa sedih sangat. Salah ke aku nak bekerja? Aku cuma mahukan pengalaman dan buktikan pada orang yang aku mampu jaga mak dan abah. Tapi setelah dijerkah begitu, aku jadi hilang punca.

Tubir mata aku terasa panas. Terus aku kesat air mataku dengan belakang tapak tangan. Tak mahu Zafran perasan yang aku sedang menangis. Tak mahu dia anggap aku lemah.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now