B A B 13

3.6K 237 42
                                    

sorry for the late update. im busy taking care of my mom at perkeso rehab centre. schedule padat gais.

sorry for the typos too!

enjoy ~

Sambil bercekak pinggang, aku perhati Anas yang hanya berkaki ayam keluar daripada pintu rumah. Suka hati dia saja.

"Anas, shoes mana?"

"Daddy simpan." Dia menjawab mudah. Kemudian, aku pandang daddynya pula. Tengah sibuk menyusun beg pakaian kami ke dalam kereta.

"Abang, kasut Anas kat mana?"

"Najla cuba tengok dalam closet dia. Tak silap abang, abang simpan situ."

Inilah laki aku. Dah tahu nak keluar, tak mahu keluarkan awal-awal. Malas hendak bercakap banyak, aku terus masuk balik ke dalam rumah dan cari kasut Anas.

Bilik yang penuh dengan figura animasi Iron Man itu aku masuk. Anas memang peminat setia Iron Man. Aku tak tahulah berapa kali kaki aku terpijak lego Iron Man dia. Dah terpijak, kompom nyaring jeritan aku.

Itu baru aku. Belum Zafran lagi. Sekali terpijak, betul-betul macam bapak singa mengaum. Haih, nak buat macam mana. Nak marah, tak boleh. Anas tu bukannya tahu apa-apa.

Redha ajalah.

Aku melilau mencari kasut si comel itu di dalam closet. Nampak sepasang kasut berwarna merah kuning- mengingatkan aku pada Iron Man. Okay, kita ambil yang ini.

Kemudian aku berlalu ke arah drawer. Masa inilah aku percaya, Anas mang perminat fanatik Iron Man. Sampaikan seluar dalam dia yang comel itu pun berlatarkan gambar Iron Man.

Rasa nak ketawa. Yang Zafran pun layankan sangat karenah anaknya. Aku terus capai stokin pendek berwarna kuning. Cukuplah ini. Lama-lama karang marah pula bapak singa itu.

Aku terus berjalan keluar dari bilik Anas. Saat aku jalan melintasi meja belajarnya, ada sesuatu yang menarik perhatianku. Spontan, langkahku terhenti.

Aku perhatikan kertas lukisan Anas. Lukisan yang boleh dikatakan cantik bagi kanak-kanak usianya. Tajuk di atasnya- Happy Family.

Tersenyum aku dibuatnya. Bawah tajuk itu, ada lukisan seorang lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa dan seorang anak kecil. Senyum aku melebar.

Namun, apabila aku amati betul-betul, senyuman aku sirna. Di bawah setiap lukisan figura itu terdapat nama. Bawah lukisan lelaki, namanya Daddy Zafran. Bawah lukisan anak kecil itu, namanya Anas Zuhayr. Dan di bawah lukisan perempuan itu, namanya bukan aku.

Ellyaz Fatini.

Jantung aku berdetak laju. Kertas lukisan itu terlepas daripada tanganku.

"Sayang?"

Teguran di belakang membuatkan aku terkejut. Terhinjut bahuku. Terus aku menoleh. Zafran sedang berdiri di muka pintu bilik Anas.

"Buat apa tu, lama sangat? Kita dah kena gerak sekarang," kata Zafran.

Aku berkira-kira untuk bertanya kepada Zafran. Adakah dia mengenali Ellyaz Fatini itu? Kenapa nama dia yang tercatat pada lukisan Anas? Siapa dia? Bagaimana Anas boleh mengenalinya?

Banyak persoalan yang bermain di minda aku sekarang. Kalau boleh, semuanya aku nak tanya kepada Zafran. Kenapa aku rasa dia masih menyorokkan sesuatu daripada aku?

"Najla? Hey, are you okay?" Nada prihatin itu kembalikan aku ke dunia nyata. Sedar-sedar saja, Zafran sudah berdiri di hadapan aku. Wajahnya terbias kerisauan.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now