B A B 36

551 44 3
                                    

Ingat nak update semalam. But I got one last exam paper, so tak sempat. Orang lain cuti sem, kitonyo exam HAHAH

happy reading!

----------

Sepanjang perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur, bibir aku tak putus-putus berdoa. Yusra di sebelahku tidak lepas cuba menenangkan aku. Selain aku, dia juga menangis meratapi nasib Zafran yang masih dalam ICU.

Tadi elok sampai di HKL, abi menelefon Zafril, memberitahu yang Zafran dipindahkan ke Prince Court Medical Centre kerana HKL tidak cukup equipment untuk pembedahan.

Zafril tanpa banyak tanya, terus memandu keluar dari HKL. Mujur jalan tak sesak. 10 minit selepas itu, kami sampai.

"Why are we here, mommy?" Anas di sebelah Zafril menyoal.

Kami tak sempat untuk terangkan apa yang berlaku pada Anas. Aku cuma menelefon Cikgu Suha dan menceritakan semuanya secara ringkas, dan urusan sekolah semuanya diuruskan oleh cikgu muda itu.

"Is it the baby? Is the baby coming out now?" tanya Anas, polos.

Tak semena-mena, dua kepala menoleh ke arahku serentak. Zafril dan juga Yusra. Aku mengeluh perlahan sebelum memberikan mereka senyum pahit.

Cukup aku anggukkan kepala, Zafril menyandar belakangnya ke kerusi sambil meraup muka. Yusra pula tergamam di sebelah aku. Dia mencapai tanganku dan mengenggam erat.

Ya, hari ini mereka mendapat khabar gembira dan juga sedih.

"Abang tahu?" Perlahan suara Zafril.

"Tahu. Sebab tu dia tak bagi akak hantar Anas hari ni. Dia risau kalau jadi apa-apa. Tak sangka, yang dia risaukan itu jadi pada dia."

"Dah takdir, kak. Kau jangan risau, aku tahu abang tu kuat."

Harapan aku juga begitu.

---------

Jari-jemari aku bermain dengan rambut lebat Anas. Dia keletihan sehingga terlena. Kepalanya diletakkan di atas pehaku, manakala kaki dan badannya dilunjurkan di atas kerusi menunggu.

Mujur yang tunggu di luar bilik pembedahan cuma keluarga kami. Abi dan umi sedang membuat Solat Hajat di masjid yang terletak di North Atrium di tingkat satu. Mak dan abah masih belum sampai.

Zafril duduk di hujung kaki Anas. Dialah yang mendodoi Anas sampai tertidur. Yusra pula setia di sisi aku dari tadi. Dia cuba alihkan rasa sedih dan takutku dengan menyoal tentang anak di dalam kandunganku.

Sudah 10 jam kami menunggu. 10 jam juga tiada seorang pun doktor yang keluar dari wad bedah itu. Kata doktor, pembedahan itu 50-50 kerana terdapat banyak kaca yang tertusuk pada badan dan kepala Zafran.

"Doktor tak keluar lagi?"

Tegur satu suara asing. Terkejut aku sebelum memanggung kepala. Namun rasa terkejut itu reda apabila melihat wajah Haikal. Hilang sudah kot putih yang dipakainya siang tadi. Kini, dia cuma berkemeja biru muda dan seluar slack hitam.

Mungkin baru habis shift.

Haikal merupakan doktor psychologist di hospital itu. Dia jugalah orang yang banyak membantu kami dari awal tadi. Untung Zafran kerana mempunyai sahabat baik seperti dia.

"Belum lagi." Zafril menjawab.

Haikal cuma mengangguk sebelum melabuhkan punggung di sebelah adiknya, Yusra. Yusra terus melentokkan kepalanya ke bahu Haikal. Melihat keakraban dua beradik itu, aku tersenyum kecil.

Selama ini aku cuma nampak perangai kasar Yusra saja bila dia berlawan kata dengan Zafril. Pantang bersua muka, macam anjing dengan kucing. Tapi apabila dengan abang dia, manja rupanya budak ini.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now