B A B 8

3.7K 295 26
                                    

cuteness overload! ><

Aku... Terkedu.

Tangan di sisi terus dibawa menutup mulut sendiri. Terkesima. Itu apa yang aku rasa saat itu. Aku tak tahu harus beri reaksi yang bagaimana.

Inikah surprise yang dikatakan oleh Zafran siang tadi?

Keluar dari kereta, Zafran dan anak kecil itu saling berpelukan. Sungguh akrab. Memang mustahil umi ada anak kecil pada usia tuanya. Umi sebaya dengan mak! Mustahil!

Tapi... Raut wajah Zafran dan anak kecil itu mirip sekali. Ya! Aku pasti. Aku pernah melihat album lama di rumah umi. Aku pernah melihat gambar-gambar Zafran sewaktu dia kecil.

Memang sah, anak kecil itu ada hubungannya dengan Zafran. Tapi apa? Aku mempunyai prejudis tersendiri, tapi aku memilih untuk memberi peluang kepada Zafran.

Mungkin aku salah. Mungkin anak itu tidak punya kaitan dengan Zafran. Ya, mungkin...

"Oh my!" Suara kecil itu. Mata bulatnya memandang aku. Mungkin baru sedar akan kewujudan ku di situ.

"Ish she's 'mommy', daddy?" Anak kecil itu membisik kepada Zafran perlahan. Namun, tetap sampai ke pendengaranku.

Mommy? Daddy?

Aku lihat Zafran senyum dan mengangguk. Kepala anak kecil itu diusapnya lembut. Anak kecil itu memandang aku dengan mata bulatnya.

"You wanna meet mommy?"

Angguk.

Perlahan-lahan Zafran mendekati aku bersama anak kecil itu di dalam dukungannya. Dia berdiri betul-betul di hadapanku. Anak kecil itu tidak memandang aku. Dia menyorok di sebalik batang leher daddynya.

Daddynya? Huh.

"Anas, say hi to mommy." Zafran membisik perlahan.

Anas. Nama dia Anas. Does it ring a bell?

Anas teragak-agak menoleh memandangku. Baru aku perasan, iris matanya berwarna hazel lembut. Bulu mata lentik. Hidungnya kecil. Bibir mugil kecilnya melopong.

Comel.

"Sho pretty... Mommy sho pretty!" Dia segera sembunyikan wajahnya daripada tatapanku.

Spontan, aku tersenyum. Aku tak tahu apa yang harus aku fikir. Tapi... Aku rasa tersentuh hati dengan kecomelannya. Tangan aku yang masih menggigil dengan sendirinya menghulur ke depan. Mengusap belakang Anas.

Dapat aku rasakan, Zafran sedang memerhati. Tapi fokus aku lebih kepada Anas.

Anas kembali menoleh. Wajahnya merah, seperti sedang menahan malu.

"Halo, mommy..." Anas sengih, tayang barisan giginya yang putih bersinar.

Aku tidak menjawab. Hanya senyum kelat. Sekali lagi, aku tidak tahu mahu beri reaksi yang bagaimana. Aku masih terkejut.

Zafran ada anak? Apa semua ini?

"Sayang..."

Aku angkat tangan. Memberhentikan Zafran sebelum dia boleh menyambung ayatnya. Aku belum bersedia untuk mendengar penjelasannya.

Nafas ditarik dalam-dalam. Aku cuba senyum kepadanya. Senyum paksa. Riak wajahnya jelas menunjukkan dia rasa serba-salah. Tapi... Aku masih belum bersedia.

Ini... Kejutan yang paling ngeri yang pernah aku dapat.

"Saya perlukan masa..." Hanya itu yang terluah dari mulutku.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now