B A B 11

3.7K 249 20
                                    

life is a drama~

"Abang pernah terlanjur, Najla..."

Aku terkedu mendengar pengakuannya sampai terduduk di atas lantai. Zafran pernah terlanjur. Dia pernah terlanjur!

"Sayang!" Zafran turut terduduk di sebelah aku. Aku lihat tangannya seperti cuba untuk mencapai tanganku. Tapi, tak sampai dua saat, dia jatuhkan tangannya semula.

"Najla jijik dengan abang, kan?" soalnya perlahan. Mendengar getaran suaranya, aku tahu dia sedang tahan tangisan.

Jijik kah aku dengan dia? Aku tak pasti. Aku tahu semua yang berlaku sudah lepas. Tapi, kenyataan bahawa lelaki itu pernah terlanjur betul-betul mengejutkan aku.

Dia tak pernah sentuh aku lebih-lebih. Solatnya dijaga. Bukan setakat itu, malah perkara-perkara sunat juga selalu diamalkan oleh Zafran.

Jadi, macam mana? Aku bingung dan terkejut.

"Sayang, look at me, please..." pintanya pula.

Perlahan-lahan aku angkat muka memandangnya. Ada air mata yang bergenang di tubir matanya. Melihat ekspresi wajahnya yang terluka itu, aku jadi kesian.

Mesti dia ingat aku akan menghakimi dia.

"I'm sorry I didn't tell you sooner. Bukan abang tak mahu jujur dengan Najla, tapi abang takut it kehilangan Najla. Abang sayang kan Najla. I dont want to lose you." Luahannya membuatkan mataku bergenang.

Aku tarik nafas. Cuba menenangkan diri. Aku tak boleh terburu-buru. Aku juga tak mahu kehilangan Zafran. Aku juga sayang kan dia.

"Please don't hate me. I'm sorry..." rayunya lagi. Tangan aku yang masih menggigil, aku bawa ke bahu Zafran.

Saat itulah, bahu Zafran spontan terhinjut-hinjut menangis. Mendengar esakannya, aku tak tahan. Aku terus menerpa dan memeluknya erat. Zafran menyembam wajahnya ke dadaku dan terusan menangis.

"Noo, don't cry, abang. It's okay. No one is leaving. Najla janji takkan tinggalkan abang. Najla janji..." Aku cuba memujuk sambil menenangkannya. Belakang tubuhnya aku usap lembut.

"I'm sorry..."

Perit tekak aku tika itu.

"No, I'm sorry. Najla buat abang takut, kan? Najla tak jijik dengan abang. Najla tak jijik dengan abang..."

Dia masih tersedu-sedan dalam pelukanku. Sambil memujuknya, aku sedaya upaya menahan tangisan. Kalau aku pun tumbang, habislah.

Beberapa minit kemudian, Zafran kembali tenang. Mendengar nafasnya kembali stabil, aku lega.

"Abang taknak sentuh Najla bukan sebab abang tak mahukan Najla." Dia membuka bicara, masih bersembunyi di bahuku.

Mungkin dia akan lebih selesa begitu. Aku perlu yakinkan dia yang aku mahu mendengar penjelasannya. Rambut hitam pekatnya yang lurus itu aku usap perlahan. Lembut.

"Abang taknak sentuh Najla sebab abang jijik dengan diri sendiri. Abang kotor. But you... You're still young. You don't deserve this. You still have a better life ahead of you. Jadi, abang kuburkan hak abang yang satu itu. Sampai abang lupa, itu juga hak Najla."

Diam.

"I'm sorry if I hurt you. I didn't mean to. I was selfish. I thought I could make things better," keluh Zafran.

"Were you planning to keep this away from me?" Aku menyoal pula.

"No. I want you to know about this. About Anas. I don't want you to hate him."

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt